Ahad, November 03, 2013

di lema graduan untuk mendapatkan kerja

Assalamualaikum
Masa aku masih memegang status seorang siswi. cerita-cerita macam ni aku macam tak ambil port sangat. sebab masa tu aku fikir insha-Allah ada rezeki tak ke mana. Tapi sebagai seorang siswi aku tetap akan pretend benda ni kalau dah melampau sangat isu nye. Bukan melampau apa. Kadang-kadang orang ni kalau kita diam. Sebok duk jolok sarang tebuan. Tak kan nak diam kan orang dah rosakkan rumah kita. 
So, selepas empat bulan lebih aku menganggur then I aku faham perasaan lepasan universiti macam aku ni rasa. Mungkin aku tak boleh nak perbetulkan persepsi orang. The point is mereka yang mengatakan kami lepasan siswazah memilih kerjaya. terutama sekali mereka yang lebih BERPENGALAMAN. stop here. aku pernah cerita pasal ni kat sini
This time aku nak bagi tau situasi sebenar kepada mereka-mereka yang beranggapan 
" memilih sangat. sebab tulah "
ya. aku tak nafikan. kami semua graduan perlu bersaing dengan mereka yang suka bertukar tempat kerja dan employer yang mesti letak syarat untuk ada pengalaman untuk setiap position yang di iklankan. so, mari baca pengalaman aku selama empat bulan lebih pergi interview dan cari peluang kerjaya.
Berdasarkan apa yang sering di perkatakan.

1) Terlampau memilih JAWATAN.
Masa aku pergi career fair. Mata takde la tumpu pada jawatan yang besar-besar. So, bila rasa jawatan tu macam sesuai dengan Diploma yang aku ada. Aku duduk untuk apply.
" Nak mohon jawatan apa dik? "
" Secretary "
" Ada bawak resume ?"
" Ada " ( sambil keluarkan dan bagi pada interviewer)
" Eh! Adik tak boleh apply jawatan ni. Adik ada degree. Ni dah over qualified "
" Tapi saya nak guna Diploma "
" Tak boleh dik "
Ok. faham tak situasi dia sekarang. OVER QUALIFIED. So? Bukan salah aku bila aku tak mohon jawatan yang korang kata " mula dari bawah tu ". Bayangkan la kalau dah semua employer cakap macam tu. Setiap kali aku pergi interview untuk jawatan SPM dan Diploma. Bila orang tengok resume. Interviewer akan persoalkan. Last-last ayat " nanti kami call " habis macam tu jelah.

2) Terlalu memilih GAJI
Setiap kali datang interview mesti ada yang share atau tanya. First interview ke? Baru habis belajar ea? Dah kerja?
Jawapan:-
" tak lah. dah pernah interview "
" Ha'ah, baru habis belajar "
" Kerja macam kat butik-butik, cashier tu " (senyum)
See?? Kami memilih GAJI ? Tak baik tau serkap jarang. :)  Tahu tak ada tu kerja gaji rm700 je tau. and ada komisen. Hey !! Gaji sekarang basic semua rm900 tau. Tu yang kerja butik. At least adala komisyen. Tu pun kalau ada orang beli. Kan? 

3) Terlalu memilih TEMPAT/SYARIKAT untuk bekerja.
Ni pengalaman aku sendiri ok. Interview minggu lepas. Selepas sesi soal jawab dan sesi aku pretend diri sendiri yang sangat lama. Sampai satu soalan daripada interviewer:-
" Eh. Awak ada degree kan? " (sebab aku mohon jawatan diploma)
" Ya. Saya "
" Sayangnya. Syarikat saya ni kecil je tau. Awak tak cuba syarikat yang besar-besar ke? "
T_T
Fikirla semua. 
Untuk pengetahuan anda, kami tidak memilih kerjaya. Ya. aku setuju ada sesetengahnya amat memilih kerjaya. Kalau boleh nak terus ada kat atas. Ingat ! SESETENGAH. Bukan semua. Dan BUKAN aku. 

Tolonglah ya faham. 

Nobody has it easy, everybody has issues.  You never know what people are going through.  So pause before you start judging, criticizing or mocking others.  Everybody is fighting their own unique war.






love,