Rabu, Jun 29, 2011

ada sape2 nak buat xchange banner dengan CL tak???




weeeeee!!!!! bl0g CL da ada banner lah. hehehe. ade sape2 nak tukar banner dengan CL tak. kalau sudi nak tukar dengan CL tinggalkan link korang kat bahagian komen oke!. hurmm.. f0r the first time, CL letak banner dari Wan Hazel. haruslah!!. wan kan person yang bertanggungjawab design CL punya template ni. peace!..

untuk xchange banner ni CL buat kat ruang tab belah atas tu. senang bila letak satu tempat. bagi special untuk semua xchange banner CL nanti. hehe

oh ya! sebelum tu boleh tak sape2 tolong ajarkan CL cane nak buat kotak2 untuk letak banner xchange tu?. siyes! CL xde idea langsung nak buat camne. huhuhu...setakat ni CL just letak code cam tu jerk..hoh0hoho..tolong ya sape2 yang taw tu?




*dalam pada tu CL mencari-cari jugak bl0g yg CL berminat nk tukar banner ^^

#1 wordless wednesday









*sume orang wordless wednesday, nk jugak ^^

Selasa, Jun 28, 2011

June For Love Give-Away

giveaway lagi!!!




nak join klik banner oke!

tag





*baru ada masa buat..huhu

aktiviti hujung minggu...penat ke???

wahHhhh! pejam celik pejam celik lama jugak bl0g ni ditinggalkan dengan tak ber update. hehehe. macam mana dengan weekend k0rang?. best?. weekend ari tu CL pergi kernival KEPAK (Karnival Kerjaya Perniagaan Kemahiran) yang berlangsung selama 4 hari bermula 23- 26 June 2011 di PERSADA. CL pergi hari sabtu. s0, itinerary bermula pada jumaat pagi. of courselah CL pergi dengan parents CL. hehehe. tujuan ke sana adalah untuk mencari kerja. (huhu..yes! sekarang CL menjadi penanam anggur yang berjaya okei!).

sampai di PERSADA around 10 lebih. masuk2 terus daftar. lepas daftar masuk dalam. di sebabkan ktorang tak paham dengan fl0w yang dorang bagi. dengan confident masuk. pas tu masing2 blur. tengok n amek masa nk memahamkan fl0w yang dorang bagi tu. rupa2 nya ktaorang dah terlangkah satu step. hahaha. keluar balik. sepatutnya lepas daftar, pegi kat board dulu tengok jawatan yang bersesuaian then amek borang baru masuk dalam. haa. time ni la ktorang pergi terjah satu2 booth. hehe. tapi tak semuala. mana yang sesuai jek. jalan punya jalan. thats it!!. akhirnya jumpe p0n booth ISKANDAR MALAYSIA. terus mintak borang n isi. ^^ banyak la jugak ktorang isi. tak ingat dah berapa. yang penting resume yang di bawa tinggal 3 jek. banyak jugak dapat cenderahati. mostly pen lah. selesai semua dalam kul 1 lebih. balik!.




lepas daftar, dapat ni..lekatkan




ni pulak di bagi untuk pencari kerja..macam CL ^^





ni yang manarik perhatian CL design buku program nya simple but cantik!




bahagian dalam buku program




otw nak keluar PERSADA jumpa tutti frutti, terus beli!




yang ni haruslah!


eh cop2! tak balik lagi. destinasi seterusnya ke rumah kawan lama my parents. dah duduk2 borak2 pukul 2.30 cam tu baru balik. biasala bila lama tak jumpe macam2 citer kuar. CL dengan jek. haha. yelah. ni sume kawan2 parents CL yang masa tu CL masih kecik cenonet lagi. ^^

o00pppsSss!! tak balik lagi. ayah CL kata pergi angsana lah nak makan2. oke2 terus ke sana. (oh ya! my sis yang jadi driver ktorang hari ni. hehehe). sampai jerk terus pergi kat food court. oh ya! orang sangat ramai. gile ramai. and sesak!. skodeng punya skodeng rupanya ada aoutoshow. hmmm. patut leerr. pluss celcom dengan perodua ada buat booth kat luar dekat2 dengan food court tu. yang mana masing2 promote product masing. kat dalam pulak ada pertandingan tarian tradisional rampaian peringkat negeri. s0, berduyun-duyunla orang datang. perodua sudah semestinya bawa Myvi lagi best!. ^^ yeaahhHHh! CL dah merasa duduk dalam tu. sangat best oke!. tapi dorang just bawak Myvi elegance dengan standard. premium tak de. dapat jugaklah mintak catal0g Myvi baru. hehe. godam punya godam catal0g tu. CL rasa CL nk belilah. hehehe. dah puas merayap. nak baliklah...

sekaalii............tak jadi balik. otw nk balik ktorang singgah ke pasaraya baru kat kempas @Mart. saje je jenjalan kat sane. tengok2 pasaraya baru. (kali ni parents CL dah naik kereta sekali dengan abang CL). hhmm memandangkan tu destinasi terakhir belilah sket makan2 sebab malam semua dah malas nk keluar lagi pegi makan. penat!. seharian berjalan. yup! kali ni betol2 balik. leeepaaaakkkkk wo0o!!



*hari ni baru larat nak bukak lappy ^^

Khamis, Jun 23, 2011

1st GIVEAWAY : ~ Princess House

o0oo yeahHhh!! kana tag dan tag lagi. lepas ni akan ada lagi satu entri naaa. s0, berjemu-jemulah korang teng0k entri CL asyik masuk giveawaylah contestla. ^^


here it is.



klik banner untuk taw for all the rules. oke tiga orang bl0gger yang di tag adalah:

raima

Selasa, Jun 21, 2011

keajaiban alam ciptaan Tuhan



1) Sailing Stones


Misteri baru bergerak di padang pasir yang dipenuhi lumpur - Lembah Kematian (Death Valley) telah menjadi pusat kontroversi saintifik selama beberapa dekad. Batu seberat sehingga beratus-ratus pound telah dikenaliu untuk bergerak sehingga beratus-ratus kilometer pada satu masa. sesetengah saintis telah mencadangkan gabungan angin kencang dan permukaan ais untuk gerakan ini. Walau bagaimanapun, teori ini tidak menjelaskan bukti batu permulaan yan gberbeza bersebelahan dan bergerak pada kadar yang berbeza dan dalam arah yang berbeza. Selain itu, pengiraan fizik tidak sepenuhnya menyokong teori ini sebagai kelajuan angin beratus-ratus batu sejam akan diperlukan untuk menggerakkan beberapa batu.





2) Columnar Basalt


Apabila aliran lahar tebal sejuk, ia menjadi kecut tetapi retak membentuk garis tegak dengan ketetapan geometri yang luar biasa - dalam kebanyakkan kes ia membentuk grid tetap penyemperitan (penonjolan) luar biasa berbentuk heksagon yang hampir kelihatan seperti di buat oleh manusia. Salah satu contoh yang paling terkenal itu adalah di Giant Causeway di pantai Ireland (dalam gambar) walaupun yang terbesar dan paling dikenali ialah Menara Iblis di Wyoming. Basalt juga bentuk yang yang berbeza tetapi sama-sama kelihatan menarik dan cantik apabila letusan terdedah kepada udara atau air.





3) Blue Holes

Lubang biru adalah lubang gergasi yang terjadi akibat daripada ketinggian air yang jatuh secara tiba-tiba. Diberikan nama sebagai Blue Holes adalah daripada keadaannya yang gelpa dan firasat biru mereka yang terhasil atau dipamerkan apabila di lihat dari atas. Blue Holes boleh mencecah sehingga beratus-ratus kaki dalam dan sementara penyelam hanya mampu meneroka sebahagiannya sahaja. Sebahagian besar darinya tidak mampu diterokai kerana tidak mempunyai oksigen yang cukup untuk menyokong disebabkan oleh peredaran air yang tidak bagus sehingga hampir kehabisan oksigen. Bagaimanapun, ada di antara Blue Holes masih mengandungi fosil purba yang telah ditemui dan dipelihara di dalamnya.





4) Red Tides


Red Tides juga dikenali sebagai bunga alga-influks. Sel algae boleh menukar kesuluruhan kawasan laut atau pantai ke warna darah merah. Walaupun beberapa algae didapati tidak berbahaya sehingga menyebabkan kematian ikan, burung dan mamalia marin. Dalam beberapa kes, walaupun manusia dirosakkan oleh ombak merah, namun tiada pendedahan bahawa algae boleh menyebabkan kematian. Tetapi harus di ingat bahawa ia sememangnya boleh membawa maut tetapi jika air pasang dan dalam jumlah yang kecil ianya tidak merbahaya.





5) Ice Circles


Walaupun ramai yang melhat bulatan ais nampak sempurna. Saintis umumnya menerima hakikat bahawa Ice Circles terbentuk oleh pusaran di dalam air yang berputar sebesar sepotong ais dalam gerakan membulat. Hasilnya putaran ini, bahagian-bahagian lain ais dan apungan yang agak sama rata dipinggir ais sehingga ia perlahan-lahan membentuk bentuk bulatan pada dasarnya. Ice Circles telah dilihat dengan diameter 500 kaki dan boleh juga terhasil dalam kelompok dan kumpulan saiz yang berbeza seperti yang ditunjukkan di atas.






6) Mammatus Clouds


Ia memang benar bahawa rupa bentuk Mammatus Clouds yang menandakan akan berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan seperti ribut atau lain-lain bencana alam yang ekstrem. Kebiasaannya Mammatus Clouds boleh membawa jarak sehingga beratus-ratus ribu di setiap arah pembentukan dan juga boleh kelihatan statik selama sepuluh sehingga lima belas minit pada satu masa.






7) Fire Rainbow




*sorry yer..last skali xde description pulak..kalau korang tw,meh lah share dengan CL..^^,

Isnin, Jun 20, 2011

mari ketawa dulu

1) Cium Isteri.

pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yang baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betulah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus...mana abang kenal isteri dia?`



2) Mamak dapat anak.

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat ni mamak?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news...
Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo...saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! mamak. Ini kena balik India cepat ni.
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : Lerrrrr???...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha...



3) Belajar Bahasa Inggeris.

Seorang gadis yang Bahasa Inggerisnya kacau-bilau...suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan di The Mall.

Gadis : I'm sorry.
Pelancong : I'm sorry, too.

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh palancong itu...dia meneka-neka dan terus menjawab.

Gadis : I'm sorry, three.
Pelancong : What are you sorry for?
Gadis : I'm sorry, five.



4) Anak Siapa?.

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kmau bileh berkahwin dengna sesiapa sahaja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (separuh berbisik) Kerana Robert ebenarnya adalah abangmu. Tapi jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, Suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy : Ibu, ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzy : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik-beradik kan tak boleh kahwin...
Ibu : (separuh berbisik) Hmmm...Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Ha!!??!!

Ahad, Jun 19, 2011

creativity with rice - take a look!

hari ni CL nak share beberapa gambar hasil daripada mereka2 yang kreatif. lets check it out!




















ahaaaaaa..yang last ni korang cam tak?? ^^,



Khamis, Jun 16, 2011

laman web digodam


akhbar hari menyatakan beberapa laman web mula digodam. best ke main godam-godam ni?. banyak laman web kena godam. sebelum ni ada juga dengar facebook yang kena godam. tiba-tiba rasa takut pulak. aiseyh makin canggih dunia makin banyak pulak hal. dan salah satu mangsa godam tu adalah laman web yang selalu CL merayap atau dalam erti kata lain laman web from my feveret artis. KRU. terus CL pergi kat web tu, inilah yang di tulis buat masa ini..






kan bagus kalau gunakan kepakaran yang ada tu ke arah kebaikan. kesian dekat dorang dengan staff dorang sume tw!. takpe2 lepas ni buat laman web yang lagi canggih oke! ^^




*x sabar juga nk tengok design baru web KRU ni..(dalam pada tu..hehe)

Selasa, Jun 14, 2011

edisi kHas - KRU : K.E.N.A.P.A.

sila abaikan tajuk yang agaaakkk.....??. hehe. dah sampai masanya untuk membuang segala penyakit malas yang sangat kronik ini. sebab dah banyak kali CL tangguh untuk buat entri ni. rasa dah setahun k0wt. =p. nampak tak betapa malasnya CL. hak3!!!.





hurmmm??? K.E.N.A.P.A. eh bukan lagu kenapa nyanyian Daus tu tw (ehem! ala yg di compose oleh........., hehe). ramai sebenarnya kawan2 CL bertanya pada CL kenapa minat sangat2 dengan KRU. yes!! setiap kali diajukan soalan ini, CL perlu berfikir dulu. perlu ke CL beri jawapan kepada si penyoal itu?. CL akan diam sekiranya pada CL orang itu tak perlu tahu kenapa CL meminati KRU...JIKA soalan yang di ajukan itu dalam nada yang sinis. kerana CL sendiri pelik KENAPA dia nak tahu, bukannya dia serius nak tahu pon kan. yang CL bertambah-tambah pelik KENAPA dia tanya sedangkan dia sendiri tak nak kan jawapan. KENAPA CL cakap macam tu?. sebab ada di antara mereka selepas CL memberikan jawapan pasti ada memek muka yg tidak menyenangkan di akhir perbualan. setelah berfikir dan berfikir lagi, rasanya CL perlu + mesti buat satu entri khas dalam bl0g kesayangan CL ni. ^^






banyak sebab yang membuatkan CL tertarik untuk memilih KRU sebagai pembakar semangat + sumber inspirasi.

KENAPA KRU pembakar semangat?. percaya atau tak, dulu setiap kali nak pergi sekolah (sekolah menengah)..mesti CL akan dengar lagu KRU dulu. kebetulan pulak ada satu station radio ni pasti akan putar lagu KRU pagi2 dalam pukul 6:45 ke 7:00. lepas tu baru semangat nak pergi sekolah. mood pun happy jer. yelah, nama pun pergi sekolah, CL bukanlah dalam kategori yang rajin pergi sekolah (eh tapi CL tak pernah p0nteng tau! siap dapat sijil tw!..sijil ponteng sifar..hehe), s0, bila dengar lagu daripada artis yang kita minat + lagu2 mereka yg fast tu tak semena-mena CL punya adrenalin pun bergerak dengan lajuuuu!!! dan satu perasaan bila dah dengar iaitu PUAS. apa lagi senyum memanjanglah!. kalau tak keluar??. hurrmmm CL akan merungut dan sangat rasa kebosanan pagi tu. hihihi. =p






dan KENAPA pula KRU sumber inspirasi??. of course it is!!. melihat kejayaan mereka sebenarnya membuat CL rasa bangga. yeahh!, setelah apa yang mereka lalui..menhadapi saat2 sukar, mengharungi segala kotroversi. pastinya kejayaan mereka hari ini cukup untuk membuat mereka tersenyum dan sebenarnya mereka berjaya membuktikan yang mereka tidak akan mengalah dengan mudah. dan semangat mereka inilah merupakan sumber inspirasi CL. tak mudah berputus asa. malah saat mereka mengecapi kejayaan ada juga yang kurang senang, namun mereka lebih selesa berdiam. bukan bermakna mereka mudah untuk di tindas. tapi berdasarkan beberapa artikel yang CL baca, menang atau kalah adalah lebih baik berdiam. pada pendapat CL mereka bertindak sedemikian mungkin kerana....bila menang lebih baik diam supaya orang tidak berprasangka untuk menunjuk-nunjuk. bila kalah lebih baik diam daripada di kata tidak menerima kekalahan. tapi diam2 mereka bukanlah seperti tin yang kosong. ianya depenuhi dengan pelbagai agenda yang tersendiri yang kadangkala karya mereka di luar jangkaan. buktinya. lihat saja studio mereka yang tersergam indah itu. siapa sangka mereka akan membina studio. sikap mereka yang sentiasa berani mengambil risiko juga harus dipuji. ada sahaja pembaharuan yang ditampilkan dalam setiap karya mereka.

s0, pembakar semangat + sumber inspirasi = jangan jadikan dengan satu kegagalan itu sebagai punca untuk gagal selamanya sedangkan dengan kegagalan itu tercipta banyak lagi kejayaan yang menanti di hadapan.

inilah dia. K.E.N.A.P.A. kenapa CL meminati KRU.






*ada sambungan lagi.....

Ahad, Jun 12, 2011

sape2 tau tutorial untuk buat tabs widget untuk sidebar tak??..help meee!!

alahaaaaiiii!!!..surrender la CL!. tau tak dari pagi tadi duk ngadap lappy cari tutorial tabs widget untuk sidebar...hasilnya? xjumpa..waaaaaaa..da penat dah ni..huhu. design yang CL cari harus dan mesti dalam bentuk horizontal. untuk SIDEBAR ya. tanya kat encik google p0n tak jumpe. semua yang CL jumpe jenis yang macam ni..








CL cari yang jenis bertindih-tindih (berlapis-lapis). bukan yang macam tue. CL pernah jumpe kat bl0g blogger lain, tapi dah tak ingat lah link nya. kalau nak check satu2 bl0g yang CL foll0w...x sanggup maa.. errmmm..korang paham tak apa yang CL cakap ni erk?? ^^

sape2 yang tahu bole tolong ajarkan tak??. tak p0n kalau jumpe tutorial yang CL nak ni please2!! tinggalkan link nya oke!


*thanks ya kawan2!!

Sabtu, Jun 11, 2011

"BCR Kontest: Kamilah Geng BCR"





Blogger Chat Room???..di sinilah lubuk di mana blogger saling berchating + mengarut. di sini juga tempat para blogger saling bertukar pendapat. first time l0g in sini, terkejut. x sangka ramai rupanya blogger yang ada kat Malaysia ni. penglibatan CL kat BCR ni masih baru lagi. s0, tak ramai lagi yang CL kenal blogger yang ada di sini.

CL preview sket 3 blogger dari geng BCR ni oke! (maafla geng bl0gger sekalian kalau ada kesalahan ^^..n bl0g yang CL review ni, bl0g yang dipilih secara rambang)


bukak2 jerk mata CL terus disirami dengan warna hijau. redup mata. apa yang boleh CL katakan such a very simple bl0g. tak sarat dengan segala bagagi widget. susun dan teratur. paling penting bahasa yang di gunakan faham. ^^
2) Syaf
just one word! S.I.M.P.L.E., juga tersusun. tidak mengambil masa yang lama untuk load.
s0, nak tw macam mana punya simple bl0g ni..terjah ramai ke sana oke!

CL rasa tuan punya bl0g ini suka kaler pink. tu pasal bl0g die dipenuhi dengan kaler pink. ^^. lay0ut dia pulak sangat simple. okla, kalau tak nanti pening readers nk bace kalau guna layout or template yang serabut.




CL nak tag





* ..ada masa buatla yerk. ^^,

happy 19th anniversary

happy 19th anniversary KRU!!. alhamdulilah dah 19 tahun pembabitan KRU dalam industri seni tanah air. entri ni sebenarnya dah lambat. hari isnin lepas merupakan anniversary KRU. sempena ulangtahun yang ke 19 ini juga, KRU mengatakan bahawa mereka tidak lagi akan terlibat dengan persembahan pentas. menurut mereka, KRU kini mahu lebih fokus pada perniagaan mereka disamping memberi ruang kepada bakat2 baru. lets check out gambar2 semasa berlangsungnya majlis.
















Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman berkata, tumpuan utama mereka pada masa depan adalah pengeluaran produk berkualiti yang dapat menjana kepada kepesatan industri seni tanah air.

"Kami bersyukur dengan pencapaian KRU. Namun kalau ditanya mengenai kepuasan, sudah tentu ia belum ke kemuncaknya. Masih jauh dan kami harus terus memanadang ke hadapan meneroka benda dan perkara baru yang mendatang. kami tidak pernah menyangka KRU berkembang seperti hari ini, sudah jauh kami berjalan dan dalam perjalanan kami yang daripada tidak ada apa-apa 19 tahun lalu, pelbagai cabaran sudah kami lalui - turun naiknyna KRU, ada individu yang ingin menjatuhkan kami, konsert diharamkan dan kontroversi demi kontroversi, kami lalui pengalaman yang cukup luar biasa. Tanyalah mana-mana individu yang pernah melalui perjalanan seperti kami. Untuk mencapai kepercayaan seperti hari ini menjadikan ias suatu kejayaan kepada kami. Jika dulu kejayaan yang kamu cari adalah untuk diri sendiri dan keluarga tetapi hari ini, kami bertanggungjawab untuk memberikan sesuatu yang bernilai untuk masyarakat. Harapan kami cukup tinggi bukan sahaja muzik tetapi filem yang tidak akan membuat sekadar melepaskan batuk di tangga saja" kata Norman.

Bagi Yusry yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif KRU Studios berkata, kelebihan yang dimiliki mereka tiga beradik adalah penemuan yang serasi.

"Jika kami bukan adik-beradik sekalipun, kami tetap memerlukan antara satu sama lain. Ini kerana kelebihan yang ada pada Norman dan Edry tiada pada diri saya, begitu juga dengan kelebihan yang saya ada, sedikit sebanyak tiada kepada mereka. Jadi kamu memang sudah ditakdirkan untuk bersama membangunkan empayar KRU ini" kata Yusry.


Edry turut mengakui pandangan kedua-dua abangnya yang melihat keserasian mereka tiga beradik menjadi bonus kejayaan mereka hingga hari ini.

"Sebenarnya suakr berkecimpuang dalam satu indusrti membabitkan adik-beradik, kerana hubungan kami masing-masing bukanlah terlalu formal kerana kami masih adik-beradik. Kadang-kadang komen antara kami cukup tajam dan lebih tajam dari mata pisau. Namun, sekiranya kami bukan adik-beradik pun, masing-masing harus ada sifat profesional secara individu dan komited untuk bekerja. Adik-beradik itu bonus kepada kami untuk menyatukan kami selama ini. Apa yang penting kami harus sama-sama membantu antara satu sama lain, seperti sekiranya saya bosan, abang-abang saya mengembalikan semula semangat saya, begitu juga dengan mereka," katanya.



*sumber daripada Berita Harian Online.

Jumaat, Jun 10, 2011

kisah dongeng - stacy

ku sedar ku tak seberapa
jika dibanding mereka
yang jauh lebih megah dari diri ini

apa yang mampu ku berhias
hanyalah hati yang ikhlas
terpendam simpan untuk dia yang sudi

mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
dalam waktu sedu
dalam waktu hiba
ku harapkan dia rela

mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya
kisah dongeng saja

belum pernah ku merasakan
dipeluk dalam dakapan
eratnya melindungi jiwa rapuh ini

sanubariku memerlukan
kehadiran seorang teman
tulus mencurah kasih sepenuh hati

mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya
kisah dongeng saja







*such a meaningful lyrics..the lyrics totally describe my feelings n0w..=(




Selasa, Jun 07, 2011

pernah dengar tentang product FOREVER LIVING????

huhuhu..dah ketinggalan dua hari tak update bl0g..sibuk memanjang..bila dah penat nk bukak lappy p0n jadi malas, s0, tertangguh jugakla entry2 yang ada ni..klu bukak p0n sempat bl0gwalking jer..tu p0n sekejap. x puas. ^^

stop pasal benda2 tu semua. sekarang CL nak story mory pasal product yang CL gunakan dah masuk setahun p0n. FOREVER LIVING PRODUCT. korang pernah dengar tak?. cuba korang tengok kat tabs text kat atas tu, CL dah siapkan khas berkenaan product ni. sebagai permulaan, CL nak promote NUTRITIONAL DRINKS dulu. korang boleh check out kat sana k!. kalau berminat nak beli inform CL oke!

oh ya!, untuk NUTRITIONAL DRINKS ni, CL minum Aloe Berry Nectar. dah berbotol-botol dah CL minum. masa mula2 beli dulu, CL minum Aloe Vera Gel atas nasihat kawan CL yang memperkenalkan product ni. alhamdulilah, tiada apa yang pelik. perubahan yang paling ketara CL dah tak mengah2 lagi. (selalu terjadi kalau kena naik tangga..penat wooo!! 4 tingkat lak tu..). selain daripada itu, perubahan pada wajah yang lebih berseri. (ehem!..tak bermakna sebelum tak berseri k..haha). sebenarnya CL tak perasan p0n, tapi kawan2 yang tegur. syukur alhamdulilah. tambahan lagi, product ni membantu membuang toksin2 yang ada kat dalam badan kita.





Aloe Berry Nectar
(perisa yang CL minum sekarang)



bercerita tentang harga, ianya berbaloi dengan kualiti yang ada. so, apelah yang nak di kira sangat jika dibandingkan dengan kualiti kan?.

alaaa..membebel panjang2 p0n tak guna. baik korang rasa sendiri. and for that, belilah!! (promote sket). sekiranya anda ingin mencuba buat KALI PERTAMA, CL nasihatkan supaya mencuba Aloe Vera Gel yang mana ia adalah perisa asli. untuk pembelian kali ke dua, korang boleh pilih perisa lain. bukan apa, lebih baik rasa perisa original dulu.




pssttt!!!tunggu next entry mengenai product lain dari FOREVER LIVING pula yaa!

Sabtu, Jun 04, 2011

sadis oh sadis bertemankan sadis

setitis airmata menyatukan aku dengan mereka yang patah hati
seulas senyuman menjadi sebuah tanda
kebahagiaan dalam keberendaanmu
aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan
jika hidup menjemukan dan putus asa

kalau kita mencari sisi baik dalam diri orang lain
kita akan menemukan sisi terbaik dalam diri kita

sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar
sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
sahabat sejati menjadi pendorong impian
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Tuhan

sikap yang baik adalah tidak menganggap
diri lebih tinggi dari orang lain

apabila ada orang yang bersikap sombong dan menghina
kita akan lebih mulia apabila kita menjadi orang yang selalu memaafkan




pssstt!!melayan perasaan...

Jumaat, Jun 03, 2011

BLOGGER HIJAU, MAI SINGGAH SAT NOO

okeyh2!!!segmen lagi dari en ben ashaari. i likeeeeee!!!kalau sebelum ni en ben wat segmen untuk bl0gger yang masih bersekolah, kali ni en ben buat segmen ikut umur bertajuk BLOGGER HIJAU, MAI SINGGAH SAT NOO.. bermula dengan bl0gger yang berumur 18 hingga 25 tahun.layak???. ape lagi, j0in lah. terus ke bl0g en ben untuk lebih memahami oke!






SAYA SUKA BLOG kerana bl0g umpama online diary buat CL disamping menemui rakan baru.


*xlebih 10 patah tu x termasuk yang en ben bagi kan??kalau salah, ampun!


to all...SALAM PERKENALAN! ^^,



pssttt!!!thanks en ben buat segmen sebegini..peace!!

tRibuted t0 misS straWberry - will y0u??

hye all!!! ok, semalam CL bercerita tentang kawan CL amanie.kalau korang perasan, CL ada sebut nama sorang lagi kawan CL, najwa. this time, entry ni khas buat dia pula. macam mana ktorang kenal sama jer dengan si amanie. sebab dorang memang berdua. ^^ one words to describe si najwa ni pulak SIMPLE!.

antara amanie dan najwa CL lebih rapat dengan si najwa ni. amanie lebih rapat atau dalam bahasa kami, bergosip (bergosip bukan bermakna mengumpat oke!) dengan kembar CL. najwa sangat sempoi dan dia tak menghiraukan apa yang orang nak kata pasal dia. dia ni sorang2 pun jadi. dan masa kat kolej dia ni terkenal dengan suka balik asrama kalau ada gap 2 ke 3 jam (mentang2la asrama dekat ea..). kelas habis jerk, tw2 dia dah sampai kat terminal, banyak kali jugakla si amanie ni kena tinggal. haha. oh ya! CL dan kembar CL duduk asrama lain, ktorang tak duduk satu tempat sejak semester 3.

dan satu lagi perkara..handphone tak pernah tinggal oke! sentiasa di tangan. kalau simpan dalam beg p0n sekejap2 keluarkan, check. biasalah orang ada pakwe..nggeeeee..hye najwa! =)
sama juga dengan amanie, najwa juga selalu in a group bila buat assignment. lepak2 kat asrama malam2 + dengar lagu semua tu + online..perkara sama yang kami buat. senang cakap, CL + diera (kembar CL) + amanie + najwa...sama jerk, selalunya kalau buat ape2 ktorang bersama. tapi tak jugak selalu.

kalau tanya benda yang paling di rindui. of c0zla saat2 melalui masa bersama. pagi2 pegi sarapan kat starbuck dengan kelam kabut kejar masa nak masuk kelas la. kadang2 kalau kelas pagi2 buta pegi starbuck beli makanan..huhu.makan aiskrim (selalunya si amanie dengan diera la yang makan aiskrim ni).

awak2..kita kawan sampai bila2 eh. FRIENDSHIP NEVER END. promise??!

to najwa - TERIMA KASIH menjadi kawan yang sangat best!! juga mencipta kenangan bersama. paling penting kamu ada dalam kenangan ITU.

jom ke bl0g misS strawberry punya bl0g!

*ade jodoh, panjang umur kita jumpa masa degree nanti k!!


if x silap ni first day sem 3



ni pulak tengah boring tunggu kelas



nyibuk kat event senior


*******************************************************

ni gambar ktorang berempat - masa handle event



kabur sket besala kami suma amatur photographer ^^


***************************************************************


MUNGKIN KAMI BUKAN SAHABAT TERBAIK BUAT KAMU TAPI APA YANG KAMI TAHU KAMI INGIN MENJADI SAHABAT KAMU SELAMANYA



korang lak camne????best ke kawan dengan kt0rg? ke tak best??




pssstt!!tiada lebih indah bila kita dapat bersama dengan mereka yang memahami (sekepala) *_*

Khamis, Jun 02, 2011

speciaL dedicAteD to CIK NI - eVerlastiNg mem0ries

entry kali ni CL nak st0ry sket pasal sorang member CL ni..one thing to describe her??? OUTSPOKEN. yess!!CL suka pada mereka yang very outspoken. maksudnya kalau bercakap tu x perlu nak c0ver2..nk kutuk, kutuk depan2..dalam bahasa mudah cakap ikut sedap mulut. siapa?? nama dia amanie (xmo letak nama betul, takut tuan punya badan xnak dedahkan). ^^

pertama. dia adalah orang yang berjaya mempengaruhi CL untuk berbloging.fr0m the first, dia adalah orang yang akan mengomen atau dalam bahasa yang seumpamanya mengutuk bl0g CL. apa yang perlu ada dan tak, dialah jugak yang bagi idea. sampaila sekarang bila bl0g CL dah berubah sepenuhnya. STILL i need her comment. x banyak sikit haruslahhh..tol tak cik ni?? ^^ huurmm..mana pulak datangnya nama cik ni? CL p0n x tw. yang CL ingat masa tu dia panggil CL cik na. then kembar CL cakap.." alaaa, ko panggil la dia cik ni"..start dari tu terus CL panggil cik ni (tapi dah sem akhir p0n masa tu). si amanie ni jugak selalu cari pasal dengan CL. bukan apa pun, biasalah gurau2, cakap main lepas..kira cakap straight foward lah! dan yang penting bila dia cakap kat orang lain sesuka hati, then, bila orang cakap sesuka hati balik kat dia, dia tak melenting. thats good kan?. exactly!!! inilah yang membuatkan sebuah persahabatan tu lebih ceria sebab dicorakkan dengan pelbagai warna. but semuanya masih ada batasnya. kadang2 orang ingat bila kita boleh terima semua yang di cakap, tapi mereka lupa batasannya yang kadang2 buat terasa hati. kan??

CL dan kembar mula rapat dengan amanie ni start semester 2. sama dengan sorang lagi member CL, najwa. najwa ni sekampung (ke setaman erk??) dengan amanie ni. bermula semester 2 most of the assigment we are in a group. kalau individu, biasanya akan ada sesi perbincangan. tapi x semua assignment kitaorang dapat sama2. kadang2 perlu berkorban sedikit kan?? or maybe banyak. ada orang yang lebih memerlukan, lebih baik biarkan sahaja. (@_@). satu perkara saja yang perlu di ingat, tak semua yang dimahukan tu akan dapat dan juga bukan semua orang senang dengan kehadiran kita. dan tak semuanya indah. *_*

s0, sepanjang mengenali dia selama hampir 3 tahun ni, bohonglah kalau xde satu kenangan pun kan. ekceli banyak kenangan yang CL seringkali terkenang bila duduk sorang2. tapi banyak masa kitaorang just kat kolej n asrama jerk. malam2 turun bawah (cop! asrama CL macam umah flat, sebab tu kena turun :D, tapi still kat dalam kawasan asrama k!) g lepak2 sampaila malam2 buta. gosip + borak2 + assignment + pasang lagu nyanyi2..huhu. bestnyer!!! kadang2 benda ni jadi rutin bila ktorang xder assignment or test ke kuiz.


oklah!!rasa dah pangjang dah ni. kepada amanie maaf di atas segalanya. TERIMA KASIH membuatkan hari2 yang lepas menjadi satu kenangan. dan TERIMA KASIH juga kerana kamu ada bersama dalam kenangan ITU.

akhir kata,
FRIENDSHIPS NEVER END. peace!!! *_*

*ari tu dengar radio klasik keluar plak lagu anak punai..CL gelak sengsorang. (teringat kat si amanie ni lah, dah macam lagu keramat dialah tu..haha)



sopan nya ko..haha =p



kami dalam office attire


oh ya..Cik Ni ada dua bl0g, satu bl0g personal n satu lagi blog yang di buat khas untuk cerpen (x sangka dalam diam pandai berkarya juga ek..hehe). jangan lupa untuk menyerbu bl0g dia oke!



psssttt!!!susah nak cari kawan yang betul2 ikhlas kan??


1st GIVEAWAY by shawlforyou







shawlforyou..first time join giveaway dari shawlforyou selepas di tag oleh cik amanie. 15 orang yang bertuah akan dapat free shawls dan tudung ekspress cara-cara nak join contest ni sila klik banner kat atas okei!

tag terus kat:


pssstt!!sape2 nak join silalah..=))

Rabu, Jun 01, 2011

"Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia"

nk join! nk join!!..apa yg CL nk join ni??..jum bace lagi..=p..

Blog Pilihan Malaysia ada buat segmenlah. ape yang di perlukan??meh pegi sana ramai2. segmen ni ada banyak kategori tw..so setelah melihat dengan teliti CL memilih kategori BLOG PERSONAL WANITA PILIHAN.


"ceritakan dengan ringkas dan menarik tentang blog anda"

sedikit mengenai bl0g CL...mule di tubuhkan (bahasa nk gempak...=p) pada September 2009...time tue tgk member CL s0rg nie buat bl0g cam best jerk kan...dlm hati..CL nk jugak..then terusla try buat, mule bl0g CL mmg huduh!!almaklumlah baru lagi...freshie..hahha....nk pikir link bl0g yg best p0n cam nk pecah pale jugak...last2 muncul lurvelysweety hasil dari mixed n match perkataan2 yg ade...bile dah create..bl0g CL agak tebiar sangat lame disebabkan busy blaja di tambah pulak dgn xder br0adband..s0, ssh la nk update slalu..=(..

CERITERALIYANA ni pulak datangnya bila CL teringat satu lagu ERRA FAZIRA tajuk nyer CERITERA CINTA...sekali dengar cam best jerk, terus CL gabung ngan name CL...maka wujudlah CERITERALIYANA....dan yang paling penting amanie adalah orang bertanggungjawab mengajar CL tentang dunia blogger ni. even sekarang pon CL masih memerlukan dia untuk meng0men blog CL, sbb pada CL dia sangat outspoken.



cukuplah tu jerk sebagai introduction..nk tw details pergi jengah kat di sEbalik tAbir CL..ekcelli CL dah sediakan ruang khas tentang blog CL ni..sudi2lah ke sana. (",)

dan CL mempersilakan kepada semua foll0wers dan readers CL untuk join segmen ni..


pssstt!!! daaaaa...^^