Ahad, Oktober 27, 2013

perang di social network

Terkadang tertanya-tanya lah jugak. Apa tujuan social network ni semua ada ek? Well. Melihat senario pengguna-pengguna tegar social network, mungkin social network ni the best place untuk PERLI, MELUAHKAN, MELEPASKAN MARAH, RASA TAK PUAS HATI. Bukan lagi sebagai main medium untuk di jadikan tempat untuk berkongsi maklumat macam masa mula-mula kewujudannya lagi. 
Tak perlu ada social network kalau cuma nak melepaskan marah. Update status bila marah dengan orang. What for? Nak marah. Marah depan-depan. At least dia tau yang kau marah kan dia. Biar dia sedar diri sikit. Apa salah dia. Unless lah kalau kau nak marah tak bersebab. Orang minum air kat pentri pun nak update ko marah sebab asyik dia je yang minum air. Dah tu? yang ko tak pegi minum sama tu dah kenapa? 
Tak perlu ada social network kalau setakat nak mengadu rasa tak puas hati kau tu je. Tak puas hati dengan apa? Dengan siapa? Cari saluran yang betul. Bagi tahu terus. Kot ya pun zaman makin canggih takkanla sampai nak mengadu kat public kalau setakat jeles dengan officemate sebab dia naik pangkat? Sebab dia dapat rehat awal? Sebab dia dapat MC? Sebab dia dapat ikut bos pegi meeting kat tempat best2? Dah kerja kan? Dah besarkan? Dah boleh fikir kan? Fikir.
Tak perlu ada social network kalau nak main perli-perli. Pernah dengar tak. Kadang-kadang nak bagi orang sedar diri ni kita kena perli. Baru dia faham. Berani sangat perlilah depan-depan. Sebab kalau setakat perli-perli dalam dunia maya ni paling-paling pun dia cuma fikir " aku ke ? " .  Lepas tu dah. Tapi kalau depan-depan boleh mengekspresikan lebih sikit. Guna lah non-verbal communication sekali. Baru best ! 
Tak perlu ada social network kalau selalu nak MELUAHKAN PERASAAN. Meluahkan perasaan ni dah kira macam all in one. Rasa marah, rasa nak perli, rasa suka, macam-macam rasa lagi lah kan. Semuanya PERASAAN kita. Tapi kena ingat. Dalam pada kau meluahkan perasaan kau tu. Ada yang membaca, ada yang memerhati. Kau marah, kau benci, kau perli. Kau rasa takde yang terasa ke? Kau gembira gila sebab hari ni dapat dating? Ada yang memerhati. Mana tau secret admire kau ke? Musuh kau ke? Jap2 !! Eh friendlist aku semua aku kenal laa. Aku approve kawan-kawan aku je. Eh. Confirm ke musuh kau bukan dari kalangan kawan-kawan kau? Yakin? 
Sebab perkara-perkara macam ni lah boleh jadi salah faham. Dan bila dah ada salah faham memang parah. Aku dah mengalami. Aku tahu macam mana rasa dia. Di perli dengan macam-macam status. Berlarutan. Buang ego, cuba nak fahamkan keadaan yang sebenar. Tapi lain yang jadi. So. Yes. Aku give up ! Give up dengan social network. 
Sebab perkara ini jugaklah kau jadi tak kenal dengan orang yang kau sangka kau kenal. Hanya di sebabkan satu status. Hebat kan? 
Btw, tahniah lah sebab hanya berani mengekspresikan perasaan di social network. Kalau betul ada masalah cakap depan-depan boleh? Ni nak berbalas-balas status pulak. Tak biasa lah. Sebab perangai macam budak-budak. Nak jaga hati? Sebab tu tak nak cakap? Habis yang duk update sana sini. Canang sana sini tu? Jaga hati ke tu? 
Serius. Kalau ada masalah dengan seseorang lebih baik selesaikan face to face. Social network ni bukan di wujudkan untuk menyelesaikan masalah korang. Nama pun dah jelas. Tempat bersosial je kan? Tolong faham konsep. Back to reality.  
Opss sorryla! Aku pun nak jugak rasa macam mana rasanya bila share benda-benda macam ni kat orang ramai. Ikutkan hati ni dah banyak rasanya status tak matang yang aku dah update. Tapi selalunya bila dah taip-taip. Fikir lamaaaaa. Lepas tu highlight semua. DELETE. Offline.  =.=
ORANG BIJAK SANTUN BICARANYA
ORANG BAIK SOPAN PERILAKUNYA
ORANG PINTAR TEPAT FIKIRANNYA
ORANG STRESS UPDATE STATUS MELULU KERJANYA
* Ni kira entri meluahkan jugak ke?? =P
love,

1 ulasan:

Mazni Munawar berkata...

setuju sgt. klau kite main kutuk mengutuk kt fb, tweet semua ni tk dpt meyelesaikan apa2 pun. makin menambahkan dendam adela.