Isnin, Ogos 29, 2011

seperjalan di akhir Ramadan menjelangnya Aidilfitri

Assalamualaikum ^^,




wahhh!! ari ni pun aku ada can lagi nak update bl0g ek. well pagi2 ni boleh lagilah nak jengah2 fb, bl0g, email. start tengah hari nanti memang tak boleh lah derrr. hurmmm. tinjau2 dekat dashbord pun ramai jugak lagi blogger yang update blog eh. memag tegar lah korangggg. ^,^

perkembangan terbaru. ecehhh ayat bajet artis! =p. semalam aku and the whole family berbuka di Melaka. tiba2 pulak kan dah nak hujung2 puasa pergi sana. yang sebenarnya ktorang pergi Melaka sebab mak cik aku ajak buka puasa sama2 dengan family diorang kat sana. s0, kami sekeluarga bertolak arround 11:30. masa yang ada di habiskan dengan berjalan-jalan. sempat jugaklah aku pergi ke Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (Bastion House). banyak giler artifak2 zaman kurun lama. seriously! korang yang tak pernah pergi. aku syorkan korang pergi.

di sana korang akan jumpa barang2 zaman sebelum korang wujud lagi. haruslah!! apa punya ayat daaa nama pun muzium. haai. dan saat korang melihat mesti ada sesuatu yang bermain-main di fikiran. macam aku. "macam ni rupanya kehidupan zaman dulu". ada jugak biografi2 pejuang2 yang terkenal. macam2 nama yang akan korang jumpa. siap dengan lakaran muka sekali!

dan sedang aku berjalan2 di ruang biografi neh. aku berhenti sangat lama di hadapan sebuah biografi seseorang neh. siapa???. Hang Tuah. sebelum ni ak tertanya-tanya juga. macam mana rupa Hang Tuah ni sebenarnya?? dan semalam aku dapat lihat lakaran wajah Hang Tuah. dan masing2 cakap. "ni ke Hang Tuah??". *dah terang2 tulis kat situ. adoooiii!!  


dah penat berjalan-jalan. kami pergi ke kedai mak cik aku. pukul tujuh baru gerak pergi buka puasa. makan apa??. jeng3!! mak cik aku orderkan steamboat. dan aku just tambah char kuew teow. tapi tapi tapi..char kuew teow dia sebijik kuew teow goreng!! haiiilaaaa.. bedal ajelah! rezeki jangan di kutuk2. oh!!! rosak bahasa weehhh!



dengan keadaan jalan yang sesak. terasa pulak mood balik kampung masa otw balik Johor. haha *wink3!!!

Rabu, Ogos 24, 2011

contest : header saya comel

Assalamualaikum ^^,





details klik banner.


dah petang2 hari ni tak tau nak buat ape. so, aku join contest ni sementara menunggu waktu nak berperang kat dapur jap lagi. ^^

sapa yang rasa ada memiliki header yang comel sila join oke! cuba nasib katanya. yang nak buat header lain means yang korang edit2 selain daripada header yang ada kat bl0g korang tu. boleh jugak join.

untuk mengelakkan salah faham cepat terbang ke tuan punya bl0g oke!


.::.cer!tEra liyaNa.::.


oh ya! aku just guna header yang dah sedia ada di bl0g aku neh. sebab aku suka sangat3!! dan header aku telah di design oleh Wan Hazel. berminat?? cepat2 tempah kat wan. *promote jap..hehe


good luck pada yang join!

bestnye dapat hadiah raya ^^

Assalamualaikum ^^




ada sape2 nak bagi hadiah raya kat aku tak?? sila angkat telinga tangan satu jam. kompem tak de. haha. ehem! tapi kalau ada sape2 yang nak bagi tu boleeee jeeee. *wink3!!

ok2!! mula bercerita.

pernah tak masa hari raya ni korang bagi hadiah kat sape2 yang special. haaa!!!special di sini bukan seperti yang korang tengah fikir tu. aku maksudkan untuk family members. mostly kita punya parents lah kan. isnin ari tuh aku pergi umah akak aku di sebabkan aku yang tak sabar nak ambik lapt0p aku. mau nya tak. akak aku balik lame lagi kot. ntah berapa kali pulak aku mimpi lappy aku neh. =p

huh! lari topik lagi. ok2!. masa tengah menunggu waktu berbuka tu parents aku di hulurkan beg dari abang aku. ehem dengan gelitiknya aku yang serbu dulu. sekali bukak. waaaaahh!!! nset! bukak pulak lagi satu beg. kasut! weweweweeee. yes! aku yang gedik pergi bukak. heheheh.

well, itu semua normal je k0wt. kebetulan abang aku bagi time nak raya. s0, aku pun cakaplah hadiah hari raya. @_@. aku kasi apa??. aku kasi sesuatu yang berjalan-jalan. apakah itu?? but, di kongsi dengan siblings aku yang lain jugak.


apa erk hadiah paling best pernah aku dapat???

Selasa, Ogos 23, 2011

cabaran 3 hari tanpa laptop

Assalamualaikum ^^,




tolak campur bahagi darab. tiga hari laptop aku buat medical check-up. sepanjang tempoh tu jugaklah aku tercengang-cengang tak tau nak buat apa. sebenarnya aku hantar laptop aku untuk di buat medical check-up sebagai persiapan untuk aku kembali menerjah ke dunia siswi September ni.

dan di sebabkan ini jugaklah aku tak sempat nak terjah semua blogger yang dah join segmen ni. dan sebagai balasan hari ni aku akan kembali terbang menerjah awan bersama-sama tinkerbell yang cute neh. ^^

3 hari laptop aku takde dengan aku. 2 malam aku mimpi laptop aku. huhu. "nampak sangat laptop ko nyawa ko daripada nset ko" mak aku cakap. @_@

sepanjang aku menghilangkan diri dari dunia internet ni. aku mengemas bilik dan tolong mak aku buat kuih raya. almaklumlah kita pun lagi seminggu jer lagi nak raya. sekarang bila on radio rancak dj radio pasang lagu raya. makin hari makin terasa suasana hari raya tu. *wink3!!


sedikit cerita setelah tidak update agak lama. banyak yang ingin dikongsikan. weeee!!

Rabu, Ogos 17, 2011

giveaway duit raya dari Jepun

Assalamualaikum ^^,






klik banner untuk join!


hehe. nak jugak merasa duit raya dari jepun. padahal dapat dalam RM gak nnt. haha. tapi musykil gak neh. tuan punya contest mintak email. kot2 dapat gambar je kot nanti. hekkk. apa ada hal! duit jugak cuma tak bole belanje jek. lalalala~~

oh ya! tarikh tutup c0ntest ni menarik perhatian aku. 16 September 2011. haaa!! jangan wat tak tahu ekh. tarikh PENUBUHAN MALAYSIA ni. dah jadi public holiday pun. ^^



bilala dapat pegi Jepun neh

"SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"

Assalamualaikum ^^,





! Skytech BELOG™ !!



tekan banner untuk details dan join.



NAMA PANGGILAN BLOGGER
yana

TARIKH MULA BERBLOG
september 2009 (aktif akhir 2010)

RAKAN BLOGGER TERKINI
334

TARGET TAMBAH RAKAN BLOGGER
6 orang blogger
(lebih lagi suke!!)






salam perkenalan!! buat semua yang datang sini. ^^,

wordless wednesday : apa yg menarik dengan air pancut ni????

Assalamualaikum ^^,




video


^_____^

Selasa, Ogos 16, 2011

surat untuk kawan baik

Assalamualaikum ^^,





bukannya senang nak cari kawan yang baik.
bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
kawan baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yan gbaik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dnia dan di akhirat di dalam doanya.

kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. kita adalah kawan yang baik jika kita tidak menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

kita bukanlah kawan yang baik jika kita tdak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan keran terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!!

kita kawan kan?????????


susah mencari kawan sebegini kan?


credit to Azieymah Adam 

Isnin, Ogos 15, 2011

alkisah cat ^_______^

Assalamualaikum ^^,




hello0oo!! peeps!. how are u doing?. ok! sabtu lepas aku dengan terujanya memilih warna cat untuk rumah aku. setelah di beri amanat suruh oleh mak aku. kenapa aku teruja?. sebab buat pertama kalinya setelah lapan tahun rumah aku akan berubah warna. ya. sila percaya. lapan tahun oke!.

jadi pilih punya pilih. aku pun pick warna coklat. tengok kat dalam buku macam lain. bila dah cat macam warna lain pulak. tapi! yang penting cantik!. coklat nya macam warna coklat pelik sikit. aku suka warna pelik2 neh. ^^

s0, aku nak cerita masa nak beli cat tu. aku jakun. lagi sekali. jakun. hahaha. sebabnya sekarang nak beli cat time tu jugak bancuh. cat datang dengan warna putih. delux ada sediakan 2 masin. lepas masukkan kod cat yang di pilih tu nanti keluar cat2 kaler lain yang di campurkan untuk jadi kaler yang di minta. warna yang ada cuma warna standard. dah siap tu. nanti dia masukkan dalam satu lagi mesin. mesin untuk goncang tin cat tu pula. sempat jugaklah aku snap pic mesin tu. jom teng0k.




tentukan warna cat di sini




tempat goncang tin cat



ok. fine!. korang dah tau. @_@  ekcelli aku pun dah tau lame cuma belum pernah tengok in real. ngeh3!!


suka tengok rumah dah berubah kaler *wink3!!!

Jumaat, Ogos 12, 2011

Jom Join Bloglist Miss Nadya

Assalamualaikum ^^,






picit banner untuk details.


kompem2 lah yana nak masuk Blogger Cun. ^^



jomlah join!

KUIZ : Oh La La... Romantik @ Tidak?

Assalamualaikum ^^,




haaiiiiiiiii bloggers!! tadi tengah belek2 majalah jumpe pulak kuiz ni. cam menarik je kan. s0, setelah berfikir dan fikir dan fikir . aku nak share kat sinilah. sebelum tu anda tahu tak anda ni romantik atau tidak?? takpe2. toksah jawab. kita buat kuiz ni dulu oke! ^^

btw, kuiz ni untuk suka-suka sahaja ya! have fun bloggers!


#1 PEGERTIAN romantik bagi kamu?

a. Apabila dia sering memebuatkan kejutan dengan menghadiahkan barangan kesukaan kamu.
b. Perkataan yang langsung tidak memeberikan sebarang makna buat kamu.
c. Perkataan yang boleh membuatkan kamu berasa seperti terbang melayang.
a-1  b-0  c-2
#2 Pada pandangan kamu, berapa lama hubungan cinta kamu dan si dia mampu bertahan?

a. Hubungan kamu akan bertahan untuk selama-lamanya.
b. Boleh bertahan lama jika si dia lebih bertolak ansur dan bersikap terbuka.
c. Kamu tidak mahi mangagak berapa lama akan bertahan. Jika ada jodoh, adalah.
a-2  b-1  c-0
#3 Kamu dan si dia baru sahaja berkenalan tetapi si dia sidah pun meluahkan isi hatinya pada kamu. Apa yan gterlintas di fikiran kamu?

a. Terdesaknya! Si dia sebenarnya kesepian dan kesunyian.
b. Wah, ini tandanya hubungan kamu akan berlarutan ke peringkat seterusnya.
c. Kamu hargai luahan si dia. Itu juga bermakna si dia mula menyenangi kehadiran kamu.
a-0  b-2  c-1
#4 Jika si dia terlupa tarikh hari jadi kamu, kamu akan bersikap?

a. Tidak berasa apa-apa kerana kamu juga sering lupa tarikh-tarikh penting dalam hidupnya.
b. Berasa geram, meluat dan marah tetapi masih mampu untuk memaafkannya.
c. Kmau berasa sangat kecewa dan merasakan si dia tidak pernah menghargai kehadiran kamu di sisinya.
a-0  b-1  c-0
#5 Dia mengjak kamu keluar di hijung minggu. Lokasi pilihanmu?

a. Makan di sebuah kafe eksklusif diiringi dengna muzik romantis.
b. Berjalan berpimpin tangna di taman bunga yang menghijau sambil berbincang tentang masa depan hubungan kalian
c.Memilih untuk meonoton wayang filem romantis bersama.
a-1  b-2  c-0
#6 Si dia berjanji mahu membantu kamu membersihkan rumah. Apa yang kamu fikirkan?

a. Kamu tertanya-tanya mengapa dia begitu baik dan mengambil berat. Pada masa yang sama, kamu mencari jalan untuk membalas bantuannya.
b. Kmau hanya tersenyum dan ketawa mendengar janjinya itu kerana kamu tahu janjinya tidak akan ke mana-mana.
c. Kmau tidak sabar-sabar menanti kedatangan si dia ke rumah.
a-1  b-0  c-2
#7 Berapa banyak masa yang kamu luangkan bersama dengannya sebelum kamu sah menjadi pasangan kekasih?

a. Selalu berjumpa dan berbual di telefon keran dengan itu lebih rapat mengenali hati budi.
b. Kamu hanya berjumpa 3 kali seminggu. Malah kalau lagi jarang berjumpa lagi bagus.
c. Hanya berjumpa dengan dia beberapa kali sahaja. Itu pun si dia yang mengajak kamu terlebih dahulu.
a-2  b-1  c-0
#8 Teman kamu bercerita bahawa dia baharu sahaja berselisih dengan lelaki idamannya. Reaksi kamu?

a. "Wow! SEronoknya. Semoga kamu berjaya untuk menambat hatinya".
b. "Saya juga tidak sabar untuk berkenalan dengan lelaki idaman kamu itu".
c. "Berhati-hati ya kerana belum tentu si dia jujur atau sebaliknya".
a-1  b-2  c-0
#9 Cuba renungkan semula hubungan cinta kamu yang lepas. Mengapa kamu dan kekasih berpisah?.

a. Si dia tidak menganggap kamu masih belum cukup matang untuk bercinta.
b. Kamu menganggap bekas keaksihmu bukan jodoh.
c. Bekas kekasih tidak memenuhi ciri-ciri lelaki idaman kamu.
a-0  b-1  c-2
#10 Apa yang sebenarnya kamu harapkan dari si dia pada hari jadi kamu?

a. Kamu mahukan sesuatu yang amat istimewa darinya.
b. Hari itu merupakan hari terbaik untuk memperlihatkan rasa cinta terhadap si dia.
c. Tidak mengharap apa-apa. Yan gpenting adalah keikhlasan daripadanya.
a-1  b-2  c-0



JAWAPAN

15 ke atas

kamu memang seorang yang romantik. kamu sebenarnya mengahrapkan hubungan cinta kamu akan berlangsung seperti dalam filem-filem romatik. bertemu, jeling-menjeling dan akhirnya bercinta!. menurut pakar psikologi, kmau mengharapkan pasangan kamu temui menepati cita rasa kamu. awas, ini sebenarnya boleh membuatkan kamu dilanda kekecewaan. ingat, bukan semua orang bersikap romantik.

7-14

kamu seorang yang serba sederhana. kamu menyedari bahawa dalam bercinta tidak semestinya si dia akan bersikap romantik untuk membuktikan cintanya terhadap kamu. memang benar ramai wanita yang akan cair dengan lelaki yang romantik tetapi lama-kelamaan kamu sedar bahawa tidak semestinya si dia akan terus bersikap begitu setiap masa. ada masanya si dia munkin terlupa hari-hari penting dalam hidup kamu tetapi memaafkan si dia lebih baik kan. jadi, bersikap sederhana akan lebih membuatkan cinta kamu dan pasangan semakin membara.

6 ke bawah

tidak romantik! kamu selalu geli apabila pasangan bersikap romantik dan kadang-kadang ada pula rasa sangsi padanya. sikap ini sebenarnya hanya merugikan diri kamu sendiri kerana kamu menolak untuk mengecap saat-saat manis bercinta. jadi, walaupun kamu merasakan kamu tidak perlu seorang kekasih romantik tetapi sesekali ada baiknya kamu bersedia untuk menerimanya. ada banyak kejutan yang bakal kamu peroleh nanti.



sumber : Majalah Remaja.

Khamis, Ogos 11, 2011

SECOND GIVEAWAY HAJAR AZMAN

Assalamualaikum ^^,




join giveaway setelah di tag by cik myra. thanks!!. so, ini lah dia.




tag:

fatin


klik banner untuk join.



Rabu, Ogos 10, 2011

banyak kali dah terkena. tapi aku telan jugak

Assalamualaikum ^^,




pernah tak korang rasa macam ni?. "eh, aku dipermainkan ke" atau "eh, aku diambil kesempatan ke?". walahweh. aku tak tau kenapa perkataan2 ni mesti keluar daripada otak aku ni. sebab aku dah terkena?. dan ini saja perkataan yang sesuai untuk di jadikan ayat dan persoalan buat aku sendiri?. arrhhhgg! TAK SUKE!

here the situation.

segala penat lelah korang cari information sana sini. duk ngadap web yang tak user friendly. paling menyedihkan bila dah berjam-jam ngadap. mata pun dah kendur. STILL tak jumpe2. last2 aku guna alternatif dengan bertanyakan pada en goole. finally aku jumpe jugak. tapi aku check dulu betul tak sumber tu. bila dah confirm dari web rasmi. thats it!! tak sampai bape minit. nak di bandingkan dengan duk ngadap web berjam-jam. tak jugak jumpe. hhuurrmmmmm......thanks en. google

the point is.

someone tanya pada korang. itu dan ini. dan dengan perasaan tak sampai hati nak kata tak tau. korang pun explain panjang lebar kat someone tu segala information yang korang dapat selama sebulan tuh. tup2 dapat tau dia sebarkan maklumat tanpa pengetahuan korang. ok fine!! itu aku boleh terima. TAPI. macam mana bila orang yang korang dapat tau tu bagi tau segala information ne adalah si teettt yang bagi tau. dan dia lebih tahu???. bagi tau perasaan korang pat. =p

aku sebenarnya tak nak cakap perkataan ni. tapi bila dah selalu mungkin dah tiba masanya. AKU SERIK. ya. serik di perlakukan macam ni. tapi aku sentiasa berfikiran positif. tapi bila dah sampai mak aku pun bersuara. "aku dah kata, ko ni dah banyak kali kan terkena dengan si teeettt tu kan." ^^

bila nak berakhir??. hanya ada satu cara. i must to STOP it. ape yang aku nak berhentikan???. berhenti daripada sentiasa memberi. "sekali sekala ko kena biarkan mereka usaha sendiri juga". tapi sanggup ke aku biarkan?? errrrrr...tapi kalau aku biarkan seolah-olah aku biarkan mereka semua buat apa sahaja pada aku. heelllooo!! NEVER ok!




*maaf di atas entri luahan perasaan..korang layankan jeelaaa 

wordless wednesday : pokok misteri di Hunan

Assalamualaikum ^^,


















info : email.

Selasa, Ogos 09, 2011

RM50 mahal tak??

Assalamualaikum ^^,




hari ahad lepas buat pertama kali ramadhan kali ni aku dan keluarga berbuka di luar. tempat biasa ktorang makan pun. ahli seramai tujuh orang. awal2 pegi untuk booking dulu. then ktorang merayap kat bazar. and itu jugak pertama kali aku jejak kan kaki ke bazar kali ni. ^^  orang sangat ramai oke! tengok jam. 6:30 p.m. memang patut pun. di sebabkan tak tahan dengan orang ramai yang berpusu-pusu. aku terus keluar dari celah2 orang ramai tu. lalu kat belakang gerai. haha.

berbalik pada topik. kos kami sekeluarga berbuka hari tu RM50 untuk tujuh orang. ngam2. terer tak??. :D. rasa2 mahal tak?? pada aku MURAH. oke sila jangan buat persepsi dengan mengatakan aku berlagak. cuba korang tengok list menu dulu...


  1. teh tarik - 2
  2. air kosong - 1 (kompem2 tak bayar  *eh tapi ada kedai kena bayar jugak)
  3. horlick panas -1
  4. teh o ais - 1
  5. nescafe ais - 1
  6. milo ais - 1
  7. jus epal - 1
  8. sirap limau - 1
  9. nasi goreng ayam - 2
  10. nasi goreng kampung - 3
  11. nasi goreng pattaya - 1
  12. mee ladna - 1
  13. roti canai kosong - 1
  14. telur bungkus - 1
  15. telur dada - 1

sila abaikan makanan yang melebihi daripada tujuh. s0 caner?? korang rasa murah tak. serius murah oke!



