Jumaat, Ogos 12, 2011

KUIZ : Oh La La... Romantik @ Tidak?

Assalamualaikum ^^,




haaiiiiiiiii bloggers!! tadi tengah belek2 majalah jumpe pulak kuiz ni. cam menarik je kan. s0, setelah berfikir dan fikir dan fikir . aku nak share kat sinilah. sebelum tu anda tahu tak anda ni romantik atau tidak?? takpe2. toksah jawab. kita buat kuiz ni dulu oke! ^^

btw, kuiz ni untuk suka-suka sahaja ya! have fun bloggers!


#1 PEGERTIAN romantik bagi kamu?

a. Apabila dia sering memebuatkan kejutan dengan menghadiahkan barangan kesukaan kamu.
b. Perkataan yang langsung tidak memeberikan sebarang makna buat kamu.
c. Perkataan yang boleh membuatkan kamu berasa seperti terbang melayang.
a-1  b-0  c-2
#2 Pada pandangan kamu, berapa lama hubungan cinta kamu dan si dia mampu bertahan?

a. Hubungan kamu akan bertahan untuk selama-lamanya.
b. Boleh bertahan lama jika si dia lebih bertolak ansur dan bersikap terbuka.
c. Kamu tidak mahi mangagak berapa lama akan bertahan. Jika ada jodoh, adalah.
a-2  b-1  c-0
#3 Kamu dan si dia baru sahaja berkenalan tetapi si dia sidah pun meluahkan isi hatinya pada kamu. Apa yan gterlintas di fikiran kamu?

a. Terdesaknya! Si dia sebenarnya kesepian dan kesunyian.
b. Wah, ini tandanya hubungan kamu akan berlarutan ke peringkat seterusnya.
c. Kamu hargai luahan si dia. Itu juga bermakna si dia mula menyenangi kehadiran kamu.
a-0  b-2  c-1
#4 Jika si dia terlupa tarikh hari jadi kamu, kamu akan bersikap?

a. Tidak berasa apa-apa kerana kamu juga sering lupa tarikh-tarikh penting dalam hidupnya.
b. Berasa geram, meluat dan marah tetapi masih mampu untuk memaafkannya.
c. Kmau berasa sangat kecewa dan merasakan si dia tidak pernah menghargai kehadiran kamu di sisinya.
a-0  b-1  c-0
#5 Dia mengjak kamu keluar di hijung minggu. Lokasi pilihanmu?

a. Makan di sebuah kafe eksklusif diiringi dengna muzik romantis.
b. Berjalan berpimpin tangna di taman bunga yang menghijau sambil berbincang tentang masa depan hubungan kalian
c.Memilih untuk meonoton wayang filem romantis bersama.
a-1  b-2  c-0
#6 Si dia berjanji mahu membantu kamu membersihkan rumah. Apa yang kamu fikirkan?

a. Kamu tertanya-tanya mengapa dia begitu baik dan mengambil berat. Pada masa yang sama, kamu mencari jalan untuk membalas bantuannya.
b. Kmau hanya tersenyum dan ketawa mendengar janjinya itu kerana kamu tahu janjinya tidak akan ke mana-mana.
c. Kmau tidak sabar-sabar menanti kedatangan si dia ke rumah.
a-1  b-0  c-2
#7 Berapa banyak masa yang kamu luangkan bersama dengannya sebelum kamu sah menjadi pasangan kekasih?

a. Selalu berjumpa dan berbual di telefon keran dengan itu lebih rapat mengenali hati budi.
b. Kamu hanya berjumpa 3 kali seminggu. Malah kalau lagi jarang berjumpa lagi bagus.
c. Hanya berjumpa dengan dia beberapa kali sahaja. Itu pun si dia yang mengajak kamu terlebih dahulu.
a-2  b-1  c-0
#8 Teman kamu bercerita bahawa dia baharu sahaja berselisih dengan lelaki idamannya. Reaksi kamu?

a. "Wow! SEronoknya. Semoga kamu berjaya untuk menambat hatinya".
b. "Saya juga tidak sabar untuk berkenalan dengan lelaki idaman kamu itu".
c. "Berhati-hati ya kerana belum tentu si dia jujur atau sebaliknya".
a-1  b-2  c-0
#9 Cuba renungkan semula hubungan cinta kamu yang lepas. Mengapa kamu dan kekasih berpisah?.

a. Si dia tidak menganggap kamu masih belum cukup matang untuk bercinta.
b. Kamu menganggap bekas keaksihmu bukan jodoh.
c. Bekas kekasih tidak memenuhi ciri-ciri lelaki idaman kamu.
a-0  b-1  c-2
#10 Apa yang sebenarnya kamu harapkan dari si dia pada hari jadi kamu?

a. Kamu mahukan sesuatu yang amat istimewa darinya.
b. Hari itu merupakan hari terbaik untuk memperlihatkan rasa cinta terhadap si dia.
c. Tidak mengharap apa-apa. Yan gpenting adalah keikhlasan daripadanya.
a-1  b-2  c-0



JAWAPAN

15 ke atas

kamu memang seorang yang romantik. kamu sebenarnya mengahrapkan hubungan cinta kamu akan berlangsung seperti dalam filem-filem romatik. bertemu, jeling-menjeling dan akhirnya bercinta!. menurut pakar psikologi, kmau mengharapkan pasangan kamu temui menepati cita rasa kamu. awas, ini sebenarnya boleh membuatkan kamu dilanda kekecewaan. ingat, bukan semua orang bersikap romantik.

7-14

kamu seorang yang serba sederhana. kamu menyedari bahawa dalam bercinta tidak semestinya si dia akan bersikap romantik untuk membuktikan cintanya terhadap kamu. memang benar ramai wanita yang akan cair dengan lelaki yang romantik tetapi lama-kelamaan kamu sedar bahawa tidak semestinya si dia akan terus bersikap begitu setiap masa. ada masanya si dia munkin terlupa hari-hari penting dalam hidup kamu tetapi memaafkan si dia lebih baik kan. jadi, bersikap sederhana akan lebih membuatkan cinta kamu dan pasangan semakin membara.

6 ke bawah

tidak romantik! kamu selalu geli apabila pasangan bersikap romantik dan kadang-kadang ada pula rasa sangsi padanya. sikap ini sebenarnya hanya merugikan diri kamu sendiri kerana kamu menolak untuk mengecap saat-saat manis bercinta. jadi, walaupun kamu merasakan kamu tidak perlu seorang kekasih romantik tetapi sesekali ada baiknya kamu bersedia untuk menerimanya. ada banyak kejutan yang bakal kamu peroleh nanti.



sumber : Majalah Remaja.

Tiada ulasan: