Sabtu, Jun 11, 2011

happy 19th anniversary

happy 19th anniversary KRU!!. alhamdulilah dah 19 tahun pembabitan KRU dalam industri seni tanah air. entri ni sebenarnya dah lambat. hari isnin lepas merupakan anniversary KRU. sempena ulangtahun yang ke 19 ini juga, KRU mengatakan bahawa mereka tidak lagi akan terlibat dengan persembahan pentas. menurut mereka, KRU kini mahu lebih fokus pada perniagaan mereka disamping memberi ruang kepada bakat2 baru. lets check out gambar2 semasa berlangsungnya majlis.
















Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman berkata, tumpuan utama mereka pada masa depan adalah pengeluaran produk berkualiti yang dapat menjana kepada kepesatan industri seni tanah air.

"Kami bersyukur dengan pencapaian KRU. Namun kalau ditanya mengenai kepuasan, sudah tentu ia belum ke kemuncaknya. Masih jauh dan kami harus terus memanadang ke hadapan meneroka benda dan perkara baru yang mendatang. kami tidak pernah menyangka KRU berkembang seperti hari ini, sudah jauh kami berjalan dan dalam perjalanan kami yang daripada tidak ada apa-apa 19 tahun lalu, pelbagai cabaran sudah kami lalui - turun naiknyna KRU, ada individu yang ingin menjatuhkan kami, konsert diharamkan dan kontroversi demi kontroversi, kami lalui pengalaman yang cukup luar biasa. Tanyalah mana-mana individu yang pernah melalui perjalanan seperti kami. Untuk mencapai kepercayaan seperti hari ini menjadikan ias suatu kejayaan kepada kami. Jika dulu kejayaan yang kamu cari adalah untuk diri sendiri dan keluarga tetapi hari ini, kami bertanggungjawab untuk memberikan sesuatu yang bernilai untuk masyarakat. Harapan kami cukup tinggi bukan sahaja muzik tetapi filem yang tidak akan membuat sekadar melepaskan batuk di tangga saja" kata Norman.

Bagi Yusry yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif KRU Studios berkata, kelebihan yang dimiliki mereka tiga beradik adalah penemuan yang serasi.

"Jika kami bukan adik-beradik sekalipun, kami tetap memerlukan antara satu sama lain. Ini kerana kelebihan yang ada pada Norman dan Edry tiada pada diri saya, begitu juga dengan kelebihan yang saya ada, sedikit sebanyak tiada kepada mereka. Jadi kamu memang sudah ditakdirkan untuk bersama membangunkan empayar KRU ini" kata Yusry.


Edry turut mengakui pandangan kedua-dua abangnya yang melihat keserasian mereka tiga beradik menjadi bonus kejayaan mereka hingga hari ini.

"Sebenarnya suakr berkecimpuang dalam satu indusrti membabitkan adik-beradik, kerana hubungan kami masing-masing bukanlah terlalu formal kerana kami masih adik-beradik. Kadang-kadang komen antara kami cukup tajam dan lebih tajam dari mata pisau. Namun, sekiranya kami bukan adik-beradik pun, masing-masing harus ada sifat profesional secara individu dan komited untuk bekerja. Adik-beradik itu bonus kepada kami untuk menyatukan kami selama ini. Apa yang penting kami harus sama-sama membantu antara satu sama lain, seperti sekiranya saya bosan, abang-abang saya mengembalikan semula semangat saya, begitu juga dengan mereka," katanya.



*sumber daripada Berita Harian Online.

Tiada ulasan: