Jumaat, Disember 27, 2013

simple conclusions

Hey hello.
2013 will leave us. Leave me.
Berhenti. Ambil masa. Toleh belakang kejap. Banyak sangat yang berlaku dalam masa setahun ni. Dan banyak jugak cerita yang belum aku share dalam blog picisan ini. Well, in case aku lupa tentang sesuatu kenangan itu. Atau macam mana aku boleh dapat itu ini. Bila? So, boleh lah aku geledah balik blog aku ni. Tapi asyik tak sempat je. Mungkin aku akan #throwback next year. 
Nak buat entri ni pun ambil masa sebenarnya. Banyak taip dan berhenti. Terkenang. pop ! Sambung balik taip. 
Well, tak tahu nak mula dari mana. Aku dah pun habis belajar. I beat, this will be the very most missing ever feels to me ! Seriously ! Ya. Belajar tu tak best pun. Tapi the moment melalui hari-hari sebagai pelajar itu yang paling BEST. Dunia belajar. Dunia yang aku sendiri tak pernah terfikir dan tak jangka aku dapat rasa pengalaman tu. Dan juga dunia yang aku tak bersedia untuk tinggalkan lagi. Apatah lagi untuk berada di level terakhir ini. Tapi aku dah selesai semuanya. Aku kenalah keluar cepat nanti orang lain nak masuk tak boleh pulak. =.=
Tahun ni juga adalah tahun di mana aku struggle untuk mendapatkan pekerjaan. Putus asa. Pernah dan selalu je aku rasa perasaan ni. Menghadapi realiti kehidupan. Kehidupan sebagai orang baru nak mula bertapak. Baru nak kenal dunia. Baru nak tergolong dalam gologan orang bekerjaya. 
Mencabar. Sangat mencabar. 
Tak mudah bila kita kena bersaing dengan mereka yang lebih tajam pemikiran. Luas pengetahuan. Licik permainan. Mungkin aku adalah senior saat terakhir aku tinggalkan dunia universiti. Tapi hakikatnya bila keluar. Rasa kerdil sangat. Apa yang penting JANGAN PUTUS ASA. Walaupun kau dah putus asa (macam aku) tapi selalu ingatkan diri untuk BUAT. IKUT. Sebab kita tak tahu rezeki kita kat mana. 
Alhamdulilah, di hari-hari terakhir di 2013 ini. Rezeki itu ada. Saat aku dah pasrah habis. Life is unexpected. Itu yang berlaku pada aku. So. Ready. 
Tapi. yang pasti. Apa yang kita harapkan dan apa yang kita belajar tak semestinya akan menjadi kerjaya kita kelak. Peluang untuk bertukar industri itu ada. Sentiasa ada. Sebab sekarang zaman multiskill. Always keep in your mind. Belajar doktor pun belum tentu jadi doktor. Believe me. 
So. All the best. Zaman belajar. Fokus untuk excel dalam bidang yang di ambil. Nak dapat ANC ke First Class ke. Tapi once dah keluar. As a FRESH GRADUATE don't expect too much. Apply lah position yang available even berlainan industri. Jangan takut nak bertukar industri. Sebab sekarang company even government pun ada provide training. 

End of 2013. Thanks for completed with all the memories that  I never thought it will be.
Welcome 2014. 
Welcome for new working days here, JOHOR ! ;)
love,