Rabu, Februari 01, 2012

SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI

Assalammualaikum ^^,






BEN ASHAARI



KEHILANGAN.

angin sepoi2 bahasa yang bertiup lembut menyentuh pipi ini membuatkan aku rasa sungguh tenang. tenang sekali. duduk di atas tikar yang sudah dibentangkan sambil bersandar di batang pokok ru'. sesekali aku memejamkan mata untuk merasai nikmat anugerah Allah ini. dengan keadaan matahari seperti malu-malu untuk menunjukkan diri. membuatkan cuaca pada hari ini bertambah nyaman. indahnya!!

melihat kanak-kanak kecil yang asyik membina istana pasir. mengusik hati kecilku dengan gelagat mereka yang ceria itu. sesekali di kacau pula dengan abang dan kakak mereka. maka berkejar-kejaranlah sesama mereka. bahagianya hidup mereka. hari ini aku kembali lagi ke sini. sendirian. sungguh perit rasanya perasaan mengahadapi kehilangan. tak tertanggung rasanya.

- sebulan sebelumnya -

"sampai hati kau tinggalkan aku sendirian di sini. langsung tidak menghiraukan tentang keselamatan aku. engkau sengaja tinggalkan aku!! atau apakah kau sememangnya benci dengan diriku?!", katanya. "maafkan aku. aku tak sengaja. aku tak sangka ada orang yang sanggup menghancurkan hidup kau. maafkan aku.", kataku. "kalau betul kau sayangkan aku. kau pasti bawa aku bersama-sama kau. sudahlah! semuanya sudah terlambat. aku sudah hancur!! sedaya upaya aku menjaga engkau supaya tidak sakit. tapi?? lihat! apa yang kau telah lakukan pada aku??!!katanya. aku tidak tahu mahu berkata apa lagi. sememangnya benar apa yang diperkatakannya. aku yang silap!! setelah lama berdiam, dia bersuara, "untuk kebaikan kau, kau carilah pengganti diriku. untuk melindungi dirimu", katanya. "tidak mungkin ada pengganti lain untuk kau!", kataku. "aku mohon. tolonglah cari pengganti diriku. aku tidak sanggup melihat dirimu sakit tanpa diriku", katanya lagi buat kali terakhir. aku terdiam. membisu seribu bahasa dan berlalu pergi tanpa dirinya. 

*********************

hari ini. kerana terlalu rindukannya aku datang semula ke sini. di pantai ini. di sinilah aku telah meninggalkannya sendirian. aku terlalu leka bermain air. bermain istana pasir bersama rakan-rakan ku. mungkin aku terlalu excited. kerana ini adalah pertemuan aku bersama rakan2 blogger, sehingga aku abaikan soal keselamatan kau. kalaulah saat itu boleh di ulang kembali? mana mungkin! dia sudah tiada untuk bersama-sama aku. atas nasihat dan kesungguhan dirinya yang meminta supaya aku mencari pengganti dirinya. akhirnya aku memujuk hatiku supaya menerima kehadiran.......



image
BONIA

semoga engkau mampu melindungi aku sebagaimana GUCCI menjaga aku sebelum ni. semoga engkau dapat melindungi mata aku daripada sinaran matahari yang menyilaukan dan terkadang membuatkan aku terasa perit dengan sinaran matahari. sepertimana GUCCI yang tidak menginginkan aku sakit. 

BONIA. aku berjanji yang aku tidak akan tinggalkan engkau sepertimana aku tinggalkan GUCCI. kerana aku yang telalu leka sehinnga GUCCI hancur akibat hentakkan daripada bola tampar yang rakan2 blogger aku sendiri bermain. percayalah! aku sama sekali tidak menyangka yang bola itu akan melantun keluar ke arah kau. tempat di mana aku tinggalkan engkau sendirian. sekali lagi maafkan aku, GUCCI.

aku tidak mampu menahan air mata ini daripada mengalir lagi. kepada BONIA aku pinta pada kau. jagalah aku sepertimana GUCCI menjaga aku. aku berjanji aku tidak akan tinggalkan kau seperimana aku tinggalkan GUCCI.

sekian.


boleh terima ke cerita rekaan aku ni. ^^  klik sini untuk join.




30 ulasan:

man luqman cool boy berkata...

waa kreatifff

FL blogh0use berkata...

@man luqman cool boy thanks!

:: Cik Nur :: berkata...

waa..saya xsekreatif ini..huhu

dari segmen yg sama singgah + follow

.:: SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI::.

AMMAR YASIR berkata...

Wah,,,kreatifnya.... semoga menang

FL blogh0use berkata...

@:: Cik Nur :: hehe. thanks a lot!

FL blogh0use berkata...

@AMMAR YASIR amin! vote la yana kat blog en.ben =))

dyabunga berkata...

dya pun xkretif mcm yana..dya nye mengarut je..haha

FL blogh0use berkata...

@dyabunga ok what dya punye..;)

EZAD AMIR berkata...

hoho..kreatif2!!!!alang2 singgah sy follow trus la ye...

FL blogh0use berkata...

@EZAD AMIR ouch! terharunyaaa! thanks a lot! =)

siti hidayah berkata...

Boleh buat cerpen ni. hehe. btw, kreatif betul :)

FL blogh0use berkata...

@siti hidayah ahaaha. main2 macam ni bolehlah..thanks!

fRaMe+LenSeS berkata...

creative. huuu cian gucci. huuu TT

FL blogh0use berkata...

@fRaMe LenSeS eheehe. thanks!

coco berkata...

singgah dr blog bag beng..
karangan kreatif. :)

kis berkata...

besttttt.....pandainya awk mengarang...

ecadwinkyasha berkata...

kita pun nak BONIA sebiji jugalah...hehehe :)

Lady Milo berkata...

ha... mesti nangis kan hilang Gucci tu.. mahal..

Zaza Nur Iman berkata...

menarik dan kreatif :)

FL blogh0use berkata...

@coco thanks coco! milo ade x? =P

FL blogh0use berkata...

@kis bolehla sket2. hehe. btw, thanks. =)

FL blogh0use berkata...

@ecadwinkyasha nak jugak? boleh genglah kite ek. ^^

FL blogh0use berkata...

@Lady Milo ehehehe. ni auta je lebih ni..;)

FL blogh0use berkata...

@Zaza Nur Iman thanks! =)

cucu tun teja berkata...

memula cam syahdu ala2 jiwang je....rerupenye kisah cik BONIA ganti cik GUCCI....nice btw

bebeldotsorang berkata...

Yes saya suka!...kreatif gile hehe

Najwa Zahari berkata...

Wow, mengagumkan~! Aishh.. jelesnya! kreatifnya akak~!! :DD

dari segmen yang sama~~ http://storyofnurnajwa.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-blogger-dan.html

FL blogh0use berkata...

@cucu tun teja hehe. btw, thanks

FL blogh0use berkata...

@bebeldotsorang ouuppss!! giler? hehe. thanks! =)

FL blogh0use berkata...

@Najwa Zahari aisshh!! segan lerrr ckp cenggitu. xmo jelez2 naa, x baik. btw. thanks syg! =_=