Rabu, Julai 20, 2011

bahagia yang mampu membuatku tersenyum

Assalamulaikum ^^,




pernah tak korang rase dah xde harapan langsung. dah confirm dah ni + yakin. tapi at the end apa yang korang harapkan tu korang dapat?. inilah apa yang aku rasa sekarang. pada 1 Julai ari tu result untuk permohonan ke degree bagi student UiTM keluar. yes. sepertimana yang aku dah jangka. aku tak dapat. kecewa?. mungkin sedikit. sebab aku tak mengharapkan langsung di awal2 lagi. sebab?. result akhir aku menghadapi masalah bila status aku tidak complete. dengan pasti aku berkata pada diri sendiri. masalah ini kemungkinan besar akan memberi kesan pada keputusan permohonan aku. MUNGKIN. ternyata sekali kemungkinan aku itu menjadi kenyataan.

aku memang tak kisah dah. dapat ke tak. kat otak aku masa tu. "dah tak dapat nak buat macam mana..ramai lagi student yang best2 dari aku...". sampailah saat aku nak sangat ke kolej untuk mendapatkan sijil berhenti dan segala macam sijil. di sana aku berjumpa dengan ketua jabatan. nyata sekali madam sangat terkejut aku tak terpilih. masih segar dalam ingatan aku apa yang di perkatakannya. "peliklah..stundent bawah 3.0 boleh dapat mcm mana awak tak dapat...". alhamdulilah, kedatangan aku hari tu berjaya menyelesaikan result akhir aku. COMPLETE. that words yang aku nak sangat2 untuk ada dalam mini  transript aku  ^^

seterusnya madam beritahu tentang permohonan aku pada prof. lagi sekali muka pelik + hairan (erk! bukan sama je ke..haha) jelas kelihatan. aku di minta untuk ke bahagian pengambilan untuk rujukan. di pendekkan cerita. sampai di sana, aku di minta untuk ke fakulti untuk berjumpa dengan dekan. neves tak hengat time nih. malangnya dekan tak de. s0, kau jumpa timbalan dekan. setelah berbincang. pihak fakulti hanya mampu memberi jaminan yang mereka akan menyokong permohonan aku ini. itu sudah cukup buat aku tersenyum. dan aku juga di beritahu keputusan akan keluar mungkin dalam seminggu atau 2 minggu. di sana aku dah mula berbunga2. tapi masih belum mekar.

sehinggalah semalam aku ke k0lej lagi. untuk mengambil sijil2 yang tercicir. huk3!!. lagi sekali aku berjumpa dengan madam. borak punya borak. madam bertanya "eh..awak dah tengok belum result"..(sengih).."belum, hari tu saya bukak asik kena loading jerk..terus saya tutup..(sengih lagi). "(menarik nafas..^^)..bagi la num i/c awak saya check kejap". tak lame lepas tu, kawan aku keluar. "madam panggil masuk dalam...semua". dalam hati berkata-kata apa lagilah ni. huhu.

masuk2 je.

madam : awak nak bagi saya apa ni??
aku : ha?!.. bagi apa madam?
kakak dan kawan aku : hmm..dah dapat lah tu.
aku : (start sengih meleb0r)
madam : tengok ni.
aku : mana2?? eh2 saya dah dapat eh..kat mane??
madam : melaka
aku : sengih + ketawa + rasa nak jerit (nasih bek dalam ofis kena control ^^)

waaaa!! alhamdulilah sekali lagi. selepasa bersusah payah ke sana ke mari. tanpa perancangan. semuanya main terjah je dengan parents aku and of courselah si kecik. akhirnya saat itu tiba!. here it is.





perancangan awal untuk terus bekerja selepas tidak di terima pada awalnya di batalkan selepas medapat result ini. apatah lagi selepas membaca bl0g rakan blogger. ada yang tidak dapat permohonan di upu. aku berfikir sejenak. lebih baik aku gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin. inilah dia KEHIDUPAN penuh dengan dugaan dan cabaran. saat melaluinya itu sangat perit tapi semua itu bertukar kepada BAHAGIA di akhirnya. alhamdulilah, syukur!



*setiap kesusahan itu hanyala ujian..saat menghadapinya..hanya perlu BERSABAR.. ^^,

2 ulasan:

Amanie Ashraff berkata...

congrats2x. nanti kirim salam kat musuh aku kat sana. abg zamir tu ye :)

ceriteraliyana berkata...

Amanie Ashraff>> hehe thanks! insya-Allah klu jumpa...kan best klu ko kat sne jugak ^^