Jumaat, Januari 04, 2013

KBM final #sem5

Assalamualaikum 


hari ni aku pergi KBM untuk selesaikan satu lagi tugasan di saat-saat akhir. student. apa yang pensyarah arahkan tetap kena buat. semua kerana markah. haha. kejam tak aku. kalau takde markah means aku tak buatlah ? tapi serius tugasan ni memang penting dan sebahagian daripada perkara yang aku perlu tahu. tak. mesti tahu. =)

sebelum jumpa pensyarah yang perlu aku jumpa. singgah dulu di bilik pensyarah lain. paper dia ahad ni. huhu. sebab semalam masa makan-makan kat kedai makan kawan aku cakap

" carry mark BPR dah keluar "

so. sambil menyelam minum air lah kami semua. sampai bilik pensyarah, carry mark takde lagi tapi mata kami tertumpu pada kotak-kotak yang dipenuhi dengan esaimen dan test yang belum di ambil sebelum cuti study week. tengok kat dinding belum ada. ok. terus geledah kotak-kotak mencari nama sendiri. sedang leka belek-belek test dan esaimen orang lain sambil curi-curi tengok markah orang lain hekhek pintu bilik terbuka

"eh miss !! haii ! .. miss caryy mark mana ?? " tangan masih belek-belek kertas yang melambak

" dah ada dah tu, tak tampal lagi .. saya cari tape ni ? "

" buat apa tape ? "

haha. dan aku baru perasan yang pensyarah aku maksudkan adalah soletep. apa punya soalan aku bagi tadi kan. kuangkuang. 

" ha .. nak tengok mari sini masuk " dengan laju melangkah. 

masa tengah tengok-tengok tu

" awak punya group project teruk tau ! . saya dah tambah2 nak bagi lulus. 

" ha ?! ye ke miss "

mata aku terus laju tengok markah group projek. dalam hati berkata "ok je markah aku ni. kalau ye pun miss tambah tak kanlah sampai aku boleh dapat macam ni. mestilah paras-paras  hidung je kan. tak logik ! lantak.

" thankyou miss .. "

" awak tau ke tak nak buat ? hari tu tak nak jumpa saya tanya. bla bla "

" eh, saya datang mis je yang takde "

" memang pun saya sibuk "

masing-masing spot nombor matrik masing-masing. selesai semua. terus menuju ke bilik pensyarah yang sepatutnya. tunggu punya tunggu dan tunggu lagi. masa menunggu kami di penuhi dengan kerisauan next paper. yes. quite tough. aku pun entahlah. yang mengharapkan agar aku dapat buat dengan fokus dan mudah menulis jawapan nanti. risau tetap risau. insya-Allah. 

tapi sebenarnya kami semua berbincang menimbulkan rasa tak puas hati masing. berkenaan dengan markah group projek yang pada kami apa yang miss bagi tahu tersasar dari landasan. haha. rasa tak puas hati mendorong aku dan kembar untuk kembali ke bilik miss tadi dan mencari siapa orang sebenarnya. cari punya cari. jumpa ! yes. orang yang kami dah jangka. puas hati sebab bukan KAMI. senyum. 

kadang-kadang kelakar sebenarnya dengan pensyarah aku yang sorang ni. dia selalu salah orang. lagi-lagi aku. logiklah jugak kan sebab aku ni kembar. confuse antara ktorang ok lagi. ni kadang-kadang nama classmate aku semua dah bertukar-tukar orang. dan sebab kenapa miss aku tadi ambush aku dengan kata-kata macam  tu aku rasa sebab antara ahli kumpulan esaimen yang di maksudkan tu sama nama depan dengan aku dan kembar aku.


next paper. semua ada case study. huhu


Signature



Tiada ulasan: