Jumaat, Ogos 08, 2014

Istiadat Konvokesyen ke 79




ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE - 79
TEMPAT : DEWAN TAMING SARI UiTM LENDU, MELAKA
TARIKH : 14 NOVEMBER 2013


Alhamdulilah.

Sebenarnya, bila fikir-fikir balik. Aku sendiri macam tak percaya yang aku boleh sampai tahap ni. Bila ingat balik zaman sekolah belajar tak lah serius. Well, you know. Bila kita turn back and see all the thing been through. " Heyy ! You made it ! "
Aku ada degree? Lepas tu tak rasa apa. Blur. 

TAPI. Saat menyarung jubah keramat sempena istiadat konvokesyen. Rasa bangga tu ada. Apatah lagi bila melangkah masuk dewan dengan di iringi alunan muzik (ak panggil muzik yang di mainkan tu lagu konvo =D ). Bila nyanyi lagu UiTM Di Hatiku automatik teringat masa mula-mula kita daftar masuk. Pergi kelas balik kelas. Malas nak buat assignment. Tak suka dengan test, quiz, exam. Thesis?? Tapi? Hari itu aku berada dalam dewan untuk meraikan semua tu. 


Tempat menuntut ilmu untuk 2 tahun yang penuh cabaran.
Masa nak ambil gambar ni. Ktorg baru sampai melaka dan terus tuju sini. Sebab konvo kat Lendu. Jadi. Mana gambar KBM? So here it is :))




BACKBONE. Someone missing dalam gambar ni. My one and only brother. 




Lepas turun pentas mestila selfie dengan kembar dalam dewan.





Aku tak taulah kat kampus lain ade tak buat macam ni.
Ini kad yang setiap graduan kena pakai. Nampak QR Code tu? Ha itu masa ktorg beratur nak naik pentas. Sampai kat giliran kita staff akan scan and terus keluar dekat screen laptop kat announcer nama kita untuk dia sebut.
Yang ni aku IMPRESSED !
Sebab masa konvo kat DATC. Just edar kad pastu sampai dekat annoucer bagi kad tu untuk umum nama kita.


DAN.
Kalau masa diploma nombor giliran aku 444.
Kali ni nombor giliran aku 79 bersamaan dengan Istiadat Konvokesyen ke 79.
=D




THEM.
Ini antara batch aku.
How times flies.
Dah setahun rupanya. :'(




|
|
|
|
|
|
|
|
|




Sebelas tahun jadi budak sekolah.
Lima tahun jadi siswi.
andddddd


IT'S A WRAP GUYSSS !!!!




 NOOOOWWWW







Kami sudah bekerja. ;)
Sekejap sangat rasa tempoh setahun tu. hoihhh


Love,

Jumaat, Julai 04, 2014

Rezeki tak di sangka.

Hi,

Makin hari makin kurang entri yang ada kat blog ni. Kesibukan kerja membataskan semuanya. ya SEMUA. 

Kerjaya aku sebenarnya rezeki yang di sangka-sangka. Jodoh. Takdir Allah. Bila ingat-ingat balik jadi senyum sensorang. Entahlah aku ni macam duduk dalam sampan ikut arus je. Takde pendayung 
untuk tentukan arah. 

Sebenarnya aku dapat interview company ni selepas aku pergi karnival kerjaya masa karnival ISKARNIVAL dekat Nusajaya tahun lepas. To be frank. Aku dengan kembo aku malas nak pergi pun ada sebab sehari sebelum tu baru balik Melaka dari majlis kawen kawan. Jadi macam penat. Masa on the way balik tu ayah tanya nak pergi tak. Ktorg terus cakap nakkkk ! Sebab memasing nak pergi sebenornye tapi takot orang tak nak pegi. kehkeh

Di pendekkan cerita. Masuk zone kerjaya. Lepas merayap satu both ke satu both. Dengan tak tengok company apa jalan je lepas satu-satu booth. Tersangkut kat satu booth. Dia terus mintak resume. Mula-mula dah cakap tak nak. Sebab course lain. Tambah-tambah bila tengok bank. Macam errr tak naklah. Tapi bagi jugak dan terus suruh datang interview. 

To be frank. Interview kali ni paling lama dan paling mengerikan sebab ada assessment dan dua kali interview. Masa second interview ada empat orang termasuk kembo aku. Sorang pengalaman 10 tahun dengan Sime Darby. Sorang lagi freelance sistem analyst. What a suprise kan??! Ekcited borak dengan kakak tu dia kerja freelance system analyst. Dua-dua ni berhenti kerja kat KL balik Johor sebab tak tahan kos kat sana. Siap pesan dengan aku. Setakat gaji 2k-3k tak cukup dik duduk KL. Okkkkk T_T

Oklah. Semua lepas. Tak dapat result pon lagi. Sebenarnya interview ni pergi dengan perasaan malas. Malas sebab dah penat pergi interview sana sini. Penat cari kerja senang cakap. Ingat tak nak pergi. Tapi family cakap pergi je. Oklah. Pergi jelah. Lepas tu tak prepare apa-apa. Semua tak plan. Semua tiba-tiba. Baju pakai apa yang ada. Sijil nasib baik bawak. Pergi dengan takde harapan. 

Balik interview aku demam teruk. Dekat 2 minggu and suspect denggi. Nasib baik tak. huuuuu. Dalam pada terlantar kat katil demam. Petang dapat call dari no private. Tak nak angkat. Tapi kembo kata angkat je. Rupanya company yang interview hari tu offer kerja. Alhamdulilah. Dapat offer masa tengah demam. Jadi aku takde reaksi apa pun. Jawab pun "yes, I accept the offer" tu pun macam blur2. 

Sebelum masuk tu. Aku pergi ambil offer letter dulu. Settlekan semua sekali dengan medical check up. So. 13 January 2014. Dan bermulalah tempoh enam bulan aku. Pergi training kat Singapore. Tak pepasal buat passport. Tak terfikir nak ada passport. Lepas tu cuak. Lepas ke ni nak keluar ni. Sebab ada hutang ptptn. Macam hape. 

Untuk tempoh enam bulan ni. Macam-macam dugaan ada. Macam biasa rasa putus asa tu ada. Family tulang belakang aku. Rasa nak berhenti? Ada. Menangis? Ada. Tapi after all. Semua mengajar aku untuk lebih sabar. Sabar sampai dah takde perkataan. Tak ada perasaan. Pergi kerja dengan malas. Terpaksa. Sebab takde pilihan.

Tapi tu semua enam bulan sebelum ni. Sekarang semua dah ok. Jadi best. Cuma penat. Kerja macam orang gila. Orang kata kerja tak ingat dunia. Kerja dengan multinational company tak boleh nak expect lebih lebih la kan. Lagi pulak urusan aku semua melibatkan kerakyatan negara lain. Langsung tak jumpa IC Malaysia. So, cuti tak sama. Public Holiday kena kerja. Kerja. Kena turn sabtu ahad kerja. Kerja. Balik malam. 

Dannnnn cuti raya tak dapat ! Nasibla. Beriya apply seminggu. Dapat email kena rejected ! Ekcelli yang sehari tu pun cuti yang memang cuti. Sebab ikut Singapore. Sana cuti raya sehari je. So raya ke dua dah kena kerja. @.@    What to do kan? 
Last but not least.





Salam Ramadhan semua. Selamat menjalani ibadah puasa. ;)
Ada duit raya untuk ktorang tak? ngeee 


Love,

Khamis, April 10, 2014

People Expectations



Bila berada in real situations kita akan lebih faham perasaan itu. Ok. #throwback lah zaman belajar. Bila sampai kat case study. Selalunya susah untuk kita bayangkan situasi. Situasi yang kadang-kadang complicated sampai " hishh ! ape case study ni, susah bebeno" T_T
Pastu bila pensyarah lecture nanti mesti ada macam ni :

Ok. Example you as new comer, what you should do when you self-report to the department?

When doing task and feels not understands always refer to the senior. 
Try to be comfort with people surroundings. 
Comfort with the nature and behavior of the company/department. 
On the job-training.
bla bla bla bla bla

Ni random answer jelah kan. Selalunya pensyarah akan mintak pendapat dulu sebelum dia pergi topik tu. Betul tak? So, banyakkkkk jawapan yang masa tu fikir secara LOGIK. Kenapa logik? Sebab kau takde in REAL SITUATION. So, pressure dia kau tak rasa. 

Tapi dia jadi lain bila kau berada di situ. Tengok kau boleh handle tak? Yes kau dah belajar teori-teori dan banyak case study dah buat sepanjang belajar. Yes. Memang membantu. Tapi bila in real situation dia akan melibatkan perasaan. Macam-macam. Sebab kau boleh rasa. Sebab kau sendiri yang kena. Orang mungkin boleh faham apa yang kita rasa tapi orang tak boleh tau macam mana terkesannya kat kau. Orang boleh nasihat, bagi pendapat, motivate kau. That's what we call moral support. 

Satu perkara yang boleh buat kau untuk ada bad feelings is EXPECTATIONS. Bila orang mula letak satu expectations kat kau. Kau akan rasa lain. Mungkin marah? Mungkin tak adil? 

Bila tahu kau graduated. Peoples expectations towards you will be different AT ALL. Walaupun kadang-kadang tak logik. Contoh. Belajar degree in automotive. Boleh tau kan skop dia apa. Nak di jadikan cerita dapat pulak masuk kerajaan. Takkan nak lepas. Tambah-tambah baru habis belajar. Muda lagi. Kan? Pastu jadi pulak pegawai belia dan sukan. Kontra habis. 

Masa ni sebagai orang baru mesti dia akan cuba sehabis baik untuk tambah knowledge dia dengan kerja dia sekarang. Tau apa yang dia perlu? MASA. Bila on the job training, jangan lah expect budak tu boleh faham dengan segala macam benda yang bertentangan dengan yang dia belajar tu dalam tempoh masa yang singkat. Beri masa.

Manusia bukan sistem atau mesin atau robot yang kau boleh setting dia pastu terus boleh guna. In fact, sistem tu pon sebelum fully implement ada banyak perkara kena ambil kira. Apatah lagi mesin? Robot?

And PLEASE ! STOP guna ayat-ayat yang umpama bercakap tak fikir. 

Awak ada degree, sepatutnya tahu nak buat benda ni.

Eh? ada degree pun tak tahu ke?

You just graduate, you should this you should that and bla bla bla bla bla bla 

Salah ke kami ada degree? Diploma? Salah? Penat lah dengar ayat-ayat macam ni. Pernah dengar tak. Qualification yang ada takkan menentukan ini lah kerjaya kita di masa depan. Dan sebenarnya, aku percaya pensyarah-pensyarah ada dan selalu meningatkan perkara seumpama ini. Kan? 


WELL JUST DON'T UNDERESTIMATE US. 
Maybe we don't have the skills that you want. But who's know one day you will need our helps because we have the knowledge which you don't. 

Life is about give and takes. Just tolerate more. Then it will be okay. 
Easy Right?



Love, 

Sabtu, Mac 01, 2014

Random Update

1 Mac baru update blog. =.=
Rasa sekejap sangat dua bulan tu. banyak perkara yang tak dijangka jadi. Semuanya di luar jangkaan. Jadi masa untuk laman maya semakin lama makin terbatas. Di tambah pulak aku yang tak mudah update SEMUA yang aku lalui hari-hari kat facebook atau pon instagram. TAPI sekarang ni aku rasa twitter medium paling mudah kalau tetiba rasa nak update. 
Ok. cite die. Alhamdulilah aku dah pun bekerjaya. Saat dah malas nak apply kerja. Saat tak nak pergi mana-mana interview sebab dah penat. " interview je banyak, keje tak dapat jugak" haaa.. nampak tak burok perangai kat situ. 
Tak sangka aku sangkut kat company yang aku tak pernah terfikir nak mohon. Company yang aku tak pernah kisah dengan kewujudan dia. Company yang aku tak sedar akan kewujudannya di sebabkan tak banyak ada kat Malaysia. Alhamdulilah. After all, macam tak percaya aku berjaya lepas interview yang paling susah dan paling lama aku pernah pergi. Juga interview yang sebenarnya tak prepare apa-apa langsung dan hampir-hampir tak nak pergi.
Well. Nanti-nantilah aku share kerja mana. Not this time. Or never. Tapi banyak benda aku nak share sepanjang perjalanan aku sehingga beradanya aku di sini. Tak mudah. Tak di jangka. 
Love,