Selasa, Disember 04, 2012

rahsia sukses sebagai pemimpin

Assalamualaikum ^^,




PENGETAHUAN YANG LUAS

ini antara kriteria penting dan perlu dimiliki kamu yang bergelar pemimpin. tanpa ilmu pengetahuan yang luas di dalam bidang yang kamu ceburi, bimbang nanti akan menimbulkan pelbagai masalah apabila kamu mengengalikan sesuatu perkara.  pengetahuan yang luas penting untuk membantu kamu membuat keputusan yang bijak berdasarkan pertimbangan yang wajar serta memuaskan hati semua pihak.

BERFIKIRAN TERBUKA

seorang pemimpin perlu mempunyai kuasa untuk memutusakan sesuatu perkara. namu, pada masa yang sama, kamu tidak perlu terlalu terpengaruh dengan keputusan majoriti kerana kebanyakan ketua yang suka kepada keputusan majoriti kerana biasanya akan cuba untuk memuaskan hati orang lain dan mengetepikan diri sendiri. apa kata, sesekali cuba buka minda kamu untuk menerima idea yang ditentang oleh orang lain dari sudut positif dan nilai kembali kebaikan serta keburukannya.

HADAPI RISIKO

sifat sanggup menghadapi rusiko ialah sikap yang perlu ada dalam diri sesorang pemimpin. kamu perlu memiliku azam yang kuat serta bekerja keras dan mempunyai dorongan dalam diri yang kuat sahaja berupaya mengahdapu dugaan yang mendatang kerana dalam sesuatu pekerjaan kita tidak akan tahu tentang apa perkara yang bakal terjadi.

KUASA PEMUTUS

ketua yang adil ialah seorang yang tahu membuat keputusan dan kata putus dengan tepat tanpa dibayangi oleh orang lain. sesuatu keputusan yang di buat seharusnya dinilai berdasarkan sumber yang boleh dipercayai dan tidak dilakukan dengan emosi semata-mata. di samping itu, keputusan yang dibuat mestilah keputusan yang dirasakan baik oleh pemimpin meskipun terdapat sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. terangkan kepada mereka mengapa kata putus tersebut diambil dan bawa berbincang jika tedapat perkara yang tidak berpuas hati.

KREATIF DAN BERIMAGINASI TINGGI

jika kamu ingin menjadi pemimpin yang berjaya, kamu perlu memiliki daya kreatif yang tinggi serta positif. sebagai pemimpin, kamu juga harus menjadi pelopor, pencipta dan juga jaguh.  daya imaginasi yang tinggi perlu untuk membolehkan seseorang menyelesaikan masalah denga kaedah yang baik dan elektif. imaginasi yang hebat dapat dibentuk dan dipupuk melalui pembacaan, mendengar, menimba pengalaman peribadi serta orang di sekeliling kamu.

BIJAK MERANCANG

dalam memastikan semua perkara yang dilakukan berjalan lancar, kamu harus berkeupayaan untuk merancang sesuatu perkara denga bijak. pemimpin yang bijak kebiasaannya mengutamakan ciri-ciri yang baik terhadap pengikutnya di mana dia tidak berat sebelah dalam membuat pemilihan dan sentiasa memberi peluang kepada orang bawahnya untuk menyuarakan pendapat atau pandangan mereka. kebolehan merancang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin untuk berjaya dalam apa yang dilakukan



1 ulasan: