Sabtu, September 03, 2011

bosan?? jom ketawa

Assalamualaikum ^^,




Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sgt seperti yg disangkakan” .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. 
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat kali kedua pun tak khusyuk jugak lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.”
Tok imam pun undur le ke belakang.  
Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”
Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
 
“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…” 
Tok imam pun terkedu dan terpana…



ketawa-ketawa jugak. tapi sama-samalah kita beringat akan maksud tersirat disebalik kisah ini. 

Tiada ulasan: