Khamis, September 29, 2011

REVIEW FOLLOWER KE 400

Assalamualaikum ^^,




400. akhirnya sampai jugak ke angka tu untuk julah follower aku. *errrr disaster ke budak ni nak sangat orang follow blog dia neh???  hep2!! aku bukan yang sangat mengejar follower ok. seems dari aku start blogging lagi even follower aku masa tu baru dua tiga orang. aku still update. haha. see??? sebenarnya aku sangat obses dengan blog ni sejak diperkenalkan rakan aku tiga tahun lepas. and take a point there. yes!! tiga tahun! but follower baru 400. tak terer mana pun kan. ada yang sebulan dua blogging dah dapat follower riban2 kan.


ok! as usual aku akan review follower yang berada di nombor genap. which is for every hundred plus. ^^  so, kali ini orangnya adalah shasa_fiez. *hhmmm nama macam gabungan dengan nama pakwe jeeee???   ok2!!! think positive yana!! itu nama father dia lah!! ^^




~ ** W()Rd AfT3R w()rD ** ~






btw, thanks shasa_fiez. nice to meet you here! do visit my blog again and again ok?!  salam perkenalan daripada yana dan tinkerbell. =))




tuan punya blog neh nak tukar header. so, yana nak cadangkan. tempahla dengan Wan Hazel. super duper puas hati punyalah. peace!!

Selasa, September 27, 2011

Jom Kenali Blog Saya

Assalamualaikum ^^,






image

klik banner untuk join.




ohhh..jangan pelik. yes2!! tadi segmen en. ben. dan entri yang ni pun segmen dari en. ben. @_@.

ok! secara ringkasnya. ini adalah blog personal aku. di sini aku lebih kepada bercerita mengenai diri aku sendiri. its all about my experienced. kenangan2 yang pada aku boleh dikongsikan di sini. dan kadang2 menjadi tempat meluah perasaan jugak. tapi untuk sesi meluah perasaan ni kuota dia cuma 5% jek selepas di tolak, tambah, darab, bahagi. sesetengah blogger, mereka asingkan blog untuk join segmen dan blog untuk bercerita. tapi aku tak. aku combined jek semua. sebabnya blog aku ni aku consider as my diary too. cuma takdelah sampai cerita perkara yang terlalu personal di sini juga.

5 blog yang menjadi pilihan aku sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blogger ni adalah:



ekcelli aku ada cerita kenapa aku pilih lima blogger di atas ni dalam entri sebelum ni. koran gboleh check-out kat sini. 

dalam berblog ni setiap blogger pasti ada impian kan. so. aku harap blog aku ni akan terus di update oleh aku selagi terdaya dan termampu. ^^ dan paling penting aku harap masih ada yang mahu membaca segala macam cerita yang aku share di sini.


susah kan nak bagi orang terpaut dengan blog kita? >,<

5 blogger pilihan dan kenapa

Assalamualaikum ^^,




hari ni aku nak listkan 5 blog pilihan aku. ekcelli kelmarin aku ada join segmen dekat facebook en ben ashaari tu. tapi di sebabkan aku ada perkara lain yang perlu di selesaikan dulu. so, hari baru aku ada masa nak cerita 5 blog pilihan aku.

jom scrolll..




alahaaii. siapa yang tak kenal dengan blogger wan hazel ni kan. siapa2 yang tak kenal tu kompem korang tak habis explore lagi dengan dunia blogger ni. blog blogger ni pulak yang bestnya sebab dia ada sediakan sangat banyak segala macam tutorial ok! so, kepada newbie haruslah berkunjung ke blog wan hazel ni. 



tuan punya blog ni sangat cute! ada sesuatu yang kat blog ni yang buat aku tak kan ketinggalan kalau ada update yang baru.  even sampai sekarang pun aku tak tau kenapa aku minat giler denga blog sis neh. dan di sebabkan itu aku sewa tapak banner yang blogger sis ni sediakan. 



ini adalah blogger boy. of courselah kan. terang2 nama lelaki kat situ. blog ni pun menarik. tang dia duk bercerita tu buat aku tak jemu nak bacakan entri yang dia tulis walaupun panjang.  blogger ni banyak bermain dengan situasi yang sering atau pernah kita hadapi. so, tak rasa jauh sangatlah dengan setiap huraian yang diterangkan untuk setiap topik. 



katanya lah kan. betul ke tak tak tau ler. btw, aku mula mengetahui tentang blogger ni melalui BCR. yang mana tempat blogger2 berchatting. berzaman dah aku tak masuk sana. sangat sibuk. yelah! kalau dah masuk sana mana boleh sekejap jek. mestilah kena lama2. huk3!! sekarang pun aku still busy dengan segala assignment. if ada masa masa timbul lah aku kat sana. btw, blog neh pun banyak bercerita tentang life kita sendiri. ada juga isu2 yang sering di lontarkan sebagao pendapat. yang pasti sangat bernas!



haaa!! jangan pulak korang pikir blogger ni menyorok. haha. tapi kalau rase2 nak main nyorok2 dengan blogger ni boleh juga. *oppsss!! gurau yer...ampunnnn  ahaaaaa!! blog ni pun ada cerita mengenai current issues. tapi rasanya more tu personal kot? blogger ni pun quite kreatif dalam menghasilkan sesuatu entri yang kadang2 buat aku tergelak jugak dengan idea2 dia. and one more thing, blogger ni pun selalu buat entri di mana ada unsur2 humor. so, bestlah!!





ini just pendapat aku mengenai ke lima-lima blogger di atas. salah silap harap di maafi. btw, sorang je kan blogger girl. eh tak2!! ekcelli ada jugak blogger girls lain yang aku asyik bila baca entri dorang. korang boleh tengok dekat bloglist feveret. haaa..situ korang boleh tengok berapa banyak blog yang suka sebenar-benarnya. ^^,



thanks kepada blogger Zieyzain yang telah memilih blog ini sebagai blog pilihan kam0oo. boleh lihat entri nya di sini.

Ahad, September 25, 2011

"SEGMEN JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA"

Assalamualaikum ^^,






\

klik banner untuk join.


salam perkenalan semua!! ^^,


tag kepada mereka yang membaca entry ini dan berminat untuk join. 

Segmen : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

Assalamualaikum ^^,







join klik banner



dari pagi tadi dok ngadap new post ni. stuck! ketandusan idea

Jumaat, September 23, 2011

sambutan hari raya

Assalamualaikum ^^,




alhamdulilah jumpa lagi hari Jumaat yang mulia ni. aku kat sini dah mula busy dengan segala assignment dan juga..yeahhh! ! kelas semakin hari semakin berganjak dari satu chapter ke satu chapter dan buat aku sedikit terasa yang aku semakin hampir dengan kuiz, test dan juga akhirnya nanti final exam. ^^

dan tadi kampus aku ada sambutan hari raya. memandangkan ini adalah pertama kali aku di sini. dan tadi aku dan kawan2 agak terpinga-pinga dengan konsep yang di gunakan. haha. btw, simple je kot fl0w dia. just aku dan kawan2 tak biasa lagi dengan suasana sambutan raya di sini . that's why la. oh ya!! di sebabkan majlis sambutan ni dah di uar-uarkan. so, pagi tadi aku tak makan. hanya makan di majlis tu jek. ehem!! biasalah dah ada makanan free kaannnn. save budget la konon. 0,o

di hujung majlis ada penyampaian hadiah untuk pertandingan khemah ke gerai ek? mengikut fakulti. dah yessss!!! fakulti pengurusan dan teknologi pejabat di tempat pertama. congratulations kepada of course lah senior2 dan juga yang penting lecturer yang sedaya upaya menghias gerai OM. dan seriously yang kau pun sangat setuju dengan hiasannya. simple + kemas. oh ya! fakulti aku menyediakan nasi ayam *kalau tak silap dengar lah tadi. sayangnya aku tak sempat pun makan. di sebabkan dah makan nasi dengan ayam golek. so, dah lepas tu just ambil yang ringan2 jelah.

semua yang aku makan tadi. semuanya sedap2!! dan di sebabkan tu jugaklah aku kena beringat supaya tak ambil semua yang ada. tapi sekali sekala tak pe kan??? =)


ingatkan dapat rehat hujung minggu ni, tapi ada induksi pulak esok. pagi2 buta pulak tu dah nak kena kumpul. paling risau tempat berkumpul tu jauh. sangat meyeramkan oke nak jalan subuh2 tu.

Rabu, September 21, 2011

jawapan kepada entry uji IQ

Assalamualaikum ^^,




rentetan daripada entri ini. whatt?? ada yang belum baca lagi. cer terbang sana dulu. tekdelah nanti ada pulak yang terpinga-pinga duk tanya aku cerita ape. ^^

s0, back to the story ada yang suruh aku bagi jawapan yang sebenarnya. oklah aku bagi jawapan ok!

sekiranya korang dpt membaca ape yg aku tulis ni..korang merupakan salah sorang manusia yg mempunyai deria penglihatan yg sgt tajam.. tp itu pun kalo korang dpt baca la kan..kalo korg x dpt baca, maknanyer korang mempunyai mata yg kurang peka dan korg mayb sorang yg mdah konpius...ahakkzzz...


kalau korang baca kat komen2 bawah entri tu ada yang bagi jawapan kan. TAHNIAH!!


agak2 nak bagi hadiah ke? tapi jawapan dorang tak sama dengan aku. dorang bagi perkataan penuh laaaaa..=P 

Selasa, September 20, 2011

getting know

Assalamualaikum ^^,




alhamdulilah dah masuk minggu ke dua pun aku di sini.  dan semuanya ok! beside aku happy dengan classmate aku. yeahhh! even aku bolehla di kategorikan sebagai seorang yang diam. ^^ well. mula2 jek kot. tunggguuuu. hehe. mula2 neh aku tengok2 je dulu.

btw, baru dua kali pertemuan. aku dah ada kerja yang kena buat. sound of assignment lah. aku percaya yang latihan ni ada markah. ke tak de??? inilah dia yang sering perkatakan zaman degree ni dah tak sama dengan diploma. banyak perkara kena buat. kita kena kejar masa. masa akan terus berjalan tanpa menunggu. s0, memang terasa lah jugak letihnya tu. tapi as a student semua ni normal.

minggu ni pulak ada induksi dengan senior2 aku di UiTM Alor Gajah. hati dah mula risau. apala yang akan terjadi nanti. ",  menghitung hari??? tak naklah!! haha. tipu lah kalau aku kata aku tak terfikir apa initipati program kali ni. huhu. ape2 pun aku harap aktiviti ni sangat fun! lagi pun lecterur dah bagi tau kitaorang yang senior2 semua ok! fuuhhHhh!!sedikit legaaaa..


have fun dengan semua yang kita buat. life will be smooth ^^,

Ahad, September 18, 2011

giveaway by SHIQIN dan NADHIRAH

Assalamualaikum ^^,





masa untuk join giveaway pulak.



details. klik banner. juga lihat senarai bloggers yang baik hati untuk sponsor hadiah. menurut tuan punya giveaway. ada sponsor dalam kalangan blogshop jugak tw! waahhHhh!! banyakkknyeeee.. harap2 bertuah lagi lah aku kali neh.

dan hadiah utamanya adalah.






tag terus kepada diera


i have no idea tentang camera lomo neh ^^

Khamis, September 15, 2011

kini langkah bermula

Assalamualaikum ^^,




alhamdulilah. selesai hari pemantapan yang berlangsung selama tiga hari. bila tanya slot mana yang best. dengan yakin dan pasti aku jawab slot ketika taklimat bersama rektor dan juga jaim. to be frank langsung tak terasa masa berjalan. slot lain juga berguna for me as a new student. secara keseluruhan setiap taklimat sangat berguna  sebenarnya. sebagai pelajar baru di sini. dengan adanya taklimat2 sebegini buat aku lebih faham dengan pengurusan di sini. ^^

semalam adalah hari di mana kami semua ada perjumpaan dengan KP dari program masing2. di sana jugalah aku dapat jadual dan juga pembahagian kelas. dan lagi sekali aku sekelas dengan kembar aku. s0, dengan rasminya ktorang sekelas, sekolah dan belajar di tempat dan kelas yang sama. ehehe.

hari ni juga buat pertama kali aku akan menghadiri kelas. 2:30 p.m. itulah dia masanyan. macam2 perasaan ada. yang penting aku mengharapkan semuanya berjalan lancar. perasaan nervous tu memang tak boleh lari. fuuhhh!!! ok. fine! aku RISAU.

wish me luck! ^^,

tiga hari berkampung, mcm2 ragam, macam2 perangai. ittlah dia warna-warni kehidupan.

Ahad, September 11, 2011

bermulanya hidup sebagai perantau

Assalamualikum ^^,




saat enty ni di lahirkan. aku sudah pun dalam perjalanan ke Melaka. waaaahhh!!! tiba-tiba rasa cepatttnyeeee masa berlalu. lepas ni tak boleh dah nak tido pukul 12. bangun lambat. relax2 kat rumah tanpa perlu terkejar-kejar siapkan assignment sebelum due date. baca buku yang tebal2 bila nak exam. paling ketara tak boleh online lama2. haiisshh!!

but! its ok for me. yelah nama pun student. takde yang lebih penting daripada melaksanakan tugas sebagai seorang student dengan sebaiknya. tak akan rugi kalau tak online. tak akan rugi kalau kena baca buku setebal mana pun. tak akan rugi kalau kena bangun awal. juga tak akan rugi kalau tido before 12 o'clock. sebaliknya seorang student akan rugi kalau semua ini berlaku sebaliknya. '',

oh ya! saat aku menulis entry ni. serius! aku makin terasa debaran itu. ya! debaran untuk hidup di negeri orang. debaran untuk masuk lagi sekali ke Universiti yang secara drastiknya berubah. dah tak sama dengan zaman diploma. tertanya-tanya juga. apa yang akan berlaku sekejap lagi. huhu

apa yang pasti sekali lagi aku akan berpisah dengan family aku buat seketika. demi segulung ijazah. insya-Allah. amin!. pasti ada di antara pembaca blog aku ni juga sama kisah nya dengan aku. well!! sama-samalah kita jadi pengembara untuk melengkapkan ilmu di dada. sebagai persiapan masa hadapan.


kalau tak penat. malam update lagi entry. ^^

Sabtu, September 10, 2011

hari ini adalah harinya ^^

Assalamualaikum ^^,




seriusly! hari ni akan jadi hari yang sibuk buat keluarga aku. aku pulak kompem2 akan kehulur-kehilir dengan keadaan yang agak kucar kacir. tak suka keadaan macam neh. yang mana nanti dengan aktiviti mengemas dapur. mana lagi dengan persiapan segala hantaran. make sure siapa yang bawak. siapa yang ambil. dengan nak menguruskan diri aku sendiri lagi. haaiii takkanlah pengantin jek nak cantik aku pun nak juggakkkk. haha.

ahaaa!! pengantin?? siapa?? well hari ni adalah harinya. di mana abang aku akan melafazkan akad nikan dengan pasangannya dalam beberapa jam jek lagi. perjalanan ke rumah pengantin perempuan agak jauh. makan masa dalam 3 jam jugaklah perjalanan. pergi balik?? hoiihhhh!! lame gila kot duk dalam kete. sure kaki aku akan penat. ^^

rombongan akan bergerak ke rumah pengantin perempuan dalam pukul 11 pagi.  sampai insya-Allah tengah hari. majlis nya pulak dalam pukul tiga. gitu gini malam jugak sampai rumah ni kang. huhu. rombongan mungkin dalam 20 ke 30 orang. kira rambang je neh. nak tau betul2. nanti kira time semua dah sampai. apa2 pun semoga semuanya berjalan dengan lancar. juga semoga perjalan kami ke sana lancar dan selamat. amin!


nanti bila2 aku update gambar hantaran yang dibuat sendiri oleh aku dan akak aku dan si pendek yang sibuk2 sikit tuh. daaaa!!!

Jumaat, September 09, 2011

uji IQ

Assalamualaikum ^^,




cuba korang try test ekperimen baca dengan ayat kat bawah ni. kalau korang dapat habiskan baca ayat kat bawah ni dalam masa 2 saat. KORANG MEMANG TEROR! =P



S3kir4|\|y4 k0r4|\|g dp7 mmb4(3 4p3 yg 4ku 7u1i5 |\|i.. k0r4|\|g m3rup4k4|\| 5414|-| 50r4|\|g m4|\|u5i4 yg mmpu|\|y4i d3ri4 p3|\|g1i|-|474|\| yg 54|\|g47 74j4m.. 7p i7upu|\| k410 k0r4|\|g dp7 b4(4 14 k4|\|.. k410 k0r4|\|g x dp7 b4(4, m4k|\|4|\|y3r k0r4|\|g m3mpu|\|y4i m474 yg kur4|\|g p3k4 d4|\| k0r4|\|g m3by 50r4|\|g yg md4|-| k0|\|piu5... 4|-|4kkzzz...



berbelit lidah tak?? hahaha. daaaa!!

Khamis, September 08, 2011

LIRIK : Pendam - Shahir

Assalamualaikum ^^,




Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati


Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati


Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah...
Aku pergi
Tiada hampa di hati

Aku yang mengejar bayang cinta...


jom dengar lagu klik sini

bila dah tak mampu hanya mampu teringat

Assalamualaikum ^^,




oh yeaahhh!! *apa punya tajuk entah aku letak tu. haha. buat kali keberapa entah. blog aku dibiarkan tanpa berupdate lagi. tuan punya bl0g nih agak busy dengan persiapan utk mendaftar sekali lagi sebagai mahasiswa mahasisiwi plus dengan segala persiapan untuk majlis pernikahan aku abang aku. ekcelli tak delah apa sangat. cuma yang merumitkan aku bila nak persiapkan segala macam dokumen. haaisshhh. masa ni pulak terfikir. kalau aku tak sambung lagi. tak payah susah-susah buat benda ni lagi. oo0hhh!! negatif!!! tak suka. apa pun ini adalah cabaran aku. well lebih tepat lagi.  I AM THE ADVENTURER WITH THE NEW ADVENTURE.  ^^,

insya-Allah lepas ni aku akan sedaya upaya mengupdate. janji aku tak ada assigment. bila aku tak perlu tertonggeng dalam bilik dok baca segala nota sebab ada kuiz ke common test ke final. bila aku tak duk terbaring jek atas katil sebab demam. *oh ya!! aku jarang kena demam. tapi sekali kena menang teruk yang amat! dan paling penting bila aku TAK MALAS. hahaha.


ok daaaa!! masa untuk mengemas beg buat kali terakhir. seems mungkin esok aku akan ke Melaka untuk mendaftar masuk rumah sewa.




ada siapa2 sini yang dapat masuk atau already student kat UiTM Melaka Kampus Bandaraya????  say haaaiiii to me! ^^,

Sabtu, September 03, 2011

how friendship break off

Assalamualikum ^^,




Both Friends Will Think The Other Is Busy

And Will Not Contact Thinking It May Be Disturbing

As Time Passes

Both Will Think Let The Other Contact

After That Each Will Think Why I Should Contact First?

Here Your Love Will Be Converted To Hate

Finally Without Contact The Memory Becomes Weak

They Forget Each Other

So Keep In Touch With All And Pass This To All Your Friends..

I Don't Want To Be One Of This Kind

So Here I Am Sending Mail To Every One To Say

"I Am Fine Here, Please keep in touch with me"



i love all my friends ^_^

satu minggu di bulan syawal

Assalamualaikum ^^,




hye3!!! hari ni baru rasa free sikit nak update bl0g. hurrmmm..kisah raya aku tahun ni??. tahun ni aku takdelah busy sangat macam few years before. sebelum ni tiap kali raya memang tak menang tangan dibuatnya. 10 malam baru dapat rest. yelah tu zaman masa arwah atuk aku ada lagi. s0, lepas orang sembahyang raya rumah aku pasti akan di datangi oleh sedara-mara. sampaikan tak sempat habis makan lagi orang dah start datang saammmpaailaaa malam baru rehat. tu pun kadang2 malam ada lagi yang datang.

tu cerita tahun sebelum ni. cerita tahun ni. raya pertama malam lagi aku sekeluarga dah start berkunjung ke rumah pak cik aku. seems dia buat makan2 untuk family and ada tahlil sikit. haiishh!! entahlah aku pun tak paham konsep apa dah tuh!

s0, raya kedua kebiasaanya di kampung ada marhaban dan ayah aku akan turut serta. aktiviti takde apa sangat.  sementara menunggu giliran marhaban ke rumah. ada juga saudara-mara yang berkunjung. petang kami sekeluarga ke Kluang ke rumah mak cik dan pak cik sebelah mak aku. sampai rumah dekat pukul 12 malam. ngantuk!

raya ke tiga pula. memang aku beraya sakan. mula di Batu Pahat, Muar dan Melaka. semua saudara-mara sebelah mak aku jugak. again! sampai rumah pun jam 12 malam. nasib bukan aku bawak kereta  


raya ke empat. siang duduk di rumah. ingatkan malam pun. sekali ayah aku ajak pergi beraya ke rumah jiran-jiran. ikutkan hati malas. tapi nama je jiran. kejap lagi bila dah cerita salah silah keluarga. sedara daa!. amek ko! biasalah kat kampung. ^^

and. hari ni aku tak ke mana-mana. mak cik aku yang kat Melaka datang sini. s0, melekat lah kat rumah. esok pergi Johor pula. melawat sedara kat sana pulak.

dalam pada aku beraya sana-sini sebenarnya kepala otak aku ni duk pikir dah siap ke semua dokumen dengan barang yang nak di bawak masa daftar 11 September ni??? again! aku kena semak dan semak. dan sebenarnya kalau ada masa terluang masa aku akan dihabiskan dengan buat checklist segala benda alah ni. lagi seminggu aku akan berangkat. s0, everything must be in right thing and right place.

semoga semuanya berjalan lancar.


duit raya tahun ni agak meriah jugak. seperti sebelum2 ni, makin besar, duit pun makin besar. *wink3!!  korang macam mana?? ^^,

bosan?? jom ketawa

Assalamualaikum ^^,




Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sgt seperti yg disangkakan” .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. 
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat kali kedua pun tak khusyuk jugak lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.”
Tok imam pun undur le ke belakang.  
Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”
Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
 
“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…” 
Tok imam pun terkedu dan terpana…



ketawa-ketawa jugak. tapi sama-samalah kita beringat akan maksud tersirat disebalik kisah ini. 

Jumaat, September 02, 2011

selamat hari raya bloggers!! ^^,

Assalamualaikum ^^,




dikesempatan yang sempat ini. yana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya @ Salam Aidilfitri @ Salam Lebaran dan juga salam perantauan buat mereka yang merantau. ada ke yang merantau dalam kalangan pembaca bl0g yana ni?? ^^

buat semua followers (follower yang display nama dan juga yang foll0w in private  *yana tau ada yg foll0w in private  :D), silent readers dan juga kepada semua bloggers yang berkunjung di sini. tak lupa juga buat geng BCR.

semoga lebaran kali ini akan menjadi satu lagi kenangan di hari raya yang akan tersimpan rapi dalam ingatan anda semua. juga menjadi cerita yang tak dapat dilupakan saat mengenangkannya. for that. ENJOY THE MOMENT!!

korang raya mana tahun ni? yana di beraya di Johor. kepada yang ada perjalanan jauh. berhati-hati dijalan raya! ehem!! tak da duit raya ke??

keep on writing you guys!!! l0ve youuuuuu!


baju raya korang kaler ape??yana warna hijau  *wink3!!!