Selasa, Jun 14, 2011

edisi kHas - KRU : K.E.N.A.P.A.

sila abaikan tajuk yang agaaakkk.....??. hehe. dah sampai masanya untuk membuang segala penyakit malas yang sangat kronik ini. sebab dah banyak kali CL tangguh untuk buat entri ni. rasa dah setahun k0wt. =p. nampak tak betapa malasnya CL. hak3!!!.





hurmmm??? K.E.N.A.P.A. eh bukan lagu kenapa nyanyian Daus tu tw (ehem! ala yg di compose oleh........., hehe). ramai sebenarnya kawan2 CL bertanya pada CL kenapa minat sangat2 dengan KRU. yes!! setiap kali diajukan soalan ini, CL perlu berfikir dulu. perlu ke CL beri jawapan kepada si penyoal itu?. CL akan diam sekiranya pada CL orang itu tak perlu tahu kenapa CL meminati KRU...JIKA soalan yang di ajukan itu dalam nada yang sinis. kerana CL sendiri pelik KENAPA dia nak tahu, bukannya dia serius nak tahu pon kan. yang CL bertambah-tambah pelik KENAPA dia tanya sedangkan dia sendiri tak nak kan jawapan. KENAPA CL cakap macam tu?. sebab ada di antara mereka selepas CL memberikan jawapan pasti ada memek muka yg tidak menyenangkan di akhir perbualan. setelah berfikir dan berfikir lagi, rasanya CL perlu + mesti buat satu entri khas dalam bl0g kesayangan CL ni. ^^






banyak sebab yang membuatkan CL tertarik untuk memilih KRU sebagai pembakar semangat + sumber inspirasi.

KENAPA KRU pembakar semangat?. percaya atau tak, dulu setiap kali nak pergi sekolah (sekolah menengah)..mesti CL akan dengar lagu KRU dulu. kebetulan pulak ada satu station radio ni pasti akan putar lagu KRU pagi2 dalam pukul 6:45 ke 7:00. lepas tu baru semangat nak pergi sekolah. mood pun happy jer. yelah, nama pun pergi sekolah, CL bukanlah dalam kategori yang rajin pergi sekolah (eh tapi CL tak pernah p0nteng tau! siap dapat sijil tw!..sijil ponteng sifar..hehe), s0, bila dengar lagu daripada artis yang kita minat + lagu2 mereka yg fast tu tak semena-mena CL punya adrenalin pun bergerak dengan lajuuuu!!! dan satu perasaan bila dah dengar iaitu PUAS. apa lagi senyum memanjanglah!. kalau tak keluar??. hurrmmm CL akan merungut dan sangat rasa kebosanan pagi tu. hihihi. =p






dan KENAPA pula KRU sumber inspirasi??. of course it is!!. melihat kejayaan mereka sebenarnya membuat CL rasa bangga. yeahh!, setelah apa yang mereka lalui..menhadapi saat2 sukar, mengharungi segala kotroversi. pastinya kejayaan mereka hari ini cukup untuk membuat mereka tersenyum dan sebenarnya mereka berjaya membuktikan yang mereka tidak akan mengalah dengan mudah. dan semangat mereka inilah merupakan sumber inspirasi CL. tak mudah berputus asa. malah saat mereka mengecapi kejayaan ada juga yang kurang senang, namun mereka lebih selesa berdiam. bukan bermakna mereka mudah untuk di tindas. tapi berdasarkan beberapa artikel yang CL baca, menang atau kalah adalah lebih baik berdiam. pada pendapat CL mereka bertindak sedemikian mungkin kerana....bila menang lebih baik diam supaya orang tidak berprasangka untuk menunjuk-nunjuk. bila kalah lebih baik diam daripada di kata tidak menerima kekalahan. tapi diam2 mereka bukanlah seperti tin yang kosong. ianya depenuhi dengan pelbagai agenda yang tersendiri yang kadangkala karya mereka di luar jangkaan. buktinya. lihat saja studio mereka yang tersergam indah itu. siapa sangka mereka akan membina studio. sikap mereka yang sentiasa berani mengambil risiko juga harus dipuji. ada sahaja pembaharuan yang ditampilkan dalam setiap karya mereka.

s0, pembakar semangat + sumber inspirasi = jangan jadikan dengan satu kegagalan itu sebagai punca untuk gagal selamanya sedangkan dengan kegagalan itu tercipta banyak lagi kejayaan yang menanti di hadapan.

inilah dia. K.E.N.A.P.A. kenapa CL meminati KRU.






*ada sambungan lagi.....

1 ulasan:

farah berkata...

tak leh buka shoutbox...huhu... visit here