Isnin, Jun 20, 2011

mari ketawa dulu

1) Cium Isteri.

pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yang baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betulah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus...mana abang kenal isteri dia?`



2) Mamak dapat anak.

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat ni mamak?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news...
Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo...saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! mamak. Ini kena balik India cepat ni.
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : Lerrrrr???...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha...



3) Belajar Bahasa Inggeris.

Seorang gadis yang Bahasa Inggerisnya kacau-bilau...suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan di The Mall.

Gadis : I'm sorry.
Pelancong : I'm sorry, too.

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh palancong itu...dia meneka-neka dan terus menjawab.

Gadis : I'm sorry, three.
Pelancong : What are you sorry for?
Gadis : I'm sorry, five.



4) Anak Siapa?.

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kmau bileh berkahwin dengna sesiapa sahaja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (separuh berbisik) Kerana Robert ebenarnya adalah abangmu. Tapi jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, Suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy : Ibu, ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzy : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik-beradik kan tak boleh kahwin...
Ibu : (separuh berbisik) Hmmm...Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Ha!!??!!

3 ulasan:

peep berkata...

lawok2...

sesegar berkata...

HAHAHHAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Adzriel @ Liza AB berkata...

yg last sekali... amik kau.. pening pompuan tu