*nak masak untuk berbuka. =p kalau rajin malam ni aku update lagi satu entri  ^^  selamat berbuka semuaaa!!

Isnin, Ogos 08, 2011

review FOLLOWER ke 300

Assalamualaikum ^^,




seperti biasa aku akan review blogger yang menggenapkan jumlah foll0wer aku. s0, siapakah yang bertuah untuk nombor 300?? jeng3!!







congratulations!!!!

terima kasih juga kepada anda semua yang membuat follower semakin bertambah. kalau blogger sebelum cik gha_this87 tak foll0w. cik gha_this87 pun tak dapat angka 300. kan3????

jom ke bl0g cik gha_this87 neh.





foll0wer dah ribu2 ni. ^^



*terus mencari blogger bertuah yang foll0w blog ni dengan nombor yang dicari2. *paham ke apa yang aku cakap neh?? xpaham??? abaikan @_@


tentang BLOGGER

Assalamualaikum ^^,




fuhhhh!! penat2! hari ni duk terbang sana sini dengan tinkerbell. melawat rakan2 blogger yang dah join segmen en. ben. tinkerbell nak rehat jap! ^^

btw, sepanjang aku terjah blog2 ni semua kan. kebanyakkannya guna warna putih. tiba2 buat aku rasa warna feveret neh. dulu pun blog aku kaler putih suci dan segar. tapi aku kuatkan jugak ati untuk menukar kaler lain. walaupun hakikatnya aku sayaannngggggg. memandangkan aku nak letak tinkerbell dalam blog aku ni so, cam tak logik nak guna kaler putih pulak. huhu

oh ya! kepada blogger2 yang sudi berkunjung di sini. terima kasih banyak. kepada yang follow. thank you sooo muchhh! yang tinggal jejak kat shoutbox. mungkin malam ni aku akan terjah pula. if tak larat, aku sambung esok oke! kepada silent reader *ada ke???. jelma2kan diri anda. *wink3!!!!

dan SALAM PERKENALAN kepada anda semua yang sudah menjadi follower blog tinkerbell ni. alhamdulilah dah mencapai angka 300 pun. terima kasih semua. sama2 lah kita berperang betegur sapa di sini. ^^,

luuuvvv youuu guyysss!!! rock it!! >,<


*next entri nak review follower yang ke 300 pulak...sapekah??? jeng3!!!!!

Ahad, Ogos 07, 2011

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI

Assalamualaikum ^^,





klik untuk join!

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang bl0g aku. korang boleh pergi ke di sEbalik tAbir CL. enjoy!!

oh ya! aku tau mengenai segmen ni daripada dashbord. tempat blogger2 update entri. ^^


*status entri : done!


************************************

link mereka2 yang aku dan tinkerbell dah terbang2 sana.  ini adalah pendapat aku mengenai bl0g korang.  btw, jangan lupa kutuk2 komen2 blog aku juga oke!! 

     just nice. simple!. tak serabut pun. itu je kowt xde ape lagi nak komen ^^. follower ribu gak neh *wink3!!

     suka dengan kartun yg  gerak2 kat sstatus dia tuuuuuu..btw, klu buat scroll utk sidebar lagi ok k0wt?

     suke dengan bl0g neh. btw, tulisan untuk header cik bunny berjaya buat yana rasa jelessss..>_<

     TERPEGUN. bole tak? sangat kemas. plus warna merah????????  suke3!!! tema bl0g ni adalah BOLA.

     blog ala2 comel dengan gambar2 kartun semua. macam bl0g yang jugak ni.

     lubuk panda!! dah oke dah bl0g neh. *sempat gak tumpang letak banner kat sane. hihi. thanks!

     tertarik dengan tabs menu yang di letak di bahagian bawah. first time kowt jumpe blog yg ade cam tu  `

     mungkin kena buat header untuk lagi menarik. tuan empunya blog neh baru nak mula berbloging. tape2
     slow2 oke!s0, welcome to blogger world.  keep on writing!

     cer timbang bl0g. lambat loading. huhu. tapi tak tau lah pulak if line yana sl0w,, ^^,  template die cantik!

      coommeeellllllll!!!!  =) . kita sama kategori laa  *perasan

11) kimiez
      rasanyerr tuan empunya bl0g neh suka kaler hijau. betol tak??  simple juga.

      blog ni pun banyak kartun. full of love. *wink3!!  btw, byk bl0g2 yg wat tuto. tak pun google lagik
      senang.  ^^

      full of information. tapi..tapi...tapi...lambat loading jugak. ermmm berukben yana ke erk??

      just one word. simple!. 
 
      ermmmmm..nape dah habis loading pun. still ada yang tak kuat erk?? huhu. refresh lagi skali baru kuar
      semua.  ^^

      kemas dan tersusun! di curahi dengan kaler pink. kalau buat header letak gambar yg comel2 mesti cun. =)

      suka dengan permainan kaler yang di gunakan di bahagian POST dan SIDEBAR. taaapiii..header tak
      kuar pulak.  ^^

      suke3!! cepaat loading. plus comel jugak bl0g ne. ekekeke

      lagi satu blog yang buat aku TERPEGUN. kemas dan tersusun. btw, kalau buat scroll mesti lagi perfect!

20) Lieyda
      tak de ape kot nak komen. huk3!!. suke dengan quotes kat banner tuh ^^

21) shanas
      just nice dear! ^^,

22) Yumida
      ape kate blgo archive buat scroll??

23) umie
      baru lagi kan?? tape2 sl0w2, nanti lame2 okelah tu ^^,
   
      blog ni kena reload sampai 2 kali. huhu. btw, bila dah bukak cantik upernyeeeee  =p
   
      cuba try template baru.  kaler yang lebih menarik =)

26) fiq.
      mula2 ingat bl0gger lelaki. hehe. blog nya sangat tersusun oke! tak de yg messy pun. dah lame foll0w blog
      ni. ^^

27) Rahmad
      cepat jee loading blog ni. suke2!!  ^^,

      boleh nampak yang tuan empunya bl0g guna tema pink. kategori blog yang kemas juga.

29) NasZ
      blog ni di penuhi dengan kaler biru.

      kalau tukar kaler lain untuk template?? warna yang cerah ke??

      tema bl0g ni kaler purple. blog ni pun kemas dan tersusun. kotak komen dia cantik!! macam mane buat ek?? ohhhh..geng BCR rupanyeee..

      menggerunkan jugak dengar nama ni.  tapi...tapi..tapi..mana segmen en. ben tu??

33) Fad
       tak tau nak cakap ape. suka sangat dengan template, warna yang di gunakan, cara mengemas blog nya. sangat kemas!. tapi kan kalau signature tu buat transparent mesti lagi cantik! ;)
 
      tuan punya bl0g patriotik!! =)

      better buat scroll untuk bloglist n blog archive. tapi bl0g ni cepat loading. i likee!!

36) Azzah
      first time bukak gambar semua tak keluar. huhuhu. but yang penting. KEMAS.


       selalu nampak banner dia kat mana2. so, dah pernah masuk blog neh. ^^,

      let the keyboard talk. sukeeee. jom pi sana.

      simple tu yang penting. suke jugak!. hitam putih??. style!!

      everything okay!! cantik! tak ada ape nak komen..=p

41) H.J
      dah pernah masuk bl0g ni before. ^^  shoutmix kena reload jeee..huhu

42) osHin
      suke dengan header tuan blog ni. tapiiii loading lamee (ke berukban punya pasal ek???)

       rasanya about me better letak atas sekali. ^^

      traffic feed tu kalau takde pun ok kowt??

45) KiNa
      apa kata buat pop-up window untuk komen??

      cuba lebarkan sikit ruang tengah tu (post entri ngan sidebar) ^^,

      header dia pada aku abstrak jugaklah. =)

      cepat2!! serang sini. tengol header tuan bl0g. sangat kreatif oke!

      blogger ni pun masih baru. sangat hijau! font yg di gunakan dah cantik. cuma ape kate traffic feed tu xde? ok kowt.. ^^,

      lamabt loadingggg ^  ^

      bila entri pendek. sidebar nampak meleret sangat. ape kata buat scroll atau buat tabs menu??

      just nice! cuma kalau tukar template lain lagi ok kot? mungkin buat pop-up window and no words verification lagi senang. :)

      agak lama jugak nak loading. huhu. buat scroll utk list?? sebab nampak meleret. untuk komen pun sama, kalau buat pop-up window n no words verification lagi senang =)

      welcome to blogger world!! keep on writing! font dah oke tu. t lame2 touch-up la lagi blog neh kasi lagi interesting. tutorial?? google jerk. ^^, letak bloglist pun oke gak. *wink3!!

      cuba letak kaler yang cerah2. lagi menarik kot?

sidebar meleret. pe kat buat scrooll utk popular post n blog archive??. shoutbox buat kat tepi, flout shoutmix ke.. =)

ok!

58) Arin
rase2 traffic feed xde pon oke kot? btw, comeelll header die =)

59) Nizam Ijam
dah lama join blog neh. link tuan blog ni pun dah masuk bloglist! ^^  btw, dah tukar template eh??

60) Nienyz Ayub
sempoi gile blog ni. @_@

61) starheart
cepat2!! pergi sini. tengok header dia.

62) Ninie Dora
dah agak dah. mesti suka dora the explorer. hehe. camtik dah blog ni. >,<

  63) Me is Whoa!
   setakat ni blog ni paling baru yang yana jumpe. sangat fresh!  and first time jugak jumpa blog yang tak de header ^^

64) aimaniman
buat scrooll utk sidebar ok kot? ^^

65) lieynanilaz
boleh tahan jugak blog ne. suke3!!

66) ♡♬♪ sHaKiRah HaRuN{。^◕‿◕^。}
sape2 berminat nak joib blog kaler pink. cepat2!! klik sini. tuan blog ne ada link. ^^

67) khansyaa' al khairiyah mohd ujang
alamak2!! ada yang tak keluarlaa..huhu

68) fRaMe+LenSeS
dah lama terjah bl0g ne. kenal dari segmen en. ben jugak. =), btw, nape buat scrooll tapi panjang sangat?? cer pendekkan?

69) nur
blog ne pun yana nak cadangkan buat scrooll utk jimatkan ruang.

70) salwaismail
sejuk jek mata masuk bl0g neh. ^^,

71) TeAqarH 
rasa2 dah ok kot. hehe

72) Ary
cuba kecik kan sikit sidebar? touch-up2 lagi ke? =)

73) :.hafsah haru .:
suka kat part post enti dengan sidebar *wink3!!

74) Luqeem™
kalau background kaler putih cun tak?? post entri dgn sidebar dah cun!

75) Areliff
dah cukup kemas blog ne. ^^

76) azlina_muhammad
jelesss tengok bl0g ni. >,<. btw, apa kata buat tabs menu? sidebar macam meleret. =)

77) intan
buat scrooll b0x ok kot?

78) Achik
bole touch-up2 lagi ni. ^    ^

79) ScHa Fyka
just nice! ^^,

80) kiera'sakura
waa..petak2 lah..kemas!




*sorry if ada bl0gger yang KECIK ATI, TERSINGGUNG, SAKIT ATI dengan komen2 yana. ^^




     
     

Sabtu, Ogos 06, 2011

mula membeli persiapan pernikahan

Assalamualaikum ^^,




alhamdulilah. hari ini dah masuk ahri ke enam pun puasa. korang semua macam mana??. semoga sihat2 semua. ^^,

hari ni aku dengan akak aku pergi mencari barang2 untuk persiapan pernikahan. kalau di tempat aku ni lokasi strategik adalah Air Hitam, Kluang.  tak jauh mana pun dengan rumah aku. adalah sejam lebih perjalanan.  atau kurang lagi?. depends la pada kilometer kereta yang dibawa. *jawapan selamat bila dah confuse jangka waktu yang sebenarnya. kahkahkah.

so, sebelum beli barang2 mestilah kena mintak duit kat encik ATM kan. awalnya ktorang dah aim satu kedai neh.  tiba2 nampak pulak kedai baru. dengan pantasnya ktorang ke sana. masuk2 jek dah buat aku kata "bestlah! kedai neh". suasana kedai yang sangant ergonomic plus kedai nya 3 tingkat dan sangat2 luas. puaslah merayap dalam tu. semua ada kat situ + harganya pun not bad. 

lawatan dimulakan dengan aktiviti tinjau2 dahulu. cari2 mana yang terbaik untuk cenderahati. naik tingkat dua da nampak dah, beg2, barang nak buat hantaran. waaaaaaaa!! excited oke! tingkat 3 pulak bab bunga2. dah rasa macam musim bunga jek. di kelilingi bunga2 yang pelbagai warna. and for sure semuanya plastik. ngeh3!!

bila dah nampak bunga terus amek bakul. konsep oren dan cream. bunga pun mestilah oren dan cream kan. dengan ini bermulalah mencari perhiasan oren dan cream secara berleluasa. ^^  selesai dengan hiasan.  masa untuk hantaran nak letak macam mana. masa servey2 tadi dah cop nak amek bakul (bakul ke?? hentam jelah =p).  daripada berbakul pekerja kat sana ambik kan ktorang tolly pulak. haha. jangan salah sangka. ini semua gara2 nak amek bakul tu. so, memerlukan tempat yang lebih besar oke!

setelah puas merayap-rayap, pusing2 dalam tu terus ke tingkat satu untuk pembayaran pula. hmmmm. harga masih acceptable lah. masih ada lagi yang belum di beli. misi seterusnya mencari kain untuk dulang hantaran warna oren. perrrghhh!! susah seyh nak jumpe kaler oren neh.  kedai yang ketiga baru jumpa. btw, pusing2 sebenarnya ktorang pergi kedai yang sama jek dari tadi. cuma lokasi yang berbeza but masih di kawasan yang sama iaitu Air Hitam.  haisshhhh!!. 

s0, sila abaikan bab yang aku kata kedai baru tu oke! =p. cuma bangunan baru jek. haha. dan sebenarnya tempat baru tu lagi selesa nak di bandingkan dengan lagi 2 kedai tu. kedai baru tu korang takkan rasa panas + bahang pun. sangat sesuai dengan aku yang tak suka beli barang2 dalam suasana yang panas dan serabut. *winkk3!!

oh ya!! sebelum berlarutan sebenarnya ini untuk majlis pernikahan the one and only abang aku. NOT ME oke!!.  haaaa!! jangan tipu! korang mesti pikir ni majlis aku kan dari tadi???? pat2 ngaku..hehe. saje je wat suspen. weeeeeee!! yeeaayyyy!! "dah terkena..." (macam lagu jahat stacy tuuuuu...)

masa duk pilih2 barang tu kan aku rasa macam aku pulak yang nak kawen.  eksited yerr. tapi satu yang aku sedar. aku kena kumpul duit sebagai persiapan. nampak jek murah. but, bila dah sana sikit, sini sikit. mau ribu jugak. kalau korang nak cakap aku miang + gatal + gedik. hang punya pasal lah. yang aku tau aku tak nak pening kepala bila dah sampai masanya nanti walaupun tak tau lagi sape laki aku nanti. jangan kata batang hidung, bayang pun tak nampak lagi. hakhakhakhak..

nanti dah siap aku ngan akak aku gubah2. aku upload sini yer. tapi after majlis lah eh. yeess!! sila percaya aku dengan akak aku akan memerah otak untuk design. masa abang aku tunang dulu pun ktorang yang gubah. hehe.



*geram tengok gubahan2 yang dah siap di gubah. semuanya cantik2 dengan kombinasi warna yang superb!.  mood..day dreaming. *wink3!!







Jumaat, Ogos 05, 2011

1st Contest : "Makanan Kegemaranku" by Cik Kia

Assalamualaikum ^^,




how's everyone??. sihat?. ari ni aku kena tag. ermm..lama rasanya aku tak kena tag dengan blogger untuk join contest neh. thanks to my old fren myra. ^^  jom tengok contest apekah.

sebelum tu ini banner tuan empunya contest.  berminat??. klik banner untuk join contest.







DONUT

yes!! aku sangat suka donut. ni kira makanan jugaklah kan??. apa punya soalan daaa. saja nak cerita makanan yang kalau di klafikasikan lagi masuk dalam kategori kuih.  kalau nak cerita makanan kegemaran. banyak. seems cik kia nak jawapan pendek. so inilah dia. ^^

sebab kenapa aku suka makan donut??. entahlah yer. aku dapat satu nikmat  kalau makan donut neh. dia punya gebu tu yang buat aku rasa nak lagi dan lagi.  kira kalau buat sendiri tu aku punya mesti dah reserve awal2. orang lain tak boleh amek. dan sampaikan masa aku kat kolej dulu pun, kawan aku belikan aku donut untuk berbuka puasa. kata dia hadiah sebab banyak tolong dia. terkejut jugak aku, tengah duk pilih2 nak beli makana apa buat buka. alih2 dia hulur satu polistren donut. hehe. rezeki jangan di tolak. kahkahkah.  thanks najwa!!!  ehem! bila lagi nak belanja aku neh?? ^^,


tag

najwa
aufa (geng BCR)




*baru aku perasan..dah lama jugak aku tak makan donut. request kat mak aku lah..@_@

"Segmen: Memori Ramadhan by Sakura"

Assalamualaikum ^^,






klik banner utk join the club!



bila masuk bab puasa zaman comel-comel kanak-kanak neh seronok jugak nak kongsi dengan anda, bl0gger2 semua. ^^


alkisah SAHUR

apa yang paling aku ingat. setiap kali sahur makanan wajib ada ialah biskut mayat. eh2!! ni orang zaman dulu panggil. nama modennya biskut cream cracker. dan di cicah dengan air milo. ssllurrrppp!! tu dah nikmat lah tu. makan tanpa mempedulikan orang lain. sampaikan bila balik kampung mesti bawak bekal dua benda ni. hehe.

bila dah besar sikit tu. dah mula rajin malas nak sahur. s0, alternatif lain di aplikasikan. bila jarum jam dah pukul 9 or 10 malam. aku akan makan lagi sekali. dan semestinya makan nasi. jadinya sahur hanya minum air yang dah di bawak siap2 letak tepi katil. s0, nanti mak datang kejut just minum air sambil pejam mata. haha. nampak tak?? ape motif aku sebenarnya??? malas bangun sebenarnya. ekekkeeke.


alkisah BERBUKA PUASA

time buka puasa pulak. aku tak banyak cerewet. ape jek aku makan. eh cop2! mungkin aku cerewet jugaklah. sebab??. sebab kalau buka tak nak nasi putih dengan lauk. haha. so, mak aku akan pening untuk mencari resepi untuk sebulan. ^^  kalau nasi tomato ke nasi goreng ke aku tak kisah. kecuali NASI PUTIH. aku akan buat muka pelik sepeliknya kalau kena makan nasi time buka. hehe. agak mengada di situ. =p. dan sebenarnya tradisi perangai aku neh berlarutan sehinggalah hari ini. dah tahun 2011 pun kan??

dan aku ada pengalaman paling longhat sekali time berbuka ni tw!. masa aku sekolah rendah, tak ingat umur bape aku puasa. aku jadi lemah longlai sampai tak larat nak bangun. dah terbaring dah pun. tunggu masa nak buka aku tak boleh duduk. kahkahkah. biasala budak baru nak pandai puasa. lapo memang tak ingat time tuh. azan jek berdesup aku minum + makan. hehehe. tape2 kecik lagi. @_@

ada juga kisah lucu. time ni aku dah sekolah menengah. tengah duk tunggu waktu berbuka sambil terduduk kat meja makan tu, biasalah dah tinggal bape minit nak buka. maka akan ada sesi tuang2 air. kebiasaanya family aku sediakan 2 air, satu sejuk satu panas. yg bestnya. abang aku tuang air sejuk. tanpa ada ape2 perasaan dia terus minum yang mana aku rasa dia hilang ingatan jap yg dia puasa sebenonya. aku terus jerit + gelak sekuat hati. wakakaka. dan muka dia terkejut + sengih. mak ngan ayah aku tak terkata apa. diam seribu bahasa.


oh ya! masa kecik2. sebagai ganjaran. bila aku berjaya puasa penuh mak aku akan upah seringgit. hehe.




*oppssss!! terpanjang lebo pulak cerita buka puasa tu...hehe

PROMOSI BLOG SECARA PERCUMA ! C`AYOB

Assalamualaikum ^^,







picit banner untuk turut serta.



*tengah menyerang bl0gger2. jumpa segmen best aku join sesuka hati. wink3!!

Jom Join Bloglist Haris Kaito !

Assalamualaikum ^^,







hurrmmm..nak tag ke tak tag?? ah sape2 yang bace n3 ni nak join, join jelah.  details klik banner oke! ^^,




*done follow ur rules en. haris kaito..aip2!!

Khamis, Ogos 04, 2011

PENIPUAN di internet : CEGAH sebelum terlambat!

Assalamualaikum ^^,




Hadiah Undian.
selalunya kamu akan menerima e-mail daripada pihak yang tidak dikenali yang menawarkan pelbagai hadiah undian.  dalam e-mail tersebut turut diletakkan maklumat kamu memenangi sesuatu tidak kira dari yahoo, microsoft mahupun yang lain.  jangan percaya dengan e-mail tersebut jika kamu tidak betul2 yakin.

pencegahan
jangan terlalu cepat untuk memindahkan wang kamu kepada akaun yang tidak dikenali.  pastikan hadiah undian tersebut datang daripada sumber yang boleh dipercayai.



Perniagaan palsu.
perniagaan dalam talian (online) sudah menjadi 'trend' sekarang dan para pengguna juga semakin mempercayainya.  dalam pada itu, masih ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan secara haram.

pencegahan
kenal pasti sumber (blog, laman web dan lain2) apabila ingin memebeli barang secara online.  jika sumber tersebut adalah sah, maka urusan jual beli boleh diteruskan.



Pencerobohan laman web.
ketika kamu hendak mendaftar masuk akaun sendiri, tiba2 kata kunci kamu salah ataupun halaman utama yang muncul di skrin nampak lain.  dalam hal ini, jelas sekali akaun kamu telah dicerobohi!.  si pelaku yang suka menceroboh akaun orang lain mempunyai niat jahat tidak kira ia berunsur peribadi ataupun tidak.

pencegahan
pantau akaun laman sosial/ blog kamu dengan cara kerap menukar kata kunci.  untuk langkah keselamatan, jangan letak maklumat peribadi terlalu banyak.



Perisian bervirus.
kegilaan memuat turun perisian percuma menjadi suatu perkara yang sering pengguna internet lakukan.  macam2 yang dimuat turun sehingga tidak sedar virus turut menular ke dalam komputer.  cara ini memang mudah tetapi haruslah berhati-hati apabila proses muat turun berlangsung.

pencegahan
gunakan antivirus untuk mengesan virus masuk.  pastikan juga antivirus tersebut dikemas kini.



E-mail palsu.
ada kalanya kamu menerima e-mail daripada 'admin yahoo' dan enjin carian yang lain.  e-mail ini menyatakan kamu harus mendaftar masuk dan verifikasi data.  seterusnya, kamu haruslah meletakkan kata kunci dan macam2 lagi.  apabila sampai ke satu tahap, kamu rasakan bahawa kamu telah ditipu.

pencegahan
jangan sesekali klik pada 'link' yang kamu sendiri tidak pasti.  ini kerana data peribadi kamu mungkin boleh dicerobohi oleh si pelaku yang tidak bertanggungjawab.



E-mail berantai.
ramai pengguna internet yang gemar menghantar e-mail berantai dengan harapan apa yang mereka baca turut dikongsi bersama orang lain.  tetapi mereka tidak sedar bahawa ada sesetengah e-mail boleh mengaibkan orang lain dan mencetuskan fitnah.

pencegahan
jika tidak sahih kebenaran e-mail yang diterima, jangan panjangkan ia agar tidak timbul sebarang masalah kelak.



Status laman sosial.
status dan komen yang dipaparkan dalam laman sosial seperti facebook dan twitter kadangkala mengundang bahaya dan masalah besar antara satu sama lain.  tanpa disedari, macam2 luahan yang ditulis di status masing2.  ia mengundang bahaya!

pencegahan
jangan terlalu mengikut perasaan apabila hendak menulis sesuatu  di status laman sosial.  pelbagai andaian yang akan ditafsirkan oleh pihak yang membacanya.





*sekadar berkongsi apa yang aku baca ^^,

Rabu, Ogos 03, 2011

'Segmen Mudah Nizam Ijam - Aku Blogger Tegar'

Assalamualaikum ^^,




nk join segmen dari blogger Nizam Ijam. nak join klik banner okeyh!







done!



*segmen pertama aku join dlm bulan Ogos ^^

apa rahsia NOMBOR PERIBADI KAMU?

Assalamualaikum ^^,




sebelum nak tau nombor peribadi korang. meh sini. kena buat calculation sikit. tak susah macam add math p0n. ^^

campurkan tarikh lahir korang. 
contoh 13.04.1987 : 1+3+0+4+1+9+8+7 = 33 (3+3 = 6).
jadi nombor perbadi anda 6.



NOMBOR 1

Lambang keunggulan dan kejaguhan! Nombor1 merupakan makna kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan. keberanian dan kekuasaan. tetamu juga suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani dan berawawasan jauh. selain itu, dia turut mempunyai pendirian yang kukuh dan memiliki kekuatan fizikal dan mental.

NOMBOR 2

Nombor ini bersifat kekeluargaan. bagi kamu yang bernaung di bawah nombor ini, kamu mempunyai semangant kekeluargaan dan juga ikatan hubungan yang sangat rapat. bagi kamu, keluarga adalah keutamaan dan kepentingan.  selain itu, nombor 2 juga dikaitkan sebagai tanda boros dan kuat berbelanja. harus diingat duit bukan mudah diperoleh dan sikap berjimat cermat itu perlu bagi kamu yang bernaung di bawah nombor 2 ini.

NOMBOR 3

Ia adalah rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. bernaung di bawah nombor ini menjadikan kamu seorang yang pintar dan bijaksana. boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. selain itu, ia juga mudah untuk memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. sesiapa yang bernaung di bawah nombor 3 ini juga pintar menyelesaikan setiap masalah.

NOMBOR 4

Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. selain itu, ia turut membawa lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. ia stabil dan tak mudah digugat atau dipengaruhi. pendek kata, mereka seorang yang tegas dan tidak mudah terpengaruh. kekuatan mereka yangbernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaungdi bawan nombor ini.

NOMBOR 5

Ia adalah simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan mmepunyai tahap intelektual yang tinggi. kekuatan penaung nombor 5 adalah pada kata-kata. mereka mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan dan seorang perayu yang cekal. selain itu, mereka juga seorang perayu yang cekal. selain itu, mereka juga seorang yang pandai memujuk.

NOMBOR 6

Kamu suka meramal dan boleh meramal dengna tepat. hati kamu seperi tahi apa yang benar dan kamu juga sering mengikut kata hati. pendek kata, kamu adalah seorang yang mulut masin. kamu juga seorang yang suka berangan dan agak keras kepala. jaga2 dlaam pergaulan kerana kamu seorang yang sangat baik hingga tidak sedar ada yang sedang pijak kepala.

NOMBOR 7

Nombor ini lambang perlindungan. inilah nombor paling baik. selain itu, ia juga lambang pembalasan, pemerintahan, pelindung. mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. bagi yang bernaung di bawah nombor ini, kamu sebenarnya seorang yang cukup ambil berat tentang benda-benda remeh dengan terperinci. kamu seorang yang pembersih, suka kedamaian dan penegak keadilan. kepada yang selama ini suka ambil kesempatan, tunjukkan siapa diri kamu yang sebenar.

NOMBOR 8

Simbol kekayaan!. ia mendorong ke arah  menjadi semakin kaya dan juga masa hadapan yang cerah. bagi kamu yang bernaung di bawah nombor ini, kamu sebenarnya seorang yang cukup murah hati dan suka membantu orang lain. kamu juga bekerja dengan kuat untuk memastikan kamu dapat apa yang dihajati. kamu juga seorang yang kuat mendesak dan suka memaksa orang lain. sikap kurang sabar kamu juga perlu dibendung.

NOMBOR 9

Nombor ini lambang kebenaran. ia juga lambang tenaga yang kuat. sebab itulah ia menjadi simbol perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. bagaimanapun, mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalma perbuatan dan percakapan atau suka cakap lepas. tapi jangan bimbang walaupun mudah terlanjur tetapi kamu seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. kamu boleh dikatakan sebagai sumber maklumat pada kawan-kawan.





*semua ini hanyalah sekadar suka2. jika ada persamaan mungkin hanya kebetulan. tiada niat untuk menjatuhkan seseorang. HARAP MAKLUM.

Selasa, Ogos 02, 2011

eh!! awak kembar eh?? @ muka samalah..kembar eh?

Assalamualaikum ^^,




berdasarkan tajuk. persoalan2 macam ni dah biasa dah aku dengar @ berdepan. mostly akan tanya macam ni kalau aku dan kakak aku jalan sesama. sebab kitorang memang kembar. hek3!!! meh2 aku buat list sikit antara soalan peksa yang sering diajukan kepada kami..


  1. siapa akak, siapa adik?
  2. siapa lahir dulu?
  3. beza lama @ jauh tak?
  4. berapa minit beza?
  5. ayah dengan mak selalu salah panggil tak?
  6. ada keturunan kembar ke?
  7. best tak jadi kembar?
  8. macam mana nak bezakan ek?
  9. lecterur kenal tak?

dan dah tentu2 korang pun akan tertanya-tanya soalan yang sama kan?? meh2 aku tolong jawabkan. ^^

siapa akak, siapa adik?
aku adik. akak aku diera. kalau sudi sila ke bl0g die oke!

siapa lahir dulu?
kompem2 lah diera. dah dia akak aku. @_@

beza lama @ jauh tak?
taklah.

berapa minit beza?
5 minit jek.

ayah dengan mak selalu salah panggil tak?
ayah adalah salah2. mak adela jugak. tapi jarang sangat2. boleh kira dengan jari mak salah panggil ktorang. hehe.

ada keturunan kembar ke?
ada.sepupu ayah aku. kira pakcik sedara aku jugak kan?? *aku pening sikit bab2 salahsilah keturunana neh.. dan for ur information. pak cik2 aku ni kembar 3. mak aku kata sedara jauh.

best tak jadi kembar?
hurrmmm...yang ni selalu buat aku l0st word. biasanya aku akan jawab "entah ek..biasa jek..tapi untungnya sebab mana2 ada kawan". paling2 pun jawapan nakal aku.. "best! boleh kenakan orang..hehe".

macam mana nak bezakan ek?
entah. kadang2 aku jawab "bila jadi kawan kt0rang, then lama2 kenal lah" ^^

lecterur kenal tak?
tak. biasa lecterur akan main sebut je nama. hehe. tapi ada sorang lecterur aku. dia memang kenal kt0rang. tabik springgg ah dengan dia. padahal dia ajar ktorang satu sem jek.


sebenarnya ada cerita. mak aku tak tahu menahu pun dia mengandungkan anak kembar. even doktor pun. alkisah doktor suruh pergi buat  scan. yelah. zaman dulu scan belum berleluasa lagi. cuma ada kat klinik. kat hospital scan belum wujud lagi. ala zaman 80-an kan, mana ada. tapi mak aku tak nak. takut. sebab doktor cakap anak awak ni lain macam selepas buat pemeriksaan. sampailah mak aku bersalin still tak tahu kembar. 

jangkaan ktorang akan lahir bulan 12. then doktor kata bulan sebelas. tup2 ktorang ni tak sabar nak keluar. bulan 10 dah keluar ^^. mak aku pun bersalin. masa tengah bersalin tu pun tak tahu lagi aku ni wujud. menurut cerita mak aku lepas diera keluar, tengah tunggu uri keluar. tiba2 doktor kata, eh ada lagi satu. time tu jugak mak aku kata macam nak bangun tengok. hehe. dan uri keluar dengan aku sekali. ^________^
dan masa tu barulah tahu mak aku bersalin anak kembar yang coo0oomeelll!! tapi tak cukup bulan.. ngeeee..
sangat kecik oke. lahir dengan berat 1.9 kg jerk tw! dan diera lagi ringan daripada aku.

alhamdulilah. sekarang ktorang sihat. macam manusia lain. dan ktorang tak pernah berpisah dari tadika sampailah ke zaman diploma. kalau ada pun adalah 3 bulan masa aku masuk PLKN dulu. diera tak dapat. even bulan sembilan nanti kami akan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. STILL. dapat kampus dan programme yang sama. cuma tak tahu kali ni dapat kelas yang sama atau tak. ada tak de. mungkin degree ni lah ktorang akan terpisah kelas. sebab num matrik sangat jauh. tapi tak tahu jugak kan.

bila jumpa orang. samada ktorang kenal atau tak. mereka pasti akan cakap. "nanti kawen cari kembar jugak tw!" gluuppp!! . jodoh di tangan Tuhan. tiada siapa yang tahu. tapi bila ramai yang cakap macam tu. bukan ke dah jadi doa???..hehehe

basically, bila orang jumpa kami sebagai pasangan kembar mereka akan berkata:

     "eh!, kembarla..c0oomelll.."
     "sukeeenyaa teng0k kembar.."

lain2 aku tak nak beritahu. nanti ada yang kata kau perasan. oh tidakkkk!! dan perkara ini berlarutan sehingga yang terbaru kami buat medical check-up. doktor di sana sempat buat interview dengan kt0rang. hahaha..

btw, ada orang cakap muka ktorang seiras. cer teng0k,,




oh yeaahhHHhh!! kami the twin =))


mungkin gambar ni nampak lain sebab si diera ni pakai shawls.



kalau gmabar yang ni pulak?? ^^




orang kata untung jadi kembar sebab kembar kita tu kawan baik semulajadi kita...