Selasa, Julai 24, 2012

CSR Memperkasa Kreativiti Generasi Baru

Assalamualaikum ^^,




ini merupakan program yang dilancarkan oleh KRU sebagai salah satu program CSR mereka yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. 

melalui program ini, KRU memperuntukkan biasiswa RM1 000 bagi menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini kepada 28 pelajar cemerlang yang terpilih di seluruh negara.

"kami rasa sudah sampai masanya KRU melakukan program sebegini sebagai sumbangan kamu kepada masyarakat"

"...kami cuba libatkan para pelajar ini yang dipilih sendiri oleh pihak sekolah masing-masing berdasarkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan seni. saya harap bidang indusrti kreatif yang cuba kami ketengahkan ini boleh mengubah nasib mereka pada masa depan"

menerusi program CSR Memperkasa Kreativiti Generasi Baru ini, KRU menyediakan biasiswa berjumlah RM100, 000 kepada pelajar lepasa SPM yang terpilih bagi menikuti kursus berkaitan bidang kesan khas visual, animasi dua dimensi (2D) dan 3D di KRU Academy untuk sesi pengajian 2012.

menerusi sambutan Hari Kerjaya KRU yang diadakan pada September hingga Oktober ini, program ini turut diperluaskan. sebanyak lima sekolah menengah terpilih di Semenanjung Malaysia akan dipilih bagi mendedahkan para pelajar tentang prospek kerjaya dalam industri kreatif pada masa depan.

"Program ini akan diperluaskan sehingga ke Sabah dan Sarawak pada tahun depan. kalau boleh kami mahu penglibatan semua kaum di Malaysia dalam bidang kreatif. kini, KRU Studios mempunyai lebih 100 tenaga kerja sepenuh masa terdiri daripada pelbagai kaum. ini semua untuk membentuk industri kreatif tempatan yang lebih mantap pada masa akan datang"


sumber : Utusan Online 




2 ulasan:

Srikandi Bonda berkata...

Bagusnya.. dapat berbakti pada anak bangsa. Semakin berjaya semakin menabur jasa. ^^

Do visit : http://m2mcarehouse.com/

Cik Puan Izan✿ berkata...

salam...selamat pagi..saja lalu lalang kat sini ;)