Selasa, Januari 22, 2013

antara masalah yang timbul di akhir semester.

Assalamualaikum



bila habis sem. mesti semua pening nak letak barang-barang yang banyak tu kan ? untungla kalau universtiti ada provide tempat khas nak letak barang. yang takde ? bole sakit kepala wooo semata-mata fikir nak letak semua barang tu kan?

so. jom check it out apa yang sepatutnya di buat.

sedikit demi sedikit

di sarankan agar memebawa barang-barang kamu pulang ke rumah sedikit demi sedikit. bawa barang-barang ikut kepentingan agar kamu tidak perlu membawa kuantiti yang banyak sekali gus. ia akan semakin menyukarkan khususnya kepada kamu yang menaiki kenderaan awam untuk pulang ke kampung halaman

# ini cara yang aku selalu praktikan sepanjang lima tahun bergelar student. lagi pulak aku ni kembar, campur dua orang punye barang. korang boleh bayang tak dia punya banyak tu. haha


tumpang

simpan barang-barang di rumah sewa kawan-kawan yang menetap di luar kolej. monta kebenaran dan beritahu kawan kamu terlebih dahulu kuantiti barang yang ingin kamu simpan di rumahnya. ia bagi mengelakkan rakan-rakan kamu menggunakan ruang yang terlalu banyak di rumahnya.

# aku tak pernah praktikkan cara ni. sebab risau. tapi kalau takde pilihan nak buat macam mana kan. tapi beringatlah, jangan sampai rumah kawan tu penuh dengan barang korang jee. ^^


sewa ruang

sebelum tamat semester. kolej-kolej kediaman pasti akan dipenuhi dengan iklan-iklan perkhidmatan penyimpanan barang. lazimnya mengikut jumlah hari yang kamu perlukan untuk meyimpan barang-barang. sekiranya boleh, tempahlah ruangan lebih awal supaya dapat ruang yang mencukupi untuk menyimpan barang. kamu juga dinasihatkan agar menyimpan hanya barangan picisan seperti baldi, penyangkut baju dan sebagainya. jangan meninggalkan barangan berharga saat pulang ke kampung.

# aku pernah jugak tumpang letak barang kat bilik yang di sewa kawan aku. tapi tu semua barang2 yang kalau hilang tak terkilan. selalunya kalau simpan barang kat tempat yang di sewa elakkan letak barangan berharga. kalau hilang jangan salahkan orang pulak !


poskan sahaja

kalau rasa tak yakin nak simpan barang-barang di tempat-tempat tersebut, hantar je barang korang tu guna pos laju. make sure pos laju tau ! hilang boleh trace. mungkin leceh tapi at the end memudahkan korang jugak nanti. buku-buku yang dah guna untuk semester hadapan dah boleh simpan kat rumah dah.

#setakat ni nak pos barang tak pernah lah lagi. sebab aku ni malas nak bungkus barang tu semua. opkosla nak bungkus tu kena ikut stadardize yang pos laju dah buat. itu yang malas tu. ngehngeh


buat kebajikan

ini salah satu menunjukkan kamu pelajar yang prihatin. mungkin banyak pakaian, buku-buku atau barang-barang keperluan lain yang dah tak nak. jadi apa kata dermakan saja kepada pusat-pusat kebajikan berdekatan. dalam masa yang sama dapat pahala. menderma itu kan satu amalan mulia = ? ;)

# part yang ni selalunya pakaian lah kan. kalau buku tu aku sayang nak bagi orang. buku tu semua sentimental value bagi aku. hehe


love,
Signature

4 ulasan:

Aina Mansor berkata...

Hehe. Kalau bff Aina, dia suka derma habis barang dia. Bayangkan beg, tudung, semua dia bagi hahaha :D

Shakira Pathi berkata...

boleh guna tips ni nanti masa part 6, sekarang baru part 2 :P

Liyana Erythrina berkata...

@Aina Mansor wahh !! baiknye dia..
murah rezeki macam tu .. =))

Liyana Erythrina berkata...

@Shakira Pathi boleh2.. dipersilakan . tips ni boleh jugak guna utk every sem ;)