Isnin, Mac 21, 2016

Tips Sebelum Membeli Kereta.

Assalmualaikum 




Tips untuk membeli kereta. Well, ini adalah tips daripada pengalaman aku sendiri, So, in pendapat aku, cara aku sendiri yang aku praktikkan sebelum aku beli kereta. (Bukan nak berlagak sebab dah beli kereta. Cuma nak share info ^_^



GAJI

Kenapa gaji penting? Yelah inilah sumber kewangan kita untuk banyar installment kan. Tapi jangan pulak sebulan kerja terus nak beli kereta. Maksud aku, the main point is BELI KERETA IKUT KEMAMPUAN. So, tentu-tentulah gaji peranan utama kat sini. "ala ada je orang beli kereta biasa-biasa gaji 5k ke atas" . Well, ini bagus. Maknanya dia bukanlah jenis yang gaji tinggi kereta kena lagi mahal. Rasanya contoh ni korang dah boleh fikir sendiri maksud aku untuk relate dengan poing pertama ni.



BAGI TEMPOH BERTENANG

Tempoh bertenang dalam erti kata lain, jangan terburu-buru untuk beli kereta. Kenapa? Mesti consider probaration period korang dalam company. Macam aku, tempoh enam bulan. Lama kan? So, belum pasti lagi korang dapat kerja tu walaupun most of the time sure dapat dan lepas tempoh tu. Tapi aku selalu terfikir macam mana kalau aku yang pertama tak lepas tempoh tu? So, dalam waktu ni simpan sebanyak mungkin duit gaji korang tu. Tempoh bertenang juga boleh di jadikan sebagai tempoh untuk korang fokus pada kerjaya. Stabilkan career dahulu. Biar susah sekarang. 



SURVEY

Lepas je tempoh bertenang. Agak-agak dah stabil and JANGAN LUPA point pertama GAJI. Bila dah rasa monthly income dah boleh support semua. Semua kat sini adalah, makan harian, expenses untuk barang peribadi, parking (kalau tempat kerja parking berbayar, lagi parah yang tak ada monthly payment macam aku), yang perempuan shopping (walaupun tak selalu), minyak kereta, saving mesti ada dan yang paling penting standby duit untuk emergency breakdown(ni paling parah). Kalau semua ni dah ok. Bolehla survey kereta yang berkanan di hati. Tolong buat pilihan untuk keperluan bukan kehendak. Macam aku. survey kereta setahun lebih juga. Pro and Kontra kena ada. Jangan fikirkan jenama sahaja. Jangan sekarang kata boleh sebab nak dapatkan apa yang kita mahukan. Tapi nanti last-last kita sendiri yang sempit. Ingat kita sendiri yang kena tanggung hutang, yang kena bayar bukan orang lain. Boleh minta pendapat, tapi berbalik pada diri sendiri, Duit kita, kita tahu boleh ke tak nak support. 




KEPUTUSAN

Masa ni pastikan keputusan yang dibuat tak menyesal. INGAT kewangan yang stabil adalah kunci segala-galanya. Dan sebelum beli kereta make sure ada saving at least 10k. Kalau tak dapat pun at least 5k. Allaa cakap senangla kan. Cuba buat. Aku cuma berkongsi daripada pengalaman aku sendiri. Percayalah kalau ada saving kita akan rasa selesa sangat-sangat. So, sebelum beli kereta adalah waktu yang paling sesuai untuk simpan duit kawkaw =)




Alhamdulilah, sekarang setahun dah aku pakai mokmok. Memang asalnya aku pun terlalu ekcited sehinggakan cuma kereta import sahaja yang aku survey. Tapi fikir punya fikir dan atas nasihat family, aku lupakan kereta idaman kononnya dan hanya membeli kereta local. Kini, aku sayang kan mokmok. Kalau ada yang cuba memandang sinis aku hanya berdiam sebab aku beli kereta ini dengan hasil titik peluh aku sendiri. Dan aku bangga. 

Aku pasti korang pun nak bangga bukan? Ingat bangga bukan di ukur apabila kita boleh buat orang impress dengan alah membeli menang memakai. Sebaliknya bangga itu hanya kita sendiri yang boleh rasa sebab hanya kita yang sesuai dan selesa dengan saiz kasut kita. 


Love,




Isnin, Februari 08, 2016

Setahun yang lepas

Assalamualaikum



Diam-diam setahun rupanya tak berupdate blog ni.  Setahun tu jugaklah banyak sangat yang dilalui. Banyak. Cukup untuk aku berhenti seketika masa manaip ni. hmm.

So, entri permulaan untuk tahun ni sebagai welcoming notes daripada aku buat korang. Terima kasih masih sudi baca blog yang tak seberapa ni. Kepada korang yang baru terjumpa blog ni, di sini adalah tempat aku berkongsi semua cerita.  Kebanyakkannya adalah daripada pengalaman aku sendiri dan sedikit info yang di kongsikan hasil pembacaan.  Oh btw, kalau korang stalk entri zaman dahulu kala tu, maafla andai ada di antaranya tidak matang. Maklumlah, masa tu masih dengan penulisan bahasa sms dan aku sendiri mengaku agak kebudak-budakkan. Well, aku anggap itu sebagai salah satu proses pembelajaran dalam penulisan blog.  Setidak-tidaknya mampu buat aku ketawa. haha. ok tak kelakar.

So after all, mungkin akan ada banyak throwback selepas ni. Jangan jemu ya =)






Up satu gambar masa pergi short vacay Januari hari tu. So boleh agak kan next entri pasal apa ;)
And, lagi satu, sebab nak dapatkan mood untuk menulis semula, so blog totally different now. love it<3 p="">


Love,





Jumaat, Ogos 08, 2014

Istiadat Konvokesyen ke 79




ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE - 79
TEMPAT : DEWAN TAMING SARI UiTM LENDU, MELAKA
TARIKH : 14 NOVEMBER 2013


Alhamdulilah.

Sebenarnya, bila fikir-fikir balik. Aku sendiri macam tak percaya yang aku boleh sampai tahap ni. Bila ingat balik zaman sekolah belajar tak lah serius. Well, you know. Bila kita turn back and see all the thing been through. " Heyy ! You made it ! "
Aku ada degree? Lepas tu tak rasa apa. Blur. 

TAPI. Saat menyarung jubah keramat sempena istiadat konvokesyen. Rasa bangga tu ada. Apatah lagi bila melangkah masuk dewan dengan di iringi alunan muzik (ak panggil muzik yang di mainkan tu lagu konvo =D ). Bila nyanyi lagu UiTM Di Hatiku automatik teringat masa mula-mula kita daftar masuk. Pergi kelas balik kelas. Malas nak buat assignment. Tak suka dengan test, quiz, exam. Thesis?? Tapi? Hari itu aku berada dalam dewan untuk meraikan semua tu. 


Tempat menuntut ilmu untuk 2 tahun yang penuh cabaran.
Masa nak ambil gambar ni. Ktorg baru sampai melaka dan terus tuju sini. Sebab konvo kat Lendu. Jadi. Mana gambar KBM? So here it is :))




BACKBONE. Someone missing dalam gambar ni. My one and only brother. 




Lepas turun pentas mestila selfie dengan kembar dalam dewan.





Aku tak taulah kat kampus lain ade tak buat macam ni.
Ini kad yang setiap graduan kena pakai. Nampak QR Code tu? Ha itu masa ktorg beratur nak naik pentas. Sampai kat giliran kita staff akan scan and terus keluar dekat screen laptop kat announcer nama kita untuk dia sebut.
Yang ni aku IMPRESSED !
Sebab masa konvo kat DATC. Just edar kad pastu sampai dekat annoucer bagi kad tu untuk umum nama kita.


DAN.
Kalau masa diploma nombor giliran aku 444.
Kali ni nombor giliran aku 79 bersamaan dengan Istiadat Konvokesyen ke 79.
=D




THEM.
Ini antara batch aku.
How times flies.
Dah setahun rupanya. :'(




|
|
|
|
|
|
|
|
|




Sebelas tahun jadi budak sekolah.
Lima tahun jadi siswi.
andddddd


IT'S A WRAP GUYSSS !!!!




 NOOOOWWWW







Kami sudah bekerja. ;)
Sekejap sangat rasa tempoh setahun tu. hoihhh


Love,

Jumaat, Julai 04, 2014

Rezeki tak di sangka.

Hi,

Makin hari makin kurang entri yang ada kat blog ni. Kesibukan kerja membataskan semuanya. ya SEMUA. 

Kerjaya aku sebenarnya rezeki yang di sangka-sangka. Jodoh. Takdir Allah. Bila ingat-ingat balik jadi senyum sensorang. Entahlah aku ni macam duduk dalam sampan ikut arus je. Takde pendayung 
untuk tentukan arah. 

Sebenarnya aku dapat interview company ni selepas aku pergi karnival kerjaya masa karnival ISKARNIVAL dekat Nusajaya tahun lepas. To be frank. Aku dengan kembo aku malas nak pergi pun ada sebab sehari sebelum tu baru balik Melaka dari majlis kawen kawan. Jadi macam penat. Masa on the way balik tu ayah tanya nak pergi tak. Ktorg terus cakap nakkkk ! Sebab memasing nak pergi sebenornye tapi takot orang tak nak pegi. kehkeh

Di pendekkan cerita. Masuk zone kerjaya. Lepas merayap satu both ke satu both. Dengan tak tengok company apa jalan je lepas satu-satu booth. Tersangkut kat satu booth. Dia terus mintak resume. Mula-mula dah cakap tak nak. Sebab course lain. Tambah-tambah bila tengok bank. Macam errr tak naklah. Tapi bagi jugak dan terus suruh datang interview. 

To be frank. Interview kali ni paling lama dan paling mengerikan sebab ada assessment dan dua kali interview. Masa second interview ada empat orang termasuk kembo aku. Sorang pengalaman 10 tahun dengan Sime Darby. Sorang lagi freelance sistem analyst. What a suprise kan??! Ekcited borak dengan kakak tu dia kerja freelance system analyst. Dua-dua ni berhenti kerja kat KL balik Johor sebab tak tahan kos kat sana. Siap pesan dengan aku. Setakat gaji 2k-3k tak cukup dik duduk KL. Okkkkk T_T

Oklah. Semua lepas. Tak dapat result pon lagi. Sebenarnya interview ni pergi dengan perasaan malas. Malas sebab dah penat pergi interview sana sini. Penat cari kerja senang cakap. Ingat tak nak pergi. Tapi family cakap pergi je. Oklah. Pergi jelah. Lepas tu tak prepare apa-apa. Semua tak plan. Semua tiba-tiba. Baju pakai apa yang ada. Sijil nasib baik bawak. Pergi dengan takde harapan. 

Balik interview aku demam teruk. Dekat 2 minggu and suspect denggi. Nasib baik tak. huuuuu. Dalam pada terlantar kat katil demam. Petang dapat call dari no private. Tak nak angkat. Tapi kembo kata angkat je. Rupanya company yang interview hari tu offer kerja. Alhamdulilah. Dapat offer masa tengah demam. Jadi aku takde reaksi apa pun. Jawab pun "yes, I accept the offer" tu pun macam blur2. 

Sebelum masuk tu. Aku pergi ambil offer letter dulu. Settlekan semua sekali dengan medical check up. So. 13 January 2014. Dan bermulalah tempoh enam bulan aku. Pergi training kat Singapore. Tak pepasal buat passport. Tak terfikir nak ada passport. Lepas tu cuak. Lepas ke ni nak keluar ni. Sebab ada hutang ptptn. Macam hape. 

Untuk tempoh enam bulan ni. Macam-macam dugaan ada. Macam biasa rasa putus asa tu ada. Family tulang belakang aku. Rasa nak berhenti? Ada. Menangis? Ada. Tapi after all. Semua mengajar aku untuk lebih sabar. Sabar sampai dah takde perkataan. Tak ada perasaan. Pergi kerja dengan malas. Terpaksa. Sebab takde pilihan.

Tapi tu semua enam bulan sebelum ni. Sekarang semua dah ok. Jadi best. Cuma penat. Kerja macam orang gila. Orang kata kerja tak ingat dunia. Kerja dengan multinational company tak boleh nak expect lebih lebih la kan. Lagi pulak urusan aku semua melibatkan kerakyatan negara lain. Langsung tak jumpa IC Malaysia. So, cuti tak sama. Public Holiday kena kerja. Kerja. Kena turn sabtu ahad kerja. Kerja. Balik malam. 

Dannnnn cuti raya tak dapat ! Nasibla. Beriya apply seminggu. Dapat email kena rejected ! Ekcelli yang sehari tu pun cuti yang memang cuti. Sebab ikut Singapore. Sana cuti raya sehari je. So raya ke dua dah kena kerja. @.@    What to do kan? 
Last but not least.





Salam Ramadhan semua. Selamat menjalani ibadah puasa. ;)
Ada duit raya untuk ktorang tak? ngeee 


Love,