Khamis, Oktober 18, 2012

9 orang SITI patut dijadikan contoh

Assalamualaikum ^^,


SITI KHADIJAH
beliau merupakan isteri RAsulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan meyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, menghantarkan makan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'

SITI FATIMAH
anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali kamarallahu wajhah walaupun Ali miskin. tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

SITI AISHAH
beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. sanggup berkongsi bekas makan dan minuman dengan Rasulullah. di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama

SITI HAJAR
isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali)

SITI MARIAM
wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

SITI ASIAH
isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

SITI AMINAH
wanita mulia yan gmenjdai ibu kandung Rasulullah. mendidik baginda menjadi insan mulia.

SITI MUTI'AH
isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya keran setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utnuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

SITI ZUBAIDAH
wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-RAshid. sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t


sumber : di sini 


1 ulasan:

Diera Tekikushika berkata...

oii typo tuh. ketika jd ketiak..
nak ketawa ke tak nak neh??? =D