Ahad, Disember 02, 2012

ikhlaskah saya

Assalamualaikum ^^,



ikhlaskah anda ? ikhlaskah saya ? 

keikhlasan seseorang tu susah untuk di ukur. kalau lah kat dunia ni ada alat untuk menilai sejauh mana keikhlasan seseorang tu. aku pasti akan beli. oh lupa ! aku sedang bercakap tentang perasaan yang langsung tak boleh nak di zahirkan dan diterjemahkan dalam bentuk fizikal apatah lagi untuk memberi orang lain nampak.

the point here is. ikhlas kan lah hati dalam apa juga yang di lakukan. apatah lagi bila ianya melibatkan seseorang yang berada di sekeliling kita. jangan hanya menjadi seseorang yang terlalu mementingkan diri sendiri sampai lupa tentang perasaan orang lain. apa yang pasti. buatlah seteruk mana pada orang disekeliling anda itu. satu hari nanti anda pasti akan meminta pertolongan dari mereka. percayalah !

ikhlas juga melibatkan perasaan percaya antara satu sama lain. apa jadi kalau rasa percaya itu hilang disebabkan orang mula fikir yang setiap hubungan yang di jalinkan tiada langsung rasa ikhlas yang sebenarnya membawa kepada kepercayaan. 

satu situasi 

seseorang yang anda kenali berada dalam keadaan susah. dan dia meminta pertolongan daripada anda. kerana percaya, anda menghulurkan bantuan seikhlas hati. tapi. satu hari rasa percaya itu hilang sebab kerap kali anda di beritahu dengan cerita palsu. cerita yang direka-reka kerana nak melepaskan diri. kantoi sebab orang lain menyampaikan cerita yang bertentangan dengan cerita dari mulut tuannya. mula-mula memang susah nak percaya. tapi kalau dah banyak kali orang sampaikan. orang bercerita. di tambah pula dengan mata kepala sendiri yang nampak ? 

inilah yang menyebabkan rasa percaya itu hilang begitu sahaja. dan perasaan ikhlas itu bertukar menjadi KESIAN. sebab dah letih nak berhadapan dengan orang - orang sebegini. orang yang langsung tak pandai untuk menghargai orang-orang disekeliling. 

so, janganlah tukar perasaan IKHLAS seseorang itu kepada KESIAN. peringatan buat aku juga.

recognize something new here ?? next entry will explain ;)


Tiada ulasan: