Selasa, Oktober 30, 2012

SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!

Assalamualaikum ^^,



join segmen selepas di tagged Diera Tekikushika.



klik banner untuk details

tagged



UNDI LIYANA ERYTHRINA di PENCARIAN GADIS KONFIDEN KOTEX !

Assalamualaikum ^^,



kawan2 semua..minta jasa baik anda semua untuk undi aku di PENCARIAN GADIS KONFIDEN KOTEX dengan LIKE gambar aku. as for that aku menggunakan nama facebook aku which is LIYANA ERYTHRINA. harap semua dapat membantu aku untuk mengundi seterusnya melayakkan untuk menyertai kem di Pahang nanti. *wink3!!

ok. now follow this steps untuk LIKE GAMBAR :




LIKE facebook iKnowMovement.



klik GADIS KONFIDEN KOTEX atau klik link di sini.



klik UNDI di menu tabs



scroll bawah sikit. korang akan jumpa macam dalam gambar. 
type LIYANA ERYTHRINA di ruang yang disediakan



if dah cari dan tak jumpa. pastikan petak sebelah kiri atas klik pada SEMUA. then cari nama LIYANA ERYTHRINA macam dalam gambar di atas.

then KLIK gambar. keluar macam kat bawah ni.

























klik UNDI untuk mengundi. 

THAT'S ALL !!


setiap orang hanya dibenarkan untuk mengundi gambar sekali sahaja. so, disebabkan itu aku nak open kepada blogger yang baik hati untuk tolong sama promote aku. caranya mudah saja.

  • buat satu entry bertajuk " UNDI LIYANA ERYTHRINA di PENCARIAN GADIS KONFIDENT KOTEX " dan ceritakan tentang penyertaan aku untuk pencarian gadis konfiden kotex.
  • entry mestilah di masukkan sekali cara2 untuk mengundi LIYANA ERYTHRINA.
  • akhir sekali, entry mestlilah dibuat sticky  post dan juga letak banner mengenai pnecarian ini di sidebar blog anda sehingga 30 Oktober 2012.
  • letak URL entry korang ke blog aku. post di ruang komen entry ini.
good news is, korang akan dapat sedikit cendera hati daripada FL Bloghouse selepas pengumuman peserta yang layak. that's why aku mintak URL entry post yang korang buat . and aku sendiri tak tahu bila, anything I will let you guys knows. yang pasti selepas tarikh 30 Oktober 2012.
yes. banner beserta URL untuk korang letak di sidebar, aku akan bagi selepas korang bagi URL pada aku. 

THANKS A LOT FRENZ !! =)



Sabtu, Oktober 27, 2012

legasi laman sosial

Assalamualaikum ^^,



tengah bengong - bengong layan twitter dengan facebook sambil tonggang terbalik sebab tak tau nak buat apa. *padahal ada jek esaimen yang melambak nak buat tiba-tiba teringat legasi laman sosial. 

terus teringat pada friendster, myspace. bila ingat2 balik zaman ni kelakar pon ada. frankly spoken. aku ni bukanlah yang updated sangat dengan new technology that moment. masa zaman sekolah dulu ada jek kawan - kawan aku yang dah berjinak-jinak dengan semua ni. sebab bila masuk library diorang mesti terjah bilik komputer then online lama2 kat sana. masa tu aku just tengok jelah. tak tau punya pasal. T_T




friendster. aku buat tahun 2008. yes. right after aku further study. masa ni pun influence dari kawan untuk buat then aku buat jelah. tapi dalam pada tu takut sebenarnya. yelah sebab kita deal dengan internet. and yes. dunia internet macam - macam boleh jadi.


then. myspace. yang ni pun influence kawan. tengok orang ada. aku pun nak lah. masa tu memang hard core la myspace dengan friendster ni. asal pegi cc jek. inilah agenda utama. padahala pegi cc sebab nak print esaimen jee. last2 banyarlah banyak2 sebab masa lebih kat online. huh !


lepas myspace. again my friends ask me to have facebook. ok. buat jugak. first DP aku kat facebook aku letak gambar sponge bob. haha. takut punya pasal nak letak gambar sendiri. then semua ni berkubur macam tu jek sebab aku takde access internet 24 jam. online kat cc jek.

bila aku dah tahun akhir diploma. then aku dah beli broadband sendiri yang di sponsor akak aku hewhew  and dah ada laptop sendiri. so, bila semua dah ada depan mata. start dari tulah aku mengenali hobi remaja yang satu ini. online. dari sini juga lah aku start berblogging.

and aku rasa zaman tu benda2 ni semua tak familiar lagi. bukan macam sekarang. bila jumpa kawan baru je 

" bagi la facebook. nak add ni "

confirm jek orang tu ada. but then. memang ada pon. @.@

today's it's like nombor telefon untuk semua orang ada akaun facebook. dan di sebabkan facebook dah jadi trend. laman sosial macam friendster, myspace makin berkurang and tak salah kalau aku cakap mostly dah transfer pada facebook.


ada pulak twitter. yang mana twitter lagi best. tweet la banyak kali ko nak tweet pon. orang tak marah pun. lain pulak kalau kat facebook. ko updatela status banyak2 memang menyesakkan mata orang2 dalam friend list ko tu jek. 

sekarang. sejak2 ada smartphone. lagi lah ada macam2 laman sosial. instagram, WeChat, whatsapp. yang ada bb tu. bbm lah. canggih ! dunia makin canggih.

inilah dia legasi laman social..


INSTAGRAM - liyanaerythrina
WeChat - fatinliyana


Khamis, Oktober 25, 2012

cerita nak renew buku

Assalamualaikum ^^,



lama tak update pasal kembar kan ? so, hari ni nak share dengan semua satu insiden ni. 

LOKASI : LIBRARY KBM
MASA : 1:00 p.m - 2:00 p.m
HARI : ISNIN
TARIKH : 21 OKTOBER 2012

tujuan untuk ke library untuk renew tarikh pinjaman buku. memandangkan tarikh pulang sepatutnya hari aku sedang bersenang-lenang kat rumah. tak kanlah aku ni willing nak kena denda sebab pulang lambat kan. bad record !

masa di kaunter, my twin yang scan dulu. settle ! turn aku pulak. siap scan kad matrik. tiba part nak cop tarikh...

librarian : eh ! ni buku fatin liyana.. ( muka kusut nak marah aku )
aku : ermmm.. aaa..yelah, saya lah tu..dia fatin nadhirah ( sambil tunjuk kembar aku )
librarian : tadi tu? mintak kad matrik awak. ( kembar aku )
aku : ( dalam hati dah tangkap yang librarian ni sebenarnya dah keliru dengan ktorang. haha ! )

lepas scan kad matrik, sambil pandang ktorang , dan tersenyum..

librarian : alahaii..kembar eh ? 
aku : haaaa !! konfius eeaaaa ( sambil gelak )
librarian : haishh ! korang ni buat orang keliru laaa

haha. see ?? ini lah antra situasi yang sering berlaku bila kami berurusan. tak kisahlah kat mana2 pon. especially yang melibatkan i/c.

REVIEW FOLLOWER 900 dan 1000

Assalamualaikum ^^,



ok. hari ni nak review follower ke 900 dan 1000. terlepas pandang untuk follower ke 900. so share satu entry jelah ye =) . jom tengok siapakah blogger itu


bingo ! 
cik anis - 900

cik anis ni ada online shop jugak. so. apa kata kita cuci mata kat shop dia n if dah terpikat terus jelah buat payment ! =)



bingo ! 
Zee Suhaini - 1000

malangnya cik zee kita ni tak de letak link untuk ke blog di profile. rugi2. aku pon tak boleh nak jejak dah. kepada cik zee, if terbaca this entry please drop your url blog di ruang komen oke !

thanks to both of you and of course you guyss !!! lots of  love from me ! =)


Sabtu, Oktober 20, 2012

WeChat - cara baru untuk berhubung

Assalamualaikum ^^,



apa sebenarnya WeChat ni ?? ok. let me explain.

WeChat, new application of social networking.

WeChat boleh di gunakan untuk iPhone, Android, Windows Phone dan Nokia (Symbia). daripada apa yang aku faham WeChat ni macam whatsapp jugak. cuma whatsapp based on nombor telefon kan. tapi WeChat tak perlu ada nombor telefon. kita boleh add contacts dengan ID ( ID WeChat ataupun no fon ) , QR Code, Mobile Contacts. means kalau kita tak de no fon orang tu pon kita bole chat dengan that person. aku selalu guna QR Code tu jek.

QR Code tu macam ni 


bila dah scan automatik dia akan carikan profile those person yang kita scan tadi. then. terus je follow or add.

kalau anda pengguna iPhone search saja kat AppStore. its FREE !!

maklumat lanjut lawati laman web WeChat dan juga Facebook WeChat Malaysia.

sesiapa yang dah install kat smartphone korang tu. find me! just search fatinliyana . nanti bolelah kita chat kat sana ! =))


Khamis, Oktober 18, 2012

9 orang SITI patut dijadikan contoh

Assalamualaikum ^^,


SITI KHADIJAH
beliau merupakan isteri RAsulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan meyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, menghantarkan makan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'

SITI FATIMAH
anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali kamarallahu wajhah walaupun Ali miskin. tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

SITI AISHAH
beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. sanggup berkongsi bekas makan dan minuman dengan Rasulullah. di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama

SITI HAJAR
isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali)

SITI MARIAM
wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

SITI ASIAH
isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

SITI AMINAH
wanita mulia yan gmenjdai ibu kandung Rasulullah. mendidik baginda menjadi insan mulia.

SITI MUTI'AH
isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya keran setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utnuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

SITI ZUBAIDAH
wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-RAshid. sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t


sumber : di sini 


Rabu, Oktober 17, 2012

cakap tak serupa bikin

Assalamualaikum ^^,



ok. cakap tak serupa bikin. explain.

awak2 semua. satu pesanan buat awak2 semua ye. kalau bercakap tengok2 lah sikit kat diri sendiri. jangan sampai orang cakap awak cakap depan cermin. sebab apa yang awak buat tu tak selari dengan apa yang awak cakap. faham ? tak faham sila google.

perkara yang buat kan aku tertarik untuk kongsi tajuk ini bila ia nya berlaku di sekeliling aku. serius aku tak faham dengan individu ni. adakah ini yang di katakan dunia ini sering berputar. bila kita buat orang satu hari benda tu akan berbalik pada diri sendiri. so, dalam erti kata lain jangan menyombong diri bila berkata-kata seolah-olah kita tak mungkin akan lakukan atau perkatakan kesalahan yang pernah dilakukan oleh seseorang. dunia sentiasa berputar. hidup ini cukup adil !

satu perkara yang perlu di ingatkan pada diri sendiri adalah kita hanya manusia yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. kadang2 semua yang berlaku di luar kawalan dan jangkaan kita sendiri. untuk mengelakkan perkara sebegini. yang penting adalah jangan menganggap diri kita sebagai manusia paling sempurna.

yes. secara zahirnya memang kita tak menyatakannya. tapi apabila kita menjadi seorang yang tidak boleh menerima kritikan daripada orang di sekeliling. tidak menerima pendapat orang lain. bukankah itu sudah menjawab ? ini juga menyebabkan orang di sekeliling merasakan yang anda perasan bagus. sempurna . padahal anda langsung tidak berniat. betul ? fitrah manusia tidak boleh lari daripada mengadili seseorang. setuju ?

jadi. apa yang aku ingin tekankan di sini bahawa bila nak bercakap atau buat sesuatu perkara. berpada-padalah. jalan paling mudah. cakap bila perlu sahaja. itu boleh mengelakkan kita daripada terus bercakap perkara2 yang boleh memudaratkan diri. seolah-olah membuka pekung di dada.

yalah. kalau masa orang tu buat salah mudah untuk anda menjatuhkan hukuman. tapi bila diri sendiri yang buat ? sebijik. serupa. terus lupa.




sama-samalah kita beringat.


Selasa, Oktober 16, 2012

my day !

Assalamualaikum ^^,




banyak perkara yang aku pelajari dari hari ke hari. semuanya mematangkan aku dalam meniti arus kehidupan yang tidak kering dengan onak duri dugaan dan cabaran. segala pengalaman kini menjadi pengajaran dan peringatan buat aku sendiri. 

sejujurnya sukar untuk aku memahami di sebalik setiap yang berlaku. kenapa dan kenapa. sehingga aku rasa LETIH. letih dengan semua ini. sabar sehingga terkadang aku rasa tak mampu lagi. tapi tetap ingatkan diri supaya SABAR. pesanan dari seorang kawan aku :

"percayalah ! kesabaran itu akan di balas dengan sesuatu yang kita langsung tak sangka. dan pada masa itu lah kita mula tersenyum "

22 years old. alhamdulilah ! aku masih lagi bernafas di muka bumi ini. segala kesenangan dan kemudahan yang di perolehi sehingga hari ini aku hanya mampu bersyukur pada-Mu. keluarga yang bahagia. mereka di sekeliling yang membuat aku tersenyum. syukur nikmat. semoga aku tidak kufur nikmat. tarikh ini di kongsi dengan kembar aku. DIERA.





SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN 22 TAHUN 


Isnin, Oktober 15, 2012

LIRIK : wanita by KRU

Assalamualaikum ^^,




KOMPOSER : EDRY ABDUL HALIM


disebalik semua lelaki di dunia
pastinya didukung seorang wanita
dia berkorban untuk
memberi yang mampu
demi insan yang disanjung dalam hidup

tatang hatinya bagai permata
luangkan masa untuk bersama
bilang padanya kau sayangkan dia
sepenuh jiwamu

senyumannya mampu mengubati pilu
ketika dunia tak kelihatan indah
wajahnya yang ayu
menenangkan kalbu
jangan kau hampakan cintanya yang tulus

(ulang chorus)

lindunglah dia seperti dia menyelimutmu
itulah saja balasan di minta
Seorang Wanita

VIDEO KLIP KLIK SINI



Rabu, Oktober 10, 2012

trend sekarang ke ?

Assalamualaikum ^^,



anda seorang blogger ?? apa yang aku nak sampaikan nanti harap dapat di beri perhatian. 

yes. akhir2 ni aku ada join beberapa segmen. adatlah kan bila dah join segmen mesti kena bw. sebenarnya segmen2 ni semua bagus dan best ! sebab kita dapat berkenalan dengan blogger2 baru. and at the same time kita boleh memperkenalkan blog kita pada semua. membuatkan mereka sedar akan kewujudan blog kita. kan ?? =))

yang jadi tak bestnye bila orang visit blog aku. then dekat shoutbox link URL bukan link blog tapi link segala macam iklan yang ada. yes. aku sedikit bengang. sebab ? tak perlulah sampai macam tu if nak dapatkan duit daripada iklan2 ni semua. ada caranya. mula2 aku tak kisah sangat. tapi akhir2 ni banyak sangat yang gunakan link iklan untuk di letakkan kat bahagian URL. 

tu belum lagi yang tulis "visit you again" banyak2 kali letak pulak link iklan. mula rasa terharunya ada orang sanggup masuk and view blog tak famous ni hari2. tapi at last.....  kesannya, pada korang juga, sebab aku jadi malas nak view setiap jejak yang ditinggalkan kat shoutbox. bukan sahaja malas, kadang2 kena pikir banyak kali bila nak klik nama korang.

itu yang pertama. kedua. ada yang tulis kat shoubox

"thanks follow my blog, kita dah follow blog awak"

tangan aku pun tekan nama setelah fikir beberapa kali

"ni kalau aku bukak, iklan ke blog dia yang keluar ??"

bila dah view. terkejut. sebab seingat aku. aku tak pernah bukak blog dia ni. and bila masa pulak aku follow. mungkin aku terlupa ke apa. aku pun check lah dekat followers dia. mana tau betul. cari punya cari takde. aku tak pernah follow blog dia pon. @.@

apa2 pon aku tetap berterima kasih pada yang sudi masuk and follow blog ni. good news later for my lovely followers !! ;))

Isnin, Oktober 08, 2012

monolog

Assalamualaikum ^^,


seringkali hati tertanya-tanya kenapa ada sahaja yang tak puas hati. term "tak puas hati". explain. 

duduk diam salah. tak duduk diam di kata. so ? what do you want ? aku cuma manusia biasa yang hidup kat bumi ni penuh dengan pertanyaan tentang realiti kehidupan di sekeliling aku. aku tiada jawapan untuk semua ini. yang ada setiap hari adalah persoalan. langsung tiada jawapan yang tetap yang mampu memuaskan hati ini. 

kalaulah berkawan itu hanya membawa aku kepada sesuatu yang menyakitkan hati. lebih baik takde kawan langsung ! . tak . aku salah ! kerana marah aku nak lemparkan kepada semua meraka yang berada di sekeliling aku. ini tak betul ! maaf kerana membuat hati kawan2 semua terasa hati. MAAF. 

maaf. satu perkataan yang aku rasa kalau tak wujud dalam dunia ini apa yang manusia akan katakan jika mereka melakukan kesalahan ? letih memaafkan. dan juga letih mendengarnya. tapi aku juga turut menggunakannya. anda juga bukan ?

 so, perkataan ini sangat penting untuk kita semua. tapi aku terfikir jika tiada perkataan ini. mampukah manusia hidup tanpa melakukan kesilapan ? sedangkan hakikatnya manusia itu tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. TAK MUNGKIN. 

tapi bagaimana pula kalau kesilapan itu sengaja di lakukan ? 


Jumaat, Oktober 05, 2012

OM221 change to BM232

Assalamualaikum ^^,




helooo kawan2 semua. sihat ? >.<  setelah difikir2kan aku rasa nak share dengan pembaca2 blog aku dengan kisah hidup sebagai student OM221/BM232. 

haihhh !! kenapa pulak ada slash tu kan. kalau korang student UiTM mesti tau kenapa. OM 221 adalah kod untuk program aku sebelum fakulti kami PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT merge dengan FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN. so, selepas proses merge maka kod programme of BACHELOR IN OFFICE SYSTEM ditukar kepada BM 232. budak business katanyee. :D

jangan tanya aku kenapa tukar. @.@ tapi, batch aku adalah yang last gunakan kod OM 221. means segala urusan pendaftaran kursus still use OM 221. dan kami juga adalah batch last yang akan grad dengan tertulis BACHELOR IN OFFICE SYSTEM (OM 221) kat sijil tu nanti. ngeh3. 

so ? apa yang best dengan ofis sistem ni ? ini adalah antara program yang korang akan belajar cara-cara untuk develop sistem. fun right ?? yes ! tapi frankly speaking susah sebenarnya at the first level. yang mana korang nak faham semua term2 yang ada. tapi lama2 nanti mesti ok punye ! biasala baru2 nak kenal kan. nanti bila dah kenal hati budi untuk subjek2 yang ada mesti bolehnye and for sure seronok ! ;)

oppss !! lupa nak bagi tau yang untuk OM 221. major adalah sistem dan minor adalah HR. makanya berlambak subjek HR yang perlu di ambil. sampai satu tahap aku cakap

 " eh..aku ni budak sistem ke budak HR ?? " 

haha . see ?? mana company tak de HR ?? and mana company tak de sistem ?? so, demand tinggi oke. <----lecterur saya yang cakap bukan saya  =p

intro je dulu k. next time aku explain details. subjek ape yang aku belajar dalam programme ni. see youu !!