Sabtu, Mac 01, 2014

Random Update

1 Mac baru update blog. =.=
Rasa sekejap sangat dua bulan tu. banyak perkara yang tak dijangka jadi. Semuanya di luar jangkaan. Jadi masa untuk laman maya semakin lama makin terbatas. Di tambah pulak aku yang tak mudah update SEMUA yang aku lalui hari-hari kat facebook atau pon instagram. TAPI sekarang ni aku rasa twitter medium paling mudah kalau tetiba rasa nak update. 
Ok. cite die. Alhamdulilah aku dah pun bekerjaya. Saat dah malas nak apply kerja. Saat tak nak pergi mana-mana interview sebab dah penat. " interview je banyak, keje tak dapat jugak" haaa.. nampak tak burok perangai kat situ. 
Tak sangka aku sangkut kat company yang aku tak pernah terfikir nak mohon. Company yang aku tak pernah kisah dengan kewujudan dia. Company yang aku tak sedar akan kewujudannya di sebabkan tak banyak ada kat Malaysia. Alhamdulilah. After all, macam tak percaya aku berjaya lepas interview yang paling susah dan paling lama aku pernah pergi. Juga interview yang sebenarnya tak prepare apa-apa langsung dan hampir-hampir tak nak pergi.
Well. Nanti-nantilah aku share kerja mana. Not this time. Or never. Tapi banyak benda aku nak share sepanjang perjalanan aku sehingga beradanya aku di sini. Tak mudah. Tak di jangka. 
Love,