Rabu, Februari 29, 2012

dah boleh like FACEBOOK LIKE PAGE FL bloghouse

Assalamualaikum ^^,




OPPSSS!! STICKY POST. SCROLL BAWAH UTK ENTRY BARU. ;)


ok. di sini aku nak buat pengumuman. aku baru je create facabook like page untuk blog kesayangan aku ni. aku rasa dah tiba masanya untuk aku buat facebook like untuk blog aku ni. sebab bila aku post link ke facebook. rasa macam tak selesa jek. bukan lah ada yang menegur sebab menyemakkan wall dorang. tapi aku terfikir. macam mana kalau orang tu meluat dengan link yang aku duk post tu?? kalau dia tak marah aku depan2 pun. entah2 cakap belakang ke kan? sape tau. ouuhhhh!! negatifnya aku!. @,@

so. kepada kawan2 semua sudi2lah like facebook page untuk FL bloghouse ni. yeahh! that's my new name for my lovely blog. nantikan kemunculan FL bloghouse yang pasti akan membawa kelainan dalam blog ni dari segi template and design. for now. aku still lagi tunggu designer yang superb tu siapkan template aku. i'm still in waiting list. huhu


korang tak sabar nak tengok blog ni bertukar wajah???  aku lagiiii tak sabar wehhhh. ^^  btw, sape2 yang ada buat facebook like page untuk blog. meh bagi tau aku. aku nak like. =)

jom like ramai :



thanks pada yang like. appreaciate it.


Photobucket

Sabtu, Februari 25, 2012

REVIEW FOLLOWER ke 700

Assalammualaikum ^^,




alhamdulilah. tengok2 follower dah bertambah lagi. jom! kali ni kita tengok siapa pula berada di nombor 700 di blog ceritera liyana @ FL bloghouse coming soon. ;)






jemput ramai2 ke blog 




terima kasih juga pada semua blogger. luv youuuuu!!!  <3


suka sangat2 bila salah seorang blogger di ruang bloglist feveret pon follow blog aku. *wink3!!!  <--------  Love Is Cinta


Photobucket

Jumaat, Februari 24, 2012

sekitar majlis pernikahan YUSRY dan LISA

Assalammualaikum ^^,




23 February 2012. Yusry dan Lisa selamat di ijab kabulkan. hanya dengan sekali lafaz mereka sah menjadi suami isteri. alhamdulilah. yeaahh. i am truly happy dengan pernikahan ini. semoga semuanya baik2 sahaja.

so. aku nak share dengan korang antara gambar yang telah di ambil semasa majlis berlangsung oleh BlissCandid. credit to them for the picture.





says something bout the setting please. unique right???

tak pernah tengok lagi setting macam ni kat mana2 majlis akad nikah.




simple! less is more ;)


















cute????  =)



semoga tabah harungi hidup sebagai suami isteri.  *cakap macam berpengalaman jek h0hoh0


sekali lagi credit to BlissCandid for the pictures.


Photobucket

Nuffnang 5th Birthday Bash Invitation

Assalammualaikum ^^,







ha! nampak tak?! rase2 tak nampak klik gambar tu utk view yang lebih beso. @,@  

ok. kisahnya semalam aku dapat email dari Nuffnang ni dalam kul satu lebih. tak expect pun dapat invitation. ingatkan just email yang selalu dapat tu. rasa tak percaya pun ada jugak. yes! ni first time aku dapat invitation daripada nuffnang untuk join event dorang. tapi...tapi...tapi...

TAPI aku tak dapat pegi. sebab 27 hb tu aku ada exam MUET. oh muet kenapa lah kau lambat sangat bagi turn kat aku untuk exam. kalau tak kan boleh pergi. wuuwuwuwu.

memang rasa sedikit rugi. yelah nuffnang hanya pilih 80 orang blogger untuk join event ni. *if tak silap   dan aku terpaksa tidak menghadirkan diri. well ini adalah salah satu angan2 aku untuk hadir ke event yang di anjurkan nuffnang. tapi nak buat macam mana kan. ini yang dikatakan tiada rezeki. 

yup! dalam situasi ini aku harus buat keputusan mana yang penting. dan dalam keadaan ini aku pilih pelajaran aku. next time maybe kalau takde halangan macam ni lagi kan? ouuhhhh!!



confirm ramai blogger2 popular + otai pergi event ni. alaaahhhhaaaaiiiii...  @.@ 



Photobucket

Khamis, Februari 23, 2012

twinsZone di blog aku

Assalammualaikum ^^,




hai kawan2!! suka untuk aku kongsikan dengan korang semua yang aku baru je wujudkan satu ruang kat atas tu. twinsZone. motif?. di sana aku kongsikan segala entri mengenai cerita aku dengan kembar aku. tiada yang best. just to share. harap korang enjoy!

btw. selepas membelek-belek entri. baru aku perasan yang baru dua je entri yang aku kongsikan dalam blog kesayangan ni. well. lepas ni aku cuba untuk update lagi banyak cerita pasal kami si kembar. *wink3!! jangan bosan lah ye kalau lepas ni banyak post aku pasal twinsZone ni. wakakaka.

oh yes! kalau baru dua jek entri. kompemla banyak yang aku belum kongsikan kan. ouhhhh tiba2 aku teringat cerita itu dan ini. next entri for twinsZone. weeeeee!!!


kat side bar aku tajuk twin yana tu ada banner kembar aku. selalulah pergi jenguk dia jugak. thanks!



Photobucket

Rabu, Februari 22, 2012

alaahhaaaiiiii..RESULT aku...

Assalamualaikum ^^,




pagi2 jek si pendek tu dah kejutkan aku. "weh, password email ko ape?. aku nak cek result. aku dah tengok aku punya". dalam pada mamai2 tu aku pun bagilah password. dua kali nk log in. tak lepas. "ke ko ade tukar password?". "eh. a'ah. sini..". haha. tula tanya aku tengah mamai2. memang lah salah. @.@ tengok2 ada satu email. kompem2la result aku tu. aku tak tengok biar kembar aku yang tengok. SERAM!

"ok dah. lulus semua". lega!. dah tu baru aku tengok lame2 belek2 result aku. hehe. alhamdulilah. aku pun tak letak harapan yang terlampau tinggi untuk result degree ni. takut nanti tak sampai targer. mulalah nak terguling-guling. cuma target setakat tahap aku je. tak pandai tak bodoh. tak pandai sebab  ramai lagi yang lagi pandai dari aku. tak bodoh sebab kalau aku bodoh macam mana aku boleh melepasi tahap sampai peringkat degree ni kan.

well kembar aku memang sentiasa up lah dari aku. tak dapat aku nak kejo si pendek. pendek2 pun lari laju gak die neh. asik tak dapat kejo je. eh jap! korang paham apa yang aku cuba sampaikan tak ni? tiba keluar sastera aku pulak dah. hehe.

kepada semua yang sebumbung dengan aku. selamat mengetahui result masing2. student portal tak boleh masuk dah ni. rasa nak tau cepat cek jelah email macam aku ni. ^^

btw. dengar2 pt nak masuk 2/3 ni. apeeee??? masuk sebelum naik sem? yeeehoooooooooo!!! *oppss jangan fikir bukan2 eh  =p


UiTM dihatiku  <3



Photobucket

Selasa, Februari 21, 2012

seni bersantap, jayakan DIET!

Assalamualaikum ^^,




menikmati makanan adalah sebahagian daripada seni yang memberi impak untuk kesihatan tubuh. untuk memastikan diet kamu lebih berjaya, ayuh lakukan beberapa perkara di bawah.



1. pilih makanan yang memiliki variasi rasa

rasalah makanan yang berbeza antara pembuka dan makanan utama. begitu juga makanan penutup. jika makanan pembuka kamu memilih sup ayam, untuk makanan utama pula pilihlah pasra atau hidangan yang bukan berasaskan ayam.

2. variasikan warna makanan.

mengambil santapan yang banyak warna singguh mengenyangkan dan tidak membosankan. pilihlah salad dengan warna sayuran yang berbeza. contohnya jagung, tomato serta salad hijau yang segar.

3. perhatikan tekstur makanan.

jangan makan makanan yang bertekstur sama. contohnya lembut dan rangup. lebih baik kamu yang memadankan sendiri teksturnya.

4. suhu makanan

variasikan suhu makanan yang kamu pilih. kamu disarankan untuk memilih hidangan yang sama. jika untuk makanan pembuka kammu memilih salad pasta, untuk makanan utama kamu boleh memilih daging yang disajikan panas.


sumber : remaja


Photobucket

Ahad, Februari 19, 2012

cinta kura-kura di pawagam 1 MARCH 2012

Assalamualaikum ^^,





satu lagi filem terbitan KRU Studios. cinta kura-kura adalah sebuah filem yang mempertaruhkan genre romantik komedi. filem arahan Nizam Zakaria ini membariskan pelakon2 yang tidak kurang hebatnya. mereka adalah Zizan Razak (raja lawak), Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8 dan semestinya tunjang utama filem ini Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel.


cinta kura-kura mengisahkan tentang Nani. gadis berusia 21 tahun mempunyai kura-kura yang unik. di mana kura-kura yang di belanya pandai bercakap bernama Nico. Nico berupaya untuk bercakap dengan manusia sekiranya dia memilih mahu bercakap. sinopsis selebihnya di sini.

dan lagu tema untuk filem ini adalah PECINTA TERBAIK nyayian SOFARZ. ciptaan sepenuhnya oleh EDRY. klik sini untuk dengar. best wooooo!!



Cinta Kura-Kura

like fanpage CINTA KURA-KURA



jom countdown ramai2!!!  ;)


Photobucket

NUFFNANG 5TH BIRTHDAY BASH!

Assalamualaikum ^^,




did you alert? NUFFNANG will celebrate their 5th birtday bash just arround the corner. di sebabkan aku takde rezeki untuk further in event management. so, entri kali ni aku nak feeling lebih sikit IF aku adalah organizer untuk birthday bash nuffnang yang ke lima ni. @.@

as for that we proceed step by step. oh btw. tema adalah biru. semoga korang dapat bayangkan imaginasi aku yang sangat tinggi ni. ^^


1. kad jemputan.

yup! kad jemputan adalah yang paling penting dalam setiap event yang di anjurkan. jom tengok rupa kat jemputan yang aku design untuk Nuffnang.  *berangan lebih







konon2 je ni. bukan betul tw! :D  (hasil idea sendiri)






2. guest book


ok. guest book pulak yang sedang bermain-main kat fikiran ni. adalah. guest book yang di hias dan di sampul dengan kain fel. warna yang di gunakan just biru + kelabu cair @ cream. just to have a contra color there. so. aku pilih color kelabu cair. wink3!!




sumber : google



3. main entrance.

wahhh! siap main entrance bagai. hehe. untuk main entrance rasenya just a simple look dengan a little welcome notes pun ok. tak perlu terlalu crowded sangat dengan segala hiasan. mungkin boleh bagi cenderahati untuk tetamu yang hadir??

4. hall.

first point to attract people bila masuk hall adalah stage. so. just make a small stage or backdrop with a creative decorations. yang mana nanti orang akan berebut-rebut untuk snap pic. =) oh ya! letak sekali replika nuffnang stick man. sure menarik. ruang tengah hall pulak biar sahaja kosong. sesuai untuk adakan a short coservation maybe. semua orang just have a chit chat between.

di kiri dan kanan dewan pula. turut menyediakan sofa atau kerusi yang selesa untuk guest duduk.




macam ni ke?? selesa sangat ni. @,@



lepas tu letak pulak meja jepun. atas meja tu letak snacks ke gula2 ke kan. weee!!

dan perkara yang memainkan peranan yang pada aku sangat penting adalah. lampu. yezzzaa! lampu membuatkan sesuatu event tu menarik atau sebaliknya. so. maybe i need a very talented lighter man here? ^^,  . 

selain tu design untuk ruang sailing pula.




letak lampu ni kat ruang tengah ok gak kan? >,<


then. letak la macam lampu tergantung-gantung sket. belon sikit. tirai yang panjang2 tu sikit. tak banyak tak sikit. mesti cantik!

lantai pulak. kalau lantai berkaca mesti cantik! maksud aku lantai berkac, then bawah kaca tu ada air. cuba korang bayangkan kolam renang. then atas kolam renang tu letak kaca. tapi jangan letak lampu. lampu just letak kat keliling dinding kolam tu jek. guna pulak lampu color biru. confirm!! cantik!.  dapat bayang?? cantik kan?

5. food and beverages.

rase2 letak kat kiri dan kanan dewan pun ok. jadi orang akan ada choice nak ambil kat mana. in other words guest tak perlu pergi jauh2 ambil makanan kalau mereka ada kat different site. kalau letak kat satu tempat je. for sure orang akan ramai berkerumun kat situ. kalau aku bila dah tengok orang ramai sangat berkerumun terus malas nak ambik makanan dah. @,@


6. games

sudah semestinya game itu perlu. ^__^.  bab nak pilih main game apa ni aku memang lemah. so. korang ada idea?. mungkin yang lebih creative. yang orang langsung tak terfikir pun. dan for sure tiap kali nak pikir jenis game yang sesuai. aku perlukan masa. need to do brainstorming. yerp! =__=




so? korang dapat bayangkan tak apa yang aku duk berangan + explain tu? *wink3!!!  well. aku sukakan benda yang simple but nice and less is more. tak perlu nak vogue sangat kot.



tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi. *eh!! macam pernah dengar. kat mana ek?  ;)



Photobucket

Sabtu, Februari 18, 2012

just a little notes from me

Assalamualaikum ^^,




hell0 readers!! what's up?! seminggu ni masa aku banyak di habiskan dengan berjalan-jalan. tanpa arah tujuan. you know what. its fun!! lepas satu tempat ke satu tempat. tak shopping. hanya window shopping. in the mean time. aku spot la tempat2 yang boleh aku shopping. yes. i mean the real shopping then. ;)  but at the end. tentu2lah penat. @,@

oh! aku sedang mengalami masalah. kaku. yerp!. kaku. bila tak on laptop. bila tak online blog. idea mencurah-curah. lepas satu. satu keluar. bila dah on blog. masuk kat new post. blank. last2 cuma blog walking. that's why aku jarang update lately. well. aku kena cari rentak balik kot. just need a time.

pleaseeeee!!! tolongla jangan aku blur + blank lagi on the next time.



Photobucket

Khamis, Februari 16, 2012

LIRIK : KEMARAU - V.I.P

Assalamualaikum ^^,




.:kemarau:.


kau bilang kau sayang sepenuh hatimu
tapi hanya mulut dipaksa bertutur
keranaku sepi meskipun bersama
rasa terpencil di dalam jiwa

dirimu kini dah jauh berubah
dari yang ku kenali dulu
harapan tak memindah
hakikat yang melanda
cinta dah mengabai kau dan aku

apa guna bersama
bila kita salong kemarau cinta
menunggu masa untuk berpisah
apa guna berkasih
jika hati sering merasa sedih dan kemarau airmata

bila perasaan sayang makin guram 
sinaran harapan kelihatan kelam
mulalah mencari salah dan membenci
walau tak ketemu jawapannya

dirimu kini dah jauh berubah
dari yang ku kenali dulu
harapan tak memindah
hakikat yang melanda
cinta dah mengabai kau dan aku

setiap hari ku termening buntu
memikirkan nasib yang sudah menimpa cinta
bukan salahku dan bukanmu
mungkin kerana jodoh tak rela untuk bersama
seumpama gurun menanti hujan
dijemur musim kemarau yang berpanjangan
maka terhapuslah jiwa yang bernyawa
seperti situasi di depan kita






lagi sentuhan EDRY KRU



Photobucket

Selasa, Februari 14, 2012

bosan? nak ketawa? tengok ni jom!

Assalamualaikum ^^,




hye all!! how do you do. ok! tetiba rasa macam boring semacam. ape? korang pun boring?. jom kita layan video kat bawah ni. best wooo!! hilang semua masalah. sekejap. ngeh3!!  tak percaya? cer tekan butang play tu. ^^



video




so. caner? jangan cakap korang tak gelak. hehe.



boleh hilang stress jugak kalau layan video ni. @,@



Photobucket

Khamis, Februari 09, 2012

JOHOR

Assalamualaikum ^^,




nak tau seseorang tu orang JOHOR? senang je! eh cop2!! in the easy way ape susah? tengok ic dah la kan. ye dak?? @,@  well i means here the real JOHORIAN. oke! aku bukan nak berdiskriminasi ya. cuma ingin berkongsi tentang apa yang orang bagi tau aku. and you know what, it sounds LOGIC! yup sangat logik. apa dia??.... next paragraph pleasee!

pertama. kalau orang tu orang johor. bila dia nak ke JOHOR BAHRU. dia takkan cakap nak pergi jb TAPI dia akan cakap "nak pergi johor". walaupun sebenarnya dia memang dah kat negeri johor.  see?? tak de yang pelik pun.

cuma aku curious lah kan. adalah sorang kawan aku yang memang asal johor. bila aku tanya "balik mana?". dia jawab "jb". and I just smile right away. why???? paham2 sendiri sudahla. mungkin dia malu nak bagi tau die duduk mana? pleaselah!! ok! lari topik.

kedua. the real JOHORIAN. yang kedua dah selalu orang cakap dan aku rasa mungkin antara korang dah tau. bila sebut MUAR. johorian ni akan sebut muO. not muAR. boleh bezakan tak? ^^

so. korang rasa logik tak? bagi aku yeahh! sangat logik. this is the two common things when speak about JOHORIAN people. korang setuju tak??


just from my view sight and I think its right.



Photobucket

Sabtu, Februari 04, 2012

PUPEL LIYANA MEGA GIVEAWAY

Assalamualaikum ^^,




hye all!! aku nak jemput korang semua join satu giveaway yang di anjurkan cik pupel kita. giveaway ni dah mula dah pun dan akan tamat pada 29 Febuari nanti. hadiah2 dia pulak adalah daripada penaja2 yang sudi menaja giveaway cik pupel ni. ramai taw! korang boleh tengok senarai hadiah yang di sponsor oleh penaja2 dengan mengunjungi blog cik pupel. oh ya! jangan lupa baca syarat2 dia pulak oke!

ape tunggu lagi?? jom ke blog cik pupel dan join giveaway dia. mana tau korang antara yang bertuah kan??





cop2!!! korang dah like belum FACEBOOK LIKE PAGE FL bloghouse ???


good luck semua!!!


Photobucket

Jumaat, Februari 03, 2012

#weddinglisayusry di Astro RIA

Assalammualaikum ^^,




whats up??! people? any vacation for the next lonnnggg holiday?. ^^

orait. agak lama aku tak update cerita pasal KRU. bukan tak de cerita. terlalu banyak sangat. sebab aku sendiri delay the story. bukan ape masa tu aku perlu focus pada subjek. terkilan pun ada jugak bila tak dapat update pasal dorang masa tu. but! pelan2 kayuhlah kan. insya-Allah aku akan update mana2 story pasal dorang yang aku terlepas. walaupun dah lama. @,@

ok. this time cerita berkaitan dengan salah seorang trio KRU. Yusry with his future wife LISA SURIHANI. yang terbaru mengenai mereka. bersempena dengan perkahwinan yusry dan lisa ni. Astro RIA akan menayangkan dua episod khas iaitu #weddinglisayusry pada 25/2 dan 3/03 2012.  *fuhhhh!! nasih baik aku belum balik melaka. weeeee!!!   waktu tayangan akan di umumkan kelak.






c0ngratulations for both of you! ^^



Photobucket

Rabu, Februari 01, 2012

SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI

Assalammualaikum ^^,






BEN ASHAARI



KEHILANGAN.

angin sepoi2 bahasa yang bertiup lembut menyentuh pipi ini membuatkan aku rasa sungguh tenang. tenang sekali. duduk di atas tikar yang sudah dibentangkan sambil bersandar di batang pokok ru'. sesekali aku memejamkan mata untuk merasai nikmat anugerah Allah ini. dengan keadaan matahari seperti malu-malu untuk menunjukkan diri. membuatkan cuaca pada hari ini bertambah nyaman. indahnya!!

melihat kanak-kanak kecil yang asyik membina istana pasir. mengusik hati kecilku dengan gelagat mereka yang ceria itu. sesekali di kacau pula dengan abang dan kakak mereka. maka berkejar-kejaranlah sesama mereka. bahagianya hidup mereka. hari ini aku kembali lagi ke sini. sendirian. sungguh perit rasanya perasaan mengahadapi kehilangan. tak tertanggung rasanya.

- sebulan sebelumnya -

"sampai hati kau tinggalkan aku sendirian di sini. langsung tidak menghiraukan tentang keselamatan aku. engkau sengaja tinggalkan aku!! atau apakah kau sememangnya benci dengan diriku?!", katanya. "maafkan aku. aku tak sengaja. aku tak sangka ada orang yang sanggup menghancurkan hidup kau. maafkan aku.", kataku. "kalau betul kau sayangkan aku. kau pasti bawa aku bersama-sama kau. sudahlah! semuanya sudah terlambat. aku sudah hancur!! sedaya upaya aku menjaga engkau supaya tidak sakit. tapi?? lihat! apa yang kau telah lakukan pada aku??!!katanya. aku tidak tahu mahu berkata apa lagi. sememangnya benar apa yang diperkatakannya. aku yang silap!! setelah lama berdiam, dia bersuara, "untuk kebaikan kau, kau carilah pengganti diriku. untuk melindungi dirimu", katanya. "tidak mungkin ada pengganti lain untuk kau!", kataku. "aku mohon. tolonglah cari pengganti diriku. aku tidak sanggup melihat dirimu sakit tanpa diriku", katanya lagi buat kali terakhir. aku terdiam. membisu seribu bahasa dan berlalu pergi tanpa dirinya. 

*********************

hari ini. kerana terlalu rindukannya aku datang semula ke sini. di pantai ini. di sinilah aku telah meninggalkannya sendirian. aku terlalu leka bermain air. bermain istana pasir bersama rakan-rakan ku. mungkin aku terlalu excited. kerana ini adalah pertemuan aku bersama rakan2 blogger, sehingga aku abaikan soal keselamatan kau. kalaulah saat itu boleh di ulang kembali? mana mungkin! dia sudah tiada untuk bersama-sama aku. atas nasihat dan kesungguhan dirinya yang meminta supaya aku mencari pengganti dirinya. akhirnya aku memujuk hatiku supaya menerima kehadiran.......



image
BONIA

semoga engkau mampu melindungi aku sebagaimana GUCCI menjaga aku sebelum ni. semoga engkau dapat melindungi mata aku daripada sinaran matahari yang menyilaukan dan terkadang membuatkan aku terasa perit dengan sinaran matahari. sepertimana GUCCI yang tidak menginginkan aku sakit. 

BONIA. aku berjanji yang aku tidak akan tinggalkan engkau sepertimana aku tinggalkan GUCCI. kerana aku yang telalu leka sehinnga GUCCI hancur akibat hentakkan daripada bola tampar yang rakan2 blogger aku sendiri bermain. percayalah! aku sama sekali tidak menyangka yang bola itu akan melantun keluar ke arah kau. tempat di mana aku tinggalkan engkau sendirian. sekali lagi maafkan aku, GUCCI.

aku tidak mampu menahan air mata ini daripada mengalir lagi. kepada BONIA aku pinta pada kau. jagalah aku sepertimana GUCCI menjaga aku. aku berjanji aku tidak akan tinggalkan kau seperimana aku tinggalkan GUCCI.

sekian.


boleh terima ke cerita rekaan aku ni. ^^  klik sini untuk join.