Ahad, April 07, 2013

#kembar yang tengah praktikal

Assalamualaikum
hello bloggers !!
seperti yang pernah di ceritakan dalam entri2 sebelum ni. heyyy !! saya budak praktikal ! . kali ni nak share cerita budak kembar yang tengah praktikal o.0
fyi, ktorg praktikal dalam satu building. tapi lain-lain jabatan. sorang level 12 sorang level 16. 
well. ramai yang kata ktorg ni kembar seiras. so. here the story.


cerita 1
yang selalu silap dan pelik bila ada parcel atau surat yang di hantar ke jabatan. biasanya posmen akan ke level paling atas then dorang akan turun level by level. so. posmen ni fist time datang kat jabatan aku. masa dia nk pass parcel aku perasan yang muka dia macam blur. macam nak tegur tapi tak tegur.
rupa-rupanya bila turun kat level 12 (tempat si diera tu). jadi gini

" eh awak ada adik ke kembar ke kat tingkat 16? "

" ada "

" haa ! patutla ingatkan fatin tadi. tapi saya rasa fatin kat tingkat 12. nak tanya tapi takpe nanti dulu. turun bawah dulu. tengok fatin ada tak.  muka sama. terkejut saya. ingatkan dah tukar jabatan "

" *haha* "
lebih kurang macam tu lah dialog. memang aku perasan pun yang posmen tu duk tengok dengan muka pelik. tapi aku dah tau dah ni mesti kes pelik. 


cerita 2
bila lunch. ada antara staff kat dua jabatan ni jumpa ktorg mesti tercengang and muka pelik. package ! haha.
nanti bila naik ofis.

" yana ada kembar eh? "

"a'ah. yang tadi jumpe tu lah kembar"

" eh. sama ek. saya sampai keliru. yang mana satu praktika kat ******* "

" sama kee? haha "
bla bla bla..
setiap kali jumpa staff yang baru tau aku ni kembar. bila naik ofis tu ni la soalan wajib. hehe. macam tu jugak kat ofis diera. 


cerita 3
tengah tunggu lif pagi-pagi hari. satu lif dengan officemate aku. bila kat dalam lif sorang staff ni tengok aku tengok diera. tengok aku tengok diera. haha ! ktorg gelak dulu. 

" aik! muka sama "

" kembar dia lah"

" ha'ah. kembar kita "

" aku pun tak tau yang mana satu praktikal kat ******* "

" kitalaaaaa "
haha ! somehow aku rasa ktorg boleh kenakan orang kan? =D


cerita 4

selalunya time rehat diera naik atas. pegi toilet atas. sebabnya. toilet ofis aku tak ramai yang guna seems yang gegurl sangat-sangat sikit. toilet kat ofis dia sentiasa di gunakan sebab ofis dia deal dengan customer setiap hari. *tetiba cerita toilet pulak ?*
ada satu hari ni nak tunggu dia lama sangat. jadinya aku pun la dalam borak dengan akak ofis dulu. kejap lagi tunggu lama gila. aku pun jengah kat luar. sekali dia tunggu aku kat bahagian pegawai-pegawai. tup tup terserempak dengan kapten. hamekkk !

" haa.. saya cari awak ni. nak tanya dah habis belum baca buku yang saya bagi tu. nak tau pendapat awak"

"..*dalam hati..mampos aku. ni mesti kapten*. kapten saya bukan yana. saya kembar dia"

" haa?! 0.o "
bila nampak aku.

" awak ada kembar eh?"

" ha'ah.. bla bla bla .."
bingo ! kapten dah terkena ! hikhik. 
inilah dia antara koleksi cerita kembar ktorang yang berjaya mengelirukan semua orang. banyak lagi insiden-insiden lain yang membuatkan aku rasa "saat paling best bila jadi kembar. inilaaa "  . hehe.
peace !

jangan ada yang jumpa blog aku ni dah la =.=
till then..
love